IAM | 14

1.4K 133 16
                                    

Bae Jihyun mengetuk jari nya di atas meja sambil melihat telefon nya. Dia berkira - kira sama ada mahu menelefon Min Yoongi atau tidak. Dia akui, dia sangat rindukan lelaki itu. Sudah 2 minggu tidak berhubung atau berjumpa. Perasaan marah nya terhadap lelaki itu pada kisah dulu kian beransur sikit demi sikit. Melihat kesungguhan lelaki itu meminta maaf, membuatkan dia tidak sampai hati untuk tidak memaafkan dia.

Ting!

Dengan cepat, Bae Jihyun mengambil telefon. Tapi mesej yang diterima nya bukan lah dari Min Yoongi tapi Kim Taehyung. Hampa dibuat nya. Kim Taehyung mengajak dia datang ke rumah kerana mama dan papa nya yang suruh. Bae Jihyun mengeluh. Kalau dia pergi, makna nya dia akan berjumpa dengan Min Yoongi. Rasa janggal pula nak berdepan dengan lelaki itu. Tapi bukan ke ini yang kau mahukan, Jihyun? Berjumpa dengan lelaki itu?

×××

"Masuk lah."

Sapa Puan Suna kepada Bae Jihyun. Bae Jihyun sekadar tersenyum dan dia sempat melihat Tuan Yujae yang bertongkat itu. Kesan daripada kemalangan dulu, dia kini bertongkat. Dan dia juga dilarang oleh anak - anak dan isteri nya untuk keluar kemana dia mahu tapi jikalau anak - anak dan isteri ada bersama, dia dibolehkan.

"Ini, ada buah untuk uncle."

"Buat susah aje. Terima kasih."

"Sama - sama."

"Berbual lah dulu. Mama nak ke dapur kejap yea. Nak buat air sekaligus kek yang mama buat pagi tadi."

Bae Jihyun sekadar mengangguk. Dia berbual dengan Kim Taehyung manakala Tuan Yujae pula sekadar memerhatikan mereka berdua. Terasa senang melihat mereka berdua bermesraan begitu. Ada sebab kenapa dia dan isteri mengajak Bae Jihyun datang ke rumah. Tujuan nya juga tidak diberitahu oleh Kim Taehyung.

"Ini air dan kek."

"Terima kasih, aunty."

Puan Suna mengangguk sambil dia tersenyum. Bae Jihyun ambil sepotong kek dan masukkan ke dalam mulut nya. Ketika mereka sedang berbual dan ketawa, tersentak seketika dengan pintu terbuka dan terjengul wajah Min Yoongi. Ada riak terkejut sebaik dia melihat Bae Jihyun ada disitu. Kim Taehyung mengajak nya untuk turut serta, tapi dia menolak. Wajah nya bertukar masam. Api cemburu nya mula menguasai diri.

"Kenapa abang kamu, Tae?"

"Ntah la, pa."

Bae Jihyun diam sahaja. Dia sudah tahu kenapa Min Yoongi memarahi nya tempoh hari. Disebabkan dia keluar makan dengan Kim Taehyung dan pasti Min Yoongi ternampak dia dan adik nya itu. Jihyun tersedar dari lamunan apabila Kim Taehyung menyenggol siku nya. Serta merta dia senyum malu.

×××

Min Yoongi mundar mandir di dalam bilik. Tidak senang duduk apabila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Bergelak tawa bagai. Sepatut nya dekat bawah sekarang, bukan Kim Taehyung tapi dia. DIA, yang sepatutnya ada dekat bawah.

Ini lah padah nya apabila dia tidak berterus - terang kepada mereka bahawa Bae Jihyun itu adalah kekasih hati yang dia cintai. Entah kenapa lah Bae Jihyun bertandang ke rumah nya itu. Dia seperti dapat rasakan yang perkara buruk akan berlaku nanti.

"Abang! Jom lah join."

Kim Taehyung muncul tiba - tiba dari sebalik pintu dan menyuruh abang nya sertai mereka yang dibawah. Min Yoongi melihat sekilas pada adik nya itu. Memang tak lah dia nak turun. Lagi pula dengan ada nya, Kim Taehyung. Ya. Dia cemburu kalau Kim Taehyung bersama Bae Jihyun. Tak kira lah Taehyung itu adik dia atau tidak. Dia tetap berasa cemburu.

