_____✿_____


Izz keluar dari biliknya. Dia memandang bilik Saffiyah di hadapannya. Lampu masih terbuka. Sejak petang tadi lagi, dia tak nampak batang hidung Saffiyah. Dia menuruni anak tangga satu persatu sambil otaknya mempunyai beberapa soalan tentang Saffiyah.

" Dia marahkan aku lagi ke? " Tanya Izz sambil langkahnya menuju ke dapur.

" Tak masak ke? " Tanya Izz apabila mengangkat tudung saji di atas meja. Perutnya berkeroncong minta diisi.

" Kalau ye pun masih marahkan, tak perlulah sampai tak masak. Dah aku ni nak makan apa? " Kata Izz dengan nada marah. Di pandang jam di dinding.  Jarum jam menunjukkan waktu 12:45 pagi. 

Dia nak keluar pergi kedai mamak, malas.

Dia membuka peti sejuk. Hanya ada epal milik Saffiyah dan susu kotak milik Irfan yang boleh dimakan dengan segera. Dia mengambil susu kotak Irfan dan tutup pintu semula.

Dia membelek kabinet pula. Terdapat koko crunch milik Irfan.

" Daddy pinjam dulu koko crunch irfan. Daddy lapar sangat ni. Mummy tak masak sebab mummy marahkan daddy lagi, haih. " Izz membebel sambil tangannya lincah menuang koko crunch ke dalam mangkuk.

Selepas dia selesai makan untuk mengalas perutnya, dia naik ke biliknya kembali. Sebelum masuk ke dalam biliknya, dia memandang ke arah bilik Saffiyah. Masih cerah biliknya.

" Dia tengah buat apa erk? Dah pukul 1 kot, takkanlah tak tidur lagi. Bukan dia tu tidur awal ke? " Tanya Izz sambil berjalan menghampiri pintu bilik Saffiyah.

" Saff? " Izz mengetuk pintu kayu berwarna putih tersebut. Tiada respon.

" Sayang? " Panggil Izz lagi. Tiada respon.

" Sayang? Okay tak? " Tanya Izz dengan ketukan lagi. Masih tiada respon. 

Izz mula rasa tidak sedap hati. Dia berjalan ke arah biliknya untuk mengambil kunci pendua.

" Ya Allah! Sayang, kenapa ni? " Tanya Izz dengan risau apabila dia masuk ke dalam bilik Saffiyah, Saffiyah sedang mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. 

Izz bertambah panik apabila memandang wajah pucat lesi milik Saffiyah. Menyesal dia apabila mengutuk Saffiyah tidak memasak untuknya. Rupanya Saffiyah sedang menanggung sakit.

" Izz, sakit. " Adu Saffiyah kepada zz. Dia menekan perutnya bagi mengurangkan rasa sakit.

" Kenapa? Sakit apa ni? Kita pergi klinik? " Tanya Izz lagi. Dia manalah tahu bab-bab sakit ni. 

Saffiyah menggeleng kepalanya

" Tak payah. Just period pain. " Jawab Saffiyahh. Suaranya juga sudah tenggelam timbul akibat menahan sakit. 

Izz baru faham. Sakit orang perempuan.

" Oh! Abang tahu, segugut kan? " Tanya Izz dengan bersemangat. Sebiji perangai seperti Irfan. 

Dia tahu sebab mama dan kakaknya juga pernah alaminya. Dia berlari ke biliknya untuk mengambil sesuatu.

" Sayang baring elok-elok. " Arah Izz apabila dia masuk ke dalam bilik Saffiyah kembali. Saffiyah tidak dapat kesan apa yang berada di tangan Izz. 

Saffiyah hanya akur arahan Izz.

" Eh, awak ni. Saya sakit pun masih nak menggatal. " Marah Saffiyah apabila Izz ingin menyelak t-shirtnya

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now