"Kan tengah tunjuk ni." Jawab Fea dengan riak selamba.

"Ikhlas sikit boleh?" Tegur Ian.

"Ni sinki, ni cawan, ni piring.. Aku pun tahu, kau tak payah cakap. Panggil Reza jelah.." Ucap Ian lalu berpaling untuk ke arah hadapan cafe, ingin mendapatkan Reza.

"Eh. Tak payah mengada boleh tak? Orang gurau je tadi kan. Nak bergurau senda dengan 'bos baru' pun tak boleh." Kelentong Fea. Sempat lagi menyakitkan hati Ian dengan membuat muka apabila menyebut perkataan 'bos baru'.

Ian hanya menjeling geram. Tak habis-habis nak sakitkan hatinya.

"Jom Encik Ian. Saya tunjukkan encik bilik stor, di mana kami menyimpan semua jenis coffee." Ucap Fea dengan sopan santun, sengaja.

Ian hanya menuruti. Malas nak cakap apa-apa, nanti buat sakit hati je. Bukan boleh dibawa berborak minah sorang ni.

Mereka berdua turun ke bilik stor yang berada di tingkat bawah cafe.

"Taraaa. Nilah bilik stornya encik Ian. Cantikkan?" Ucap Fea dengan reaksi yang tiba-tiba mesra dan ceria.

Ian menjeling Fea.

'Sengajalah tu nak sakitkan hati aku. Tak apa, tak apa. Rileks je.'

"Lampu mana? Gelap ni tak nampak apa." Ucap Ian apabila dilihat ke dalam bilik stor yang gelap tanpa cahaya. Dia sememangnya tidak suka tempat yang gelap.

"Ops! Terlupa pula saya. Maaf ye Encik Ian." Fea menekan suis lampu yang terdapat di luar bilik stor dengan wajah yang masih sengaja diceriakan.

Lampu dibuka dan bilik diterangi cahaya lampu. Kelihatan banyak balang-balang kaca yang mengandungi pelbagai biji kopi tersusun kemas di atas rak. Terdapat juga beberapa cawan dan piring yang masih belum digunakan disusun bersebelahan dengan rak kopi.

Melihatkan Ian yang sedang ralit melihat kopi, Fea mendapat satu idea. Gatal betul otaknya mengeluarkan idea untuk mengenakan Ian.

"Encik Ian tengok dululah, saya nak angkat call sekejap." Ucap Fea, memberi alasan untuk keluar dari situ. Ian hanya mengangguk. Perlahan-lahan Fea menutup pintu bilik stor.

"Jangan lama.. aku..." Baru saja Ian ingin memberitahu sesuatu, Fea sudah menghilang. Pintu bilik ditutup.

"Haishh.. Tak sempat nak cakap. Yang pergi tutup pintu dah kenapa?" Omel Ian.

Tiba-tiba..

Tup!

Lampu terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita.

"Fea!" Panggil Ian cemas. Dia bergerak ke arah pintu.

"Shit! Aku tak nampak apa ni!" Ucap Ian. Dia semakin cemas.

"Fea!" Panggil Ian lagi. Tombol pintu dicapai. Ian memulas tombol itu, namun tak terbuka. Dia terkunci.

"Shit. Aduh macam ni?" Ian mengetuk pintu stor berkali-kali. Oleh kerana bilik stor merupakan bilik kedap dan berada di tingkat bawah, tidak ada sesiapa yang mendengarnya, melainkan Fea.

"Aku kena keluar jugak ni. Arghh!" Jerit Ian, menahan perasaan.

Fea ketawa kecil dari luar stor.

"Tahu mengelabah.." Ucap Fea perlahan, mengejek Ian yang masih terkunci di dalam bilik stor.

Beberapa saat kemudian tiada lagi bunyi ketukan dari dalam bilik.

"Aik. Senyap pulak." Fea menjadi hairan.

"Pengsan dah ke?" Perlahan-lahan Fea membuka pintu stor. Lampu bilik juga dihidupkan semula.

"Awak.." Fea segera menghampiri Ian yang sedang duduk memeluk lutut dengan wajahnya ditekup ke lutut seperti anak kecil yang ketakutan.

Ian mengangkat wajahnya apabila mendengar suara Fea.

"Awak.. Awak okay tak? Sorry. Saya.." Fea mula merasa bersalah melihat wajah Ian yang berubah pucat. Perlahan-lahan Ian bangun.

"Awak sakit ke?" Tanya Fea lagi.

Ian memandang Fea dengan pandangan tajam.

'Tersampuk ke mamat ni? Lain macam je muka dia.' Fea tidak sedap hati memandang Ian.

"Sini jap." Panggil Ian.

"Err. Kenapa?" Tanya Fea takut-takut.

'Dia nak cekik aku ke? Aku tak nak mati!' Adegan-adegan cerita seram yang pernah ditontonnya di televisyen mula berlegar-legar di fikiran.

"Sini.." Panggil Ian perlahan. Fea memberanikan diri mendekati Ian.

"Takk!" Satu bunyi yang agak kuat kedengaran.

"Aduhh! Sakitlah. Awak dah kenapa?" Marah Fea apabila dahi dijentik oleh Ian secara tiba-tiba.

"Kau tu dah kenapa kunci pintu lepas tu tutup lampu? Nak takutkan aku?" Marah Ian pula. Perasaan yang sebentar tadi ditahan kembali lagi.

'Tak boleh nak tahan lagi dah ni.'

"Saya saja je nak kenakan awak." Jawab Fea selamba.

"Kau ni pun nak kenakan aku tak kena masa.. Nasib baik aku tahan." Ucap Ian.

"Tahan? Tahan apa?" Tanya Fea pelik.

"Tahan kencing!" Jawab Ian lalu melangkah laju keluar dari stor.

"Tahan kencing??" Ucap Fea lalu menekup mulutnya. Bahunya terhincut-hincut menahan rasa.

"Bhahahahaha!" 

************************************
Jom ketawa secara berjemaah 😂

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now