Fadz tersenyum sendiri.

"Aku pun tak adalah bagus mana. Still tergedek-gedek juga dalam hal-ehwal agama ni. Sebab itu pentingnya istiqamah. Nak berubah memang senang. Tapi yang sukar itu Istiqamah. Sebab itu kita kena kuatkan Iman di dada." Sambungku lembut.

Fadz memegang tanganku. Erat.

"Ajar aku boleh?" Pintanya dengan mata yang penuh berharap.

Aku tersenyum manis.

"Boleh In shaa Allah. Kita berubah sama-sama okay?" Balasku sambil membuat gaya "fighting"

Fadz tersengih kecil. Lalu dia menggabungkan lengannya dengan lenganku.

Ini baru namanya ukhuwah.

Perbualan kami terhenti apabila pensyarag sudah mula masuk kedalam dewan kuliah.

Serta-merta satu dewan menjadi senyap.

"Itulah yang aku kata semalam. Handsome kan?" Bisik Fadz di tepi telinga usai memberi salam kepada pensyarah.

Aku menumpukan perhatian kepada topik yang akan dipelajari harini.

Entah perasaan apa yang bertandang dalam hati ini.

Macam pernah kenal.

Atau bayanganku saja? Sudahlah, malas nak fikir-fikir. Baik dia belajar daripada memikirkan benda yang tak berfaedah.

Cuma yang aku boleh describe pemuda di hadapanku ini cuma satu.

Dingin. Heartless.

Tiada langsung secalit senyuman di wajahnya. Apatah lagi kalau perasaan?

Memandai je kau describe orang.

Don't judge the book by it's cover.

Mana tau muka dia je macam tu tapi hati kalahkan tisu? Boleh je jadi.

Husnudzon itu lebih baik.

Lalu hanya irama senyap sahaja yang bermain dalam dewan ini.

Tidak seperti subjek yang lain. Masih ada jenaka atau isu semasa yang disampaikan oleh pensyarah.

Aku terus menumpukan perhatianku. Takut terleka pula. Tiba-tiba nasihat Amir berlegar-legar dalam otaknya.

Dah lah! Pergi fokus wahai Nur Qistina Humairaa'!

***
"Weyh, macam mana? Kacak kan?" Tegur Fadz usai selesai kelas untuk hari ini.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Macam mana nak cakap eh? Aku tak tengok muka dia sangat. Sebab-"

Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Fadz terus memintas dengan laju.

Eceh. Ayat.

"Sebab muka dia garang gila kan? Sebab itu jugaklah ada orang panggil dia bapak singa" ujar Fadz aambil meletakkan lengannya di atas bahu kananku.

"Ya Allah. Macam-macam. Tak baik tau panggil macam tu" balasku sambil sedaya-upaya untuk tidak melepaskan tawa.

Ada pula panggil bapak singa? Kasi lah nickname yang elok sikit. Baru sedap telinga ni dengar.

"Betul lah weyh. Dia mana pernah senyum dekat U ni. Tak pernah. Kalau nak senyum pun, senyum sikitttt saja tau?" Tuturnya sambil jari telunjuk dan ibu jari dirapatkan. Hanya tinggal ruang yang sangat kecil.

"Seronok sangat kau kasi nama panggilan dia sampai kau lupa apa nama sebenar dia. Aku tak nak lah panggil dia bapak singa. Kejam sangat tu" aku tergelak kecil.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now