"Malas lah abang."

"Jom lah. Lagipun, mama ada buat kek coklat cheese kesukaan abang tau. Takkan tak nak kowt."

"Tak payah nak bodek abang dengan kek tuey lah, dik. Kan abang kata malas nak join. Lahipun, abang penat sangat niey."

"Penat lah sangat."

Gumam Kim Taehyung perlahan seraya mencebik apabila melihat abang nya itu menutup badan nya dengan selimut. Apa kena lah dengan abang nya itu. Takkan datang bulan kowt. Macam perempuan aje lah, nak mood swing bagai. Kim Taehyung menutup pintu dan turun semula ke bawah dengan hampa.

×××

Bagai dihempap batu yang besar. Bae Jihyun sangat terkejut apabila mendengar yang dia nak dinikahkan dengan Kim Taehyung. Bahkan, Kim Taehyung juga terkejut. Bersungguh - sungguh Puan Suna dan Tuan Yujae bercakap mengenai perkahwinan dihadapan mereka. Segala nya sudah direncanakan dengan baik.

"Macam mana? Hari Selasa ini, kamu berdua bertunang. Dan minggu depan, hari Ahad, kamu berdua bernikah pula. Boleh?"

Tanya Puan Suna. Bae Jihyun dan Kim Taehyung senyap. Kenapa secara tiba - tiba? Tiada angin tiada ribut. Aku kena berkahwin dengan Taehyung. Kenapa Taehyung senyap aje? Langsung tidak menafikan perkara ini. Dia macam nampak suka aje dengan rancangan ini. Atau memang ini rancangan yang dia buat bersama mama dan papa dia?

"Kalau senyap tuey, setuju lah tuey, yang. Siap - siap lah hari Selasa nanti. Kami akan ke rumah untuk merisik kamu, Jihyun."

"Tapi aunty…Kami ber---"

"Kami tahu. Kamu dan anak mama niey dah lama suka antara satu sama lain kan? Tae pun dah bagitahu dekat mama yang dia nak kamu yang jadi isteri nya. Dia selalu cerita pasal kamu pada mama. Mama tak kisah dengan jarak umur korang. Asalkan korang cintai dan percaya antara satu sama lain."

Bae Jihyun terkejut mendengar nya. Bukan ini yang dia mahukan. Jihyun melihat Kim Taehyung. Lelaki itu menundukkan kepala nya. Air muka nya sukar untuk dibaca. Kenapa dia buat aku macam ini? Kenapa dia cerita pasal aku dekat mama dia? Dia suka aku ke?

"Kami berd--"

"Masih nak nafikan lagi? Kami dah tahu semua nya. Korang berdua ini bercinta. Nak malu kucing lagi. Hari Selasa nanti, kami datang ke rumah Jihyun yea."

"Aunty, uncle. Saya balik dulu."

Segera Bae Jihyun menyambar beg tangan nya dan berlari keluar dari rumah itu. Serta merta Kim Taehyung bangun dan mengejar Bae Jihyun. Gadis itu sudah masuk ke dalam kereta. Kim Taehyung berdiri di tepi kereta Bae Jihyun dan mengetuk cermin kereta berkali - kali. Dari luar, dia nampak yang Bae Jihyun sedang menangis.

"Jihyun! Dengar dulu saya nak explain pada awak. Buka cermin niey, Hyun!"

Tempik Kim Taehyung. Bae Jihyun tidak mendengar nya. Malahan, dia mengerakkan kereta nya membuatkan Taehyung berganjak dari kereta itu. Segera, Bae Jihyun memecut pergi dari perkarangan rumah tersebut. Kim Taehyung mendecit seraya serabutkan rambut nya itu.

Segala nya, Min Yoongi tidak tahu apa yang berlaku. Sebab masa itu, dia sedang tidur dan tidak sedar apa yang berlaku.

×××

to be continued.

ras knpa tae buat mcm tuey?
hurmmm.
buat lam laptop lain, bila tulis blekk lam phone, lain plak plot nya hahaha. adoyaiii.

baca Meant To Be.
cast; Park Jimin.
Please baca dan vote sekali.
Thanks❤❤❤❤.

vote.
comment.

[C] Let Me Love You | mygOn viuen les histories. Descobreix ara