IAM | Yoongi ❤ Jihyun II

2.3K 138 24
                                    

beberapa tahun kemudian...

"Adik comel lah."

Kata Min Yoonji sambil melihat adik nya yang sedang tidur itu. Dia baru sahaja lepas menyusu dan terus tidur. Biasa lah, budak kecil. Nak lagi yang baru lahir. Kerja dia hanya lah minum susu badan dan lepas itu tidur.u

Min Yoonji lah yang paling seronok apabila dia dikhabarkan yang dia bakal dapat adik. Dan masa mummy dia nak beranak, sempat lagi dia mencelah, nak turut sama melihat mummy dia beranak.

Tertawa mereka semua dengan gelagat Yoonji yang terlebih teruja itu. Mahu tak mahu, dia dipujuk atok dan nenek dia, bawa dia bermain dalam bilik khas untuk kanak - kanak. Daddy dia pula, teman mummy dia beranak.

Bae Jihyun tersenyum melihat anak sulung nya yang tidak habis memandang wajah adik nya. Tak pandang adik dia sehari, memang tidak sah. Jihyun melihat jam pada dinding.

Sudah nak malam. Mana pula lah suami nya itu pergi. Tak nampak pula kelibat dia dari tadi. Bae Jihyun bangun untuk bersandar perlahan - lahan. Dia masih lagi dalam tempoh berpantang.

"Yoonji..."

"Ya, mummy?"

"Daddy mana? Mummy tak nampak pula daddy ulang masuk dalam bilik niey. Kalau daddy keluar, tak cakap pula kat mummy."

"Daddy tengah masak!"

"Huh?!"

Terkejut beruk Bae Jihyun mendengar nya. Min Yoonji terkebil - kebil melihat mummy nya. Mujur anak kecil dia tidak terjaga dek jeritan dia tadi. Bae Jihyun susah hati bila dengar Yoongi memasak.

Bukan apa, pernah sekali suami nya itu masak sampai hangus kuali dibuatnya. Bukan setakat kuali yang hangus, dengan dapur sekali. Bahaya betul lah suami nya itu bila dekat dapur.

"Mummy nak tengok daddy jap. Yoonji jaga adik eah. Kalau adik nangis, tepuk punggung adik perlahan."

"Baik, mummy."

Bae Jihyun turun dari katil perlahan - lahan sambil memegang perut dia. Lahir anak kedua, dia terpaksa dibedah. Ada masalah masa nak lahirkan secara normal. Jadi, suami dia setuju agar isteri nya dibedah.

×××

"Abang!"

"Ya tuhan! Sayang, kan abang dah kata jangan turun. Sayang masih tak sembuh lagi tuey. Kenapa degil sangat niey huh?"

"Anak kita cakap abang tengah memasak. Mana saya tak tak susah hati, bang oi. Tak ingat ke masa abang mula - mula memasak dulu? Hangus terbakar dapur gara - gara abang tau!"

Min Yoongi terdiam. Dia terkena pula dengan isteri nya petang itu. Dia menggosok belakang leher nya, rasa malu juga lah dengan isteri nya tiba - tiba. Bae Jihyun mengintai apa yang suami nya masak.

Tapi lekas Min Yoongi menahan isteri nya itu. Tidak mahu isteri dia nampak apa yang dia masak. Bae Jihyun menjengilkan mata nya pada Min Yoongi. Mahu tak mahu, dia benarkan Jihyun tengok.

Nasi goreng. Nak ketawa Bae Jihyun melihat nya. Tak de rupa macam nasi goreng pun. Sayur bukan main banyak pula tuey. Berapa banyak kicap lah dia tuang. Menggeleng kepala Bae Jihyun.

"Kenapa?"

"Tak de apa. Sedap ke tak niey?"

"Entah! Sayang rasa lah."

Min Yoongi lantas mengambil sudu lalu disuakan kepada isteri nya. Bae Jihyun makan sikit dan kunyah perlahan. Dia menganggukkan kepala sambil memberikan semula sudu kepada suami nya.

"Boleh lah, bang."

"Okey. Kira nya, abang dah boleh bukak kedai makan lah kan?"

"Tak de makna nya sampai nak bukak kedai makan. Tak sampai tahap itu lagi abang masak. Takat buat untuk diri sendiri boleh lah!"

Kata Bae Jihyun selamba. Min Yoongi menggaru kepala. Macam itu pula. Tadi kata sedap. Kemudian, Jihyun arahkan Yoongi agar tutup api sebab nasi nampak macam dah siap. Suami nya itu turutkan sahaja.

Lepas itu, letak nasi goreng itu ke dalam mangkuk yang lebar sikit. Bae Jihyun sekadar jadi pemerhati dia di dapur. Apa yang isteri nya suruh, dia ikut sahaja. Langsung dia tak merungut.

"Nak makan sekarang?"

"Ye lah."

"Yoonji sayang! Mehh turun makan. Daddy dah siap masak niey. Tinggal dulu adik dekat atas tuey. Biarkan adik tidur."

Laung Yoongi dari ruang tamu. Tak lama kemudian, Min Yoonji berlari turun ke bawah. Dia bawa anak dia yang berusia 5 tahun itu ke dapur. Rambut panjang Yoonji, sempat dia ikat.

×××

"Sayang lenguh ke?"

Soal Min Yoongi pada malam itu apabila melihat isteri nya berkerut sahaja dari tadi. Bae Jihyun melihat suami nya sekilas dan dia mengangguk. Entah lah, tiba - tiba sahaja dia lenguh dekat betis.

Min Yoongi menutup laptop dan mendekati isteri nya. Minyak mestika tidak lupa dia ambil dan dia duduk dihadapan Jihyun. Bae Jihyun menunjukkan tempat yang dia lenguh. Lalu, Yoongi urut.

"Tak meragam pula Jiyoon malam niey. Semalam, bukan main lagi menangis nya."

Kata Min Yoongi sambil melihat anak kecil nya tidur di dalam katil bayi. Min Yoonji pula tidur di atas katil dia sendiri yang dah Yoongi buat sendiri untuk dia dalam bilik itu.

"Baru pukul berapa niey. Tengok lah larut malam nanti. Dia akan menangis jugak, minta nak susu. Macam tak biasa pula."

Hidung Min Yoongi dicubit sekilas seraya tersengih. Min Yoongi ketawa kecil. Lepas beberapa minit, dia berhenti mengurut betis isteri nya itu. Dia mahu tidur. Dah mengantuk sangat rasa nya.

Bae Jihyun juga merebahkan badan disebelah Yoongi. Dia memeluk pinggang suami nya dengan erat dan mereka berpandangan sambil tersenyum manis.

"Terima kasih."

"For what?"

"For everything. Abang ada sayang dan juga anak - anak kita yang comel tuey. My life dah complete. Ini lah apa yang abang mahukan. Sebuah keluarga yang bahagia."

"Me too, abang. Dengan ada nya abang dan anak - anak, saya gembira sangat. Saya syukur sebab ada suami macam abang yang sometimes tuey agak...hurmm annoying, degil tapi dia sebenarnya baik."

"Amboi, sempat lagi mengata abang eah. Tak kisah lah macam mana abang pun, sayang tetap cintakan abang kan?"

"Mesti lah!"

"Thanks, sayang."

"Jom lah tidur."

Min Yoongi mengangguk. Mereka sama - sama menatap mata antara satu sama lain sebelum mereka terlelap sambil berpelukan.

×××

TAMAT.

-- dh betul - betul tamat. thanks sume pada yg vote dn komen. so, lets meet at MTB. hehe.

baca Meant To Be.
cast; Park Jimin.

vote.
comment.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now