IAM | Kim Taehyung II

1.3K 119 17
                                    

"Datang lagi budak niey!"

Selipar dinaikkan, berura mahu memukul Kim Taehyung. Mata nya dijengilkan melihat kedegilan lelaki itu yang tidak sudah datang ke rumah nya untuk meminang anak nya.

Lebih lagi apabila dia tahu yang lelaki itu sudah ada anak. Kim Taehyung mendekati Tuan Choi semula. Dan Tuan Choi menggertak dia kembali dan Taehyung berundur semula ke belakang.

"Alah, pa. Please."

"Siapa papa kau huh?!"

"Papa lah. Tak lama lagi kan Tae akan jadi sebahagian dari keluarga niey. Mulai sekarang, Tae kena lah panggil papa, papa kan?"

Kim Taehyung tersengih. Dia berjalan ke arah Tuan Choi dan berjalan melewati dia. Dan punggung nya terkena sepakan padu Tuan Choi dari belakang. Mujur dia tidak jatuh tersembam ke atas lantai.

Nasib lah kalau nak jadi menantu keluarga Choi ini. Garang bukan main lagi. Puan Choi ketawa pula melihat mereka berdua. Punggung Kim Taehyung ditampar perlahan.

"Abang niey, dia datang dengan cara baik. Abang layan dia teruk. Sepatutnya abang bersyukur tau, sebab semua cabaran abang tuey, berjaya dia buat. Kalau orang lain, memang tak lah."

Bebel pula Puan Choi kepada suami nya. Kim Taehyung tersenyum suka sebab ada orang sebelahkan dia. Dia ambil satu biskut lalu cecah ke dalam air teh.

Tuan Choi berdehem perlahan seraya melabuhkan punggung ke atas sofa, berhadapan dengan Kim Taehyung. Dia memandang Taehyung yang sedang makan itu.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now