IAM | 11

1.6K 142 20
                                    

Jambangan bunga ros merah di tangan dilihat sambil dia tersenyum penuh makna. Seawal pagi lagi dia sudah terpacak di hadapan kedai bunga semata nak membeli bunga ros merah untuk diberikan kepada seseorang. Kini, dia sudah berada di hadapan tempat gadis itu bekerja. Harap dia suka lah dengan bunga ros merah niey.

Kemudian, dia berfikir sebentar sebelum berjalan. Dia fikir lebih baik kirimkan sahaja bunga ini kepada seseorang. Senang, dia sekadar memberikan kad sahaja. Selit aje dekat jambangan itu. Lelaki itu tersenyum seraya masuk semula ke dalam kereta dan menulis sesuatu pada sticky note.

Setelah selesai, dia arahkan kepada seorang lelaki untuk menghantar bunga ros merah itu kepada penerima nya. Lelaki itu lega. Jauh di sudut hati, jangan lah gadis itu membuang jambangan bunga nya itu. Kemudian, lelaki itu pergi dari situ.

×××

"Waahhh ada bunga!"

Kata Jun Rina dengan riang nya sambil membelek jambangan bunga tersebut. Sambil dia membelek bunga itu, Bae Jihyun kaku di kerusi nya. Tertanya siapa gerangan yang memberikan dia bunga. Ini kali pertama dia mendapat jambangan bunga sebegini. Dan ada satu nama ditinggalkan di sticky note.

-Roses are red, violets are blue, you always look so beautiful to my eyes.
KTH-

Siapa dia? Dia ada kenal dengan aku ke sebelum ini? Kenapa dia beri aku bunga seperti ini? Dalam pertanyaan itu, Jun Rina melihat Bae Jihyun yang sedang termenung. Orang dapat bunga, gembira sakan. Tapi ini termenung pula. Apa lah kawan aku seorang ini.

"Woi, Jihyun!"

"Ya?"

"Berangan aje kerja kau. Eh! Orang kalau dapat bunga kan, dia bukan main gembira lagi tau. Tapi kau? Sugul aje. Berangan ada lah! Sape bagi niey?"

"Ntah…"

"Ntah? Takkan tak de letak nama dia dekat situ kowt. Pelik lah kau niey. Kau nak tak bunga niey? Kalau tak nak, bagi aku lah."

"Ambil lah!"

"Hoyeahh!!"

Dengan cepat Jun Rina mengambil jambangan bunga ros itu dan berlalu keluar. Dia nak hias bilik pejabat dia cantik - cantik. Lupa terus dia pada pertanyaan tadi. Bae Jihyun menyimpan sticky note ke dalam sebuah kotak kecil lalu disimpan semula kotak itu ke dalam laci.

×××

Min Yoongi tersenyum pada beberapa orang yang masih lagi berada dalam bilik mesyuarat sebelum dia melangkah keluar dari situ. Baru sahaja dia habiskan mesyuarat bersama peneraju syarikat hartanah Jinsil. Mendapat projek yang baru, nampak nya kerja dia semakin banyak.

"Buat kopi untuk saya."

"Baik, tuan."

Segera Park Jaera pergi ke pantri dan membuat air kopi kepada Min Yoongi. Sempat dilihat wajah penat majikan nya itu. Ye lah. Lebih tiga jam bermesyuarat dekat dalam. Mana tidak penat. Jaera mengetuk pintu dahulu sebelum masuk dan memberikan air kopi itu kepada majikan nya. Selepas itu, dia keluar semula.

"Ugh lega jap…"

Kata Min Yoongi setelah menyudahkan kopi yang masih ada lagi berbaki separuh di dalam cawan. Buku nota berwarna hitam dibuka dan melihat semula catatan yang dibuat tadi. Banyak perkara penting yang dibuat nya. Selepas itu, segera dia menghidupkan komputer di depan nya itu.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now