Tidak lama kemudian, hidangan mereka sampai. Amrilah orang pertama yang tidak mampu menahan laparnya apabila terbau aroma daging yang begitu menyelerakan.

"Terima kasih Encik Ian. Saya makan dulu." Ucap Amri lalu terus memotong daging steak kepada potongan kecil lalu masuk ke dalam mulutnya dengan rakus. Lapar betul! Over lah Amri ni. Ian ketawa kecil melihat gelagat Amri itu.

"Ian.. Say aahhh..." Pinta Misha sambil menyuakan sepotong beef steak kepunyaannya yang telah dicucuk di hujung garfu kepada Ian.

"Err.. aahhh.." Ian menerima suapan Misha walaupun teragak-agak lalu tersenyum.

"Sedap.." Ucap Ian.

"Say aahh.." Martin menyuakan makanannya kepada Ian dengan wajah yang gembira.

"Aahhh.." Ian membuka mulutnya besar.

"Opss! Sorry babe. I can't see your mouth. Your nose.. it's really looks like your mouth.. Hahaha.." Ucap Martin apabila dia sengaja tidak menyuap ke mulut Ian tetapi membiarkan suapan itu mengena pada hidung Ian. Seronok dapat mengusik buah hatinya itu.

"No! It's not. Clean it now.." Ucap Ian, konon merajuk meminta Martin membersihkan hidungnya yang terkena sedikit sos dari makanan yang ingin disuapnya tadi.

"Can i clean it with my.. tongue?" Martin masih lagi mengusik Ian, sambil membuat muka gatalnya.

"You and your dirty mind.." Ucap Ian lalu mereka berdua ketawa bersama-sama.

Ian menggelengkan kepalanya apabila kenangannya bersama Martin muncul sejenak diingatan.

Fea yang menyedari perbuatan Ian itu, menegurnya.

"Awak dah kenapa tergeleng-geleng? Berborak dengan makanan ke? Makanan tu cakap apa kat awak?" Tanya Fea dengan mulut yang masih mengunyah, tanpa menyedari tepi bibirnya comot dengan sos lada hitam.

"Sibuk.." Ucap Ian sambil menjeling Fea disebelahnya. Matanya tertancap pada sos lada hitam yang tercalit pada tepi bibir Fea.

'Makan pun comot. Macam budak-budak.' Omel Ian dalam hati.

Ian membiarkannya saja tanpa memberitahu Fea. Dia meneruskan suapannya.

"Eleh. Steak tu cakap bulu hidung awak terkeluar eh.. tapi awak tak mengaku, sebab tu awak geleng kepala tadi. Kan kan?" Fea ketawa kecil dengan ayatnya sendiri.

"Taklah. Dia cakap, budak sebelah aku ni macam budak baru nak belajar makan. Comot sana sini. So aku gelenglah kepala sebab tak tahu nak cakap apa. Malu sebab budak comot tu dok sebelah aku." Ucap Ian separuh berbisik. Mata Fea membulat apabila Ian mengatakan dia comot.

"Comot ke?" Tanya Fea sambil meraba-raba kawasan mulutnya.

Ian meletakkan garfu di atas pinggan lalu menarik tisu yang tersedia di atas meja. Tepi bibir Fea yang comot, dilap perlahan oleh Ian, menghilang sos lada hitam yang menempel.

Fea tergamam dengan tindakan Ian yang secara tiba-tiba itu. Misha juga begitu.

"Ishh!" Misha mendengus perlahan melihat adegan itu.

"Err. Terima kasih." Ucap Fea sambil tertunduk. Entah mengapa dia merasa malu. Hatinya berdebar- debar dengan tindakan Ian sebentar tadi. Fea cuba mencapai gelas yang berisi separuh airnya, namun entah bagaimana gelas tersebut jatuh dan airnya tertumpah di atas peha Fea.

"Haish! Tumpah pulak." Fea menarik tisu beberapa helai dan segera mengelap seluarnya yang basah. Mia juga turut membantu mengelap seluar Fea.

"Beranganlah tu. Ian baru lap sikit comot kat pipi tu, takkan dah gelabah kot." Ucap Misha sinis tanpa memikirkan hati Fea. Fea terus bangun dan beredar ke tandas dengan hati yang sebal.

"Why did you say like that?" Ucap Ian apabila melihat reaksi Fea yang seakan terasa dengan kata-kata Misha itu.

"What? I.. I just nak mengusik je." Ucap Misha dengan wajah tidak bersalah.

"Kejap eh. I pergi tengok dia kejap." Ucap Ian lalu bangun mendapatkan Fea.

'Ee! Mengadanya adik Wan ni. Nak merajuk bagai! Ian pulak nak kena pujuk. Ishh!' Rungut Misha geram.

"Are you okay?" Tanya Ian sebaik saja Misha keluar dari tandas.

"Err. Emm. Saya okay. Saya nak balik. Rimaslah dengan seluar ni. Basah lepas tu melekit. Saya balik dulu eh." Ucap Fea, pandangannya cuba dilarikan ke tempat lain. Dia malu dengan Ian selepas apa yang dikatakan Misha depan pekerja lain tadi.

"Aku hantar kau balik. Jom." Ucap Ian lalu menarik tangan Fea menuju ke meja mereka.

"Guys. Sorry, saya nak hantar Fea balik. Amri, awak ambik kad kredit saya ni untuk bayar dinner malam ni. Esok pulangkan kat cafe." Ucap Ian lalu menghulurkan kad kreditnya kepada Amri. Amri mengambil kad tersebut dengan mata yang terkebil- kebil.

"Misha.. I'm sorry okay. I nak kena hantar Fea balik. Next time kita jumpa lagi. See you." Ucap Ian pada Misha lalu beredar dari situ bersama Fea.

Misha melempar napkin yang dijadikan sebagai alas ribanya ke atas meja sambil mendengus geram.

*************************************
Hahaha. Lama jugak tak update ye. Maaf semua. Ilham baru ada. hihi 😊 Enjoy reading..

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now