"Isy, aku tahulah! Nantilah dulu. Aku tak nak-"

"Assalamualaikum." Tiba-tiba, satu suara lelaki menegur mereka dari belakang. Intan dan Aqisyah menoleh serentak.

"Waalaikumussalam.."

Aqisyah memandang Intan sekilas sebelum dia pandang semula lelaki yang menegur mereka tadi.

"Awak Intan Melisya binti Azmi ya?" soal Naim, bekas pelajar yang pernah menjadi salah seorang yang mendapat anugerah dekan pada dua tahun yang lalu. Dia memandang sehelai kertas yang ada di tangannya. Kemudian, dia pandang ke arah Intan.

"Ya, saya.." Muka Intan berona merah seperti sedang hangat. Maklum la, dia jadi malu-malu kucing bila 'crush' sebut nama penuh dia. Rasa seperti ada rama-rama berterbangan dalam perut.

"Awak ahli pengakap, kