IAM | 17

1.4K 133 26
                                    

Bae Jihyun menantikan Kim Taehyung datang semula ke tempat makan mereka. Tadi, Taehyung pergi ke tandas kata nya. Tapi sampai sekarang masih lagi tak datang. Makanan Taehyung dalam pinggan pun masih banyak lagi.

Bae Jihyun mendecit perlahan, geram dengan lelaki itu. Sudah nya, dia pergi sendiri mencari Kim Taehyung. Lebih lama dia tunggu, makin dia nak marah. Dia pergi dekat tandas lelaki tetapi teragak - agak nak mengintai dekat dalam.

Dia melilau ke belakang mahu melihat sama ada, ada orang atau tidak. Namun, mata nya tertancap pula pada seseorang yang sedang berpelukan. Dia kenal sangat siapa lelaki itu.

Girlfriend dia ke?

Kalau girlfriend dia, kenapa beria dia mahu bertunang dengan Bae Jihyun pula? Jihyun mengetap bibir melihat mereka. Adik dan abang sama sahaja perangai.

"Kim Taehyung!"

Panggil Bae Jihyun dengan nada tegas nya. Nafas nya turun naik apabila melihat pula muka perempuan itu. Kim Taehyung tampak terkejut dan berganjak dari perempuan itu.

"Sayang…"

"Who is she?"

"Tak de sesiapa. Dia yang tiba - tiba datang dan peluk. Tae tak kenal pun siapa dia. Dah lah. Jom, sayang. Kita sambung makan semula."

Kim Taehyung menarik tangan Bae Jihyun segera. Sedang Jihyun leka, Kim Taehyung menjatuhkan card name dia ke lantai dan dia berpaling ke belakang. Menyuruh agar perempuan itu hubungi dia.

×××

Semasa makan tadi sampai lah dah masuk ke dalam kereta, Bae Jihyun senyap. Dia kurang bercakap dengan Taehyung. Kim Taehyung pula ada lah juga bercakap dengan dia tapi Jihyun jawab sepatah.

"Awak marahkan saya lagi?"

Soal Kim Taehyung. Fokus nya masih lagi pada pemanduan. Bae Jihyun senyap. Dia hanya memandang suasana malam yang diterangi cahaya lampu. Taehyung memandang kepada Jihyun sekilas sebelum dia mencapai tangan gadis itu.

"Sorry."

"Kenapa awak nak bertunang dengan saya sebenarnya? Tadi tuey, girlfriend awak kan? Kalau ya, kenapa awak tak bertunang aje dengan dia?"

Kata Bae Jihyun seraya menarik kasar tangan nya daripada genggaman Taehyung. Kenapa lah terlalu mudah dia percayakan lelaki? Akhirnya, dia juga yang merana dan sakit hati.

Kereta tiba - tiba sahaja berhenti di bahu jalan. Kim Taehyung membuang tali pinggang nya dan dia duduk menghadap Jihyun. Tali pinggang Jihyun juga dibuang nya dan dia memusingkan badan Jihyun agar melihat nya.

"Saya nak bertunang dengan awak sebab saya cintakan awak. I have my own reason why I want bertunang dengan awak. But you? Saya tak tahu apa reason awak bertunang dengan saya. It's not clear, dear. Do you love me?"

Kata Kim Taehyung. Akhirnya, terluah juga apa yang dia rasa. Walaupun baru sahaja bertunang tapi lagak gadis itu seperti bukan tunangan nya. Dia sendiri tidak tahu apa dan mengapa Bae Jihyun tiba - tiba sahaja boleh terima untuk bertunang dengan nya.

Bae Jihyun menundukkan kepala nya. Mata nya sudah berkaca - kaca. Dia tidak mampu nak menipu diri sendiri. Dia langsung tidak cintakan Taehyung. Yang dia cinta adalah Min Yoongi. Dia mahu buat Yoongi cemburu dan datang merayu kepada nya agar putuskan tali pertunangan itu. Tapi hampa. Langsung, Yoongi tidak buat apa - apa.

"Awak tak cintakan saya kan?"

Soal Kim Taehyung. Tiba - tiba, telefon Bae Jihyun berdering, menyentakkan mereka berdua. Jihyun menurunkan tangan Taehyung daripada mencengkam bahu nya. Telefon segera diambil dan ianya panggilan daripada Min Yoongi.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now