"Aii, takkan Amri je yang jadi yang buaya darat, saya pun nak jadi jugak. Buaya tasik biru." Seloroh Ian lalu ketawa.

"Ok kita geng!" Sambut Amri lalu 'high five' dengan Ian. Kedua-duanya ketawa lagi.

"Saya tak kisah kalau Encik Ian yang jadi buaya daratnya. Saya sanggup. Tapi jangan si Amri ni. Seram saya." Balas Mia sambil menjeling Amri dihadapannya.

"Sampai hati awak Mia cakap saya macam tu. Awak tak sayang saya ke?" Usik Amri buat-buat merajuk.

"Eee! Kau dah kenapa?" Ucap Mia lalu membaling straw ke arah Amri.

Akhirnya pecah ketawa mereka berlima dengan adegan itu. Tanpa disedari, mata Ian bertemu dengan mata Fea. Kedua-duanya terdiam dan terus berpandangan.

××××××××××××××××××××××

"Okay, semua orang amek sorang satu life jacket ni and pakai. Nak mandi kat sini kena pakai life jacket sebab ada setengah tempat yang dalam, so safety first." Nasihat Ian lalu menghulurkan beberapa life jacket kepada mereka.

"Ai ai chief!" Jawab Mia lalu mengambil life jacket yang diberikan. Kelima-lima mereka menyarung life jacket dan bersedia untuk terjun ke dalam air.

Amri dan Ian sudah berlari ke arah Tadom Splash di mana terdapat tempat tinggi yang disediakan untuk mereka terjun. Manakala Fea, Mia dan Sarah sudah berendam di dalam air.

"Woohooo!!" Jerit Amri lalu terjun ke dalam tasik, dan diikuti Ian. Kedua-duanya kelihatan teruja dan seronok.

Fea tersenyum melihat Ian yang kelihatan sedang berseronok bersama Amri. Macam budak-budak saja perangai keduanya. Macam tak pernah jumpa air.

Namun terlintas di hati Fea..

Itu bukan Ian yang dikenalinya 10 tahun lalu. Ian yang dikenalinya dahulu tak banyak bercakap dan selalu nampak bersendirian. Hidup di dalam dunianya sendiri.

Tapi tidak Ian yang berada di depan matanya sekarang ini. Ian yang ini nampak ceria dan mesra. Tidak sombong dan mudah bergaul. Mungkin pada awal pertemuan semula mereka, Ian kelihatan sombong, tapi tidak sekarang.

Entah mengapa, hatinya bergetar melihat sisi baru Ian yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Fea memegang dadanya perlahan. Ya benar, hatinya sedang berdebar laju!

Dan entah bila, Ian sudah berada di depannya lalu menarik tangan Fea. Fea pantas menoleh ke kiri dan kanan, rupanya Mia dan Sarah sudah berada di hadapan bersama Amri.

"Orang panggil, kau termenung pulak. Jom main buaian." Ucap Ian, lalu mengeratkan pegangannya membawa Fea ke arah buaian yang dimaksudkan. Buaian yang dibuat betul-betul di atas permukaan tasik.

"Naik.." Arah Ian. Tanpa banyak tanya, Fea menurut kata Ian. Setelah duduk di atas buaian buluh itu, Fea memandang Ian yang sedang terapung di permukaan air sambil memegang tali buaian.

Ian tersenyum memandang Fea.

"Amacam? Feeling tak dok atas buaian?" Tanya Ian, namun Fea masih diam, tidak menjawab. Dia hanya terus memandang Ian tanpa berkelip.

"Kau tengok tu Amri." Ian menunjuk ke arah Amri yang sedang bergayut di atas tali lalu melompat ke dalam tasik.

"Dah macam Tarzan dah." Ucap Ian tanpa memandang Fea. Dia jadi serba tak kena apabila Fea terus memandangnya tanpa berkelip.

Ian menepuk kuat permukaan air, menyebabkan Fea tersedar dari khayalannya. Terus Fea berdehem, malu pula apabila tanpa sengaja dia melihat Ian sebegitu.

"Kau kenapa pandang aku macam tu? Jatuh cinta eh dengan kehenseman aku?" Ucap Ian berseloroh, cuba menyelindungkan perasaannya.

"Err. Eh mana ada. Perasan je awak ni. Muka macam siamang.. hensem apanya." Ucap Fea, lalu turun dari buaian dan berenang ke arah Mia yang sedang santai di atas rakit buluh. Malu sungguh kerana ditegur Ian tadi.

'Dah kenapa dengan aku ni? Boleh pulak aku tenung dia lama-lama macam tu. Gila!' Gumam Fea di dalam hati.

"I know you love me, i know you care. You shout whenever and i'll be there. You are my love, you are my heart and we would never ever be apart." Tiba-tiba saja Amri menyanyikan lagu Justin Bieber itu sebaik saja Ian mendekatinya.

"Merah nampak muka Fea tu. Bos bagi ayat-ayat cinta ke kat dia?" Usik Amri dengan kening yang terangkat-angkat.

"Taklah. Aku bagi ayat mantera beradu, tu yang merah muka dia. Panas." Jawab Ian, berseloroh.

"Ececehh. Mantera beradu ke mantera cinta ni bos?" Amri masih tidak mahu mengalah.

"Nampak penumbuk ni?" Ian menyuakan buku limanya pada Amri.

"Eh eh, rileks bos rileks. Gurau aje tadi tu." Ucap Amri pura-pura takut. Dia tahu Ian bergurau.

************************************
bunga² cintaaa.. wuuuu~ 😘

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now