Begitu dingin sikap Nazrul kepadanya.

Baru sehari bersama dengan Nazrul yang bersikap dingin,hatinya sudah rasa sedih.Mungkin juga rasa terseksa.Bagaimana dirinya mahu berdepan dengan hari hari yang akan datang?

Semoga Allah lembutkan hari suaminya dan semoga Allah kuatkan dirinya utk menempuhi semua ni juga. Itu doa Aqisyah.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:47 petang.Aqisyah memandang suaminya.

"Awak,singgah dekat R&R sekejap boleh? Saya nak solat Zohor"ujar Aqisyah.

Tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh Nazrul.Aqisyah mengeluh perlahan.

Tiba di R&R Rawang,Nazrul berhenti seketika untuk solat Zohor.

Usai sahaja Aqisyah solat Zohor,dia keluar dari surau.Tiada kelibat suaminya.Mungkin Nazrul belum selesai solat.

Aqisyah mengambil keputusan untuk membeli sedikit buah potong untuk dimakan dalam kereta nanti.

Aqisyah membeli 2 paket buah tembikai yang sudah siap dipotong.Kemudian,dia meletakkan asam pada buah tembikai itu.

Aisyah melihat jam di tangan kirinya.

"Eh,10 minit jugak aku beli buah ni.Baik aku cepat pergi dekat kereta."gumam Aqisyah.

Langkahnya dicepatkan.Tiba tiba,dia ternampak Nazrul sedang bercakap dengan seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Cemburu? Mestilah Aqisyah cemburu.Tapi,dalam keadaan sekarang,Aqisyah hanya berfikiran positif.Perasaan cemburunya dibuang jauh jauh.

"Assalamualaikum"tegur Aqisyah.

"Waalaikumussalam.."

"Siapa ni abang?"soal Aqisyah.

"Jasmine,this is my..wife,Aqisyah.Aqisyah,ini business partner saya,Jasmine"ujar Nazrul.

"Hai.Tak sangka you dah kahwin.You tak cakap pun dekat I. Kitakan rapat.Sampai hati you tak bagitau I.."

"Sorry.Majlis I ni buat dekat kampung aje.Malas nak buat dekat KL."kata Nazrul.

"Oo..okaylah.I got to go . Jumpa lagi.Bye!"
Jasmine mengukir senyuman manis kepada Nazrul.Kemudian,dia beredar dari situ.

"Tak payah tercegat lagi dekat situ.Cepat masuk kereta."kata Nazrul.

Aqisyah menurut kata kata Nazrul.

"Awak suka tembikai kan? Nah,saya ada belikan awak buah tembikai campur asam."

Aisyah menghulurkan buah tembikai yang dibelinya sebentar tadi.

"Takpelah,terima kasih.Sekarang saya dah tak makan tembikai.Saya dah ubah selera"ujar Nazrul.Buah tembikai yang dipegang oleh Aqisyah langsung tidak dipandangnya.

Nazrul menghidupkan enjin kereta Honda miliknya.Perjalanan mereka diteruskan.

Aqisyah hanya diam membisu.Dia makan buah tembikai yang dibelinya tadi dengan hati yang sayu.

KERETA Honda milik Nazrul masuk ke dalam tempat parking lot kereta.

Aqisyah hanya mengikut jejak Nazrul sambil membawa beg bajunya.Mereka masuk ke dalam lif.

Aqisyah hanya memerhatokan Nazrul yang menekan butang lif yang bernombor 13.

Tingkat 13? Serius? Tingginya! Desis hati Aqisyah.

Tiba sahaja di tingkat 13,mereka menuju ke rumah Nazrul.

Bagaikan rusa masuk kampung,begitulah Aqisyah apabila masuk ke dalam rumah Nazrul.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now