IAM | Yoongi ❤ Jihyun

1.7K 112 13
                                    

Min Yoonji duduk mengangkang sambil makan aiskrim. Dia sendiri yang ambil tadi dalam peti sejuk. Walaupun tidak sampai nak ambil, dia cari kerusi lepas itu naik atas kerusi pastu ambil bekas aiskrim tersebut.

Mulut nya sudah comot. Lantai pula sudah ada dengan kesan aiskrim yang jatuh. Nasib baik lah dia makan tuey atas lantai dan bukan nya atas permaidani. Dia menyentuh aiskrim itu dengan tangan pula dan kaut masuk dalam mulut.

Sudu yang diambil tadi, hilang entah ke mana dah. Rambut nya yang sedikit panjang itu, diselak ke belakang sebab rimas. Rambut dia pula ada kesan aiskrim.

"Beli aje sos ya---"

"Ya tuhan! Yoonji-ah!"

Tidak sempat dia nak habiskan kata - kata nya apabila melihat anak nya itu sedang makan aiskrim. Min Yoonji berpaling ke belakang dan kata 'sedap aiskrim niey' pada mummy dia.

Min Yoongi dihujung talian, menyoal Jihyun 'kenapa'. Dia ingin tahu apa yang jadi. Masa itu dia berada di pasaraya sebab nak beli barang dapur yang Jihyun suruh.

"Nak aiskrim, cakap. Jangan pandai - pandai ambil sendiri, sayang. Habis comot niey haa! Ish kamu niey. Nakal betul lah."

Kata Bae Jihyun seraya mencubit perlahan pipi Yoonji. Kemudian, dia sapu kesan aiskrim yang ada di atas lantai dengan tisu. Min Yoonji pula menahan tangan mummy nya supaya jangan bersihkan.

"Sayang, abang still dekat sini lagi niey. Nak sos yang mana satu? Cili ke tomato? Hurm abang ambil both lah. Senang!"

Bae Jihyun menepuk dahi seraya ketawa kecil. Dia terlupa yang suami nya masih lagi di talian. Lepas itu, dia bercakap sekejap dengan Min Yoongi sebelum menamatkan panggilan.

"Dah dah makan. Kita pergi mandi pula. Satu kerja mummy nak bersihkan balik lantai niey. Mummy baru aje mop."

Kata Bae Jihyun seraya mengambil bekas aiskrim. Tangan Yoonji dipegang nya dan heret dia sekali bawa masuk ke dalam dapur. Lepas letak aiskrim dalam peti sejuk, dia membawa Yoonji ke bilik air untuk memandikan dia.

×××

Min Yoongi meletakkan beberapa plastik di atas meja dekat dapur. Kemudian, dia naik ke bilik, mencari anak dan bini dia. Sekali buka pintu, dia lihat anak nya sedang berbogel sambil bermain.

"Anak daddy tak pakai baju lagi?"

Soal Min Yoongi. Serta merta Min Yoonji berpaling dan berlari pada Yoongi. Min Yoongi terus mendukung nya dan mencium pipi dia berkali - kali. Dia mendengar bunyi air dalam tandas.

Min Yoonji tersengih. Lepas itu, Yoongi turunkan dia dan mencari baju anak nya dalam almari. Dipakaikan baju tersebut dan melepaskan Yoonji untuk bermain semula.

"Sayang…"

"Ye, bang?"

"Barang tuey abang dah letak dekat dapur tau. Nanti sayang masak eah apa yang abang nak semalam."

"Ya ya. Orang nak mandi niey."

Kata Bae Jihyun dengan rasa menjengkelkan. Orang nak mandi, sibuk pula dia nak bercakap. Min Yoongi ketawa kecil lantas mengambil anak nya turun ke ruang tamu.

×××

Bae Jihyun tersenyum mendengar perbualan mereka dua beranak dekat dapur. Terasa lucu dan comel sekali. Min Yoongi layankan sahaja lah. Sesekali Jihyun akan menyampuk perbualan mereka.

[C] Let Me Love You | mygOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz