"Baik boss! Lailah sa'idah Encik Amir Hudzaifah. Assalamualaikum." tuturku sambil memberikan semula sweater itu dan  melambai kecil ke arahnya.

Dia menjawab ucapan salamku dan tersenyum kecil lalu membalas lambaikanku sebentar tadi.

Setelah memastikan aku sudah masuk ke dalam bilik, kendengaran satu keluhan berat dilepaskan.

'Memang. Memang aku yang akan rindukan kau.' Getusnya di dalam hati lalu meloloskan diri ke rumah rehat.

***
Jam tangan yang elok terlekat pada pergelangan tangan yang berbalutkan handsock aku tilik.

8 a.m.

Lagi 30 minit kelas bermula. Fadz kata first subject ni Lecture yang paling kacak lagi bergaya?

Entah. Malas hendak difikirkan. Bukannya boleh buat apa pun kan?

Sementara menunggu pensyarah masuk, aku mengambil kesempatan untuk membaca Al-Quran. Tafsir Al-Quran yang bewarna purple dan bersaiz sederhana besar aku ambil dari begku.

Aku membaca surah Al-Fatihah dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebanyak 5 kali.

Tajdid niat dan aku membuka lembaran Al-Quran yang bewarna-warni secara rawak.

'Katakanlah (wahai Muhammad): kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.'

Surah Al-Kahfi ayat kedua terakhir.

Aku tersenyum sendiri. Dekat dunia ni, Allah telah mengurniakan kita semua dengan nikmat yang cukup. Nikmat akal yang sihat. Nikmat oksigen yang masih free dan tidak lagi dikenakan GST. Dan banyak lagi nikmat-nikmat yang Allah bagi dekat kita semua.

Dan nikmat yang paling besar ialah, nikmat Iman dan Islam. Dua nikmat inilah yang kita perlu syukuri dan manfaatkan sebaik yang mungkin.

Cuma itulah, kita sebagai unat Islam ini kadang-kadang terleka dengan nikmat dunia sehingga lupa apa matlamat kita. Iaitu mencapai redha Ilahi. Iaitu untuk membuat sebaik yang mungkin untuk ukhrawi (akhirat).

Muhasabah diri balik diri yang sering membuat dosa dan sering lupa pada pencipta.

Mata yang tertutup tadi terbuka luas apabila bahuku ditepuk lembut oleh seseorang.

Fadzrin.

Aku tersenyum nipis. Mungkin dia baru balik dari tandas. Lagipun tadi dia ada kata yang dia sakit perut.

"Sorry, aku terkejutkan kau eh?" Soal Fadz lembut.

"Tak adalah terkejut mana"

"Kenapa menangis?" Aku mengerutkan dahiku.

Lantas tapak tangan dibawa ke pipi.

Basah.

Entah sejak bila aku mengalirkan air mata. Jujur tak perasan!

Pantas aku seka sisa air mata di wajahku.

Tiba-tiba mata Fadz terhenti pada Tafsir Al-Quran yang berada di dalam genggamanku.

Dia tersenyum nipis.

"Untungnya kau. Mudah untuk menangis bila kau baca ayat-ayat Al-Quran. Aku ni, surah Al-Fatihah pun kena nyanyi lagu maksud dia baru aku tau. Kalau tak, tak adanya aku nak faham" tuturnya sayu.

Bibirku mengoyak senyuman lembut.

"Sebab itu pentingnya Taddabbur Al-Quran. Maksudnya kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran. Paling kurang pun, Taddabbur surah Al-Ikhlas. Dulu pun aku bukannya reti. Biasalah, waktu kita semua lahir, mana ada terus jadi pandai. Betul tak?"

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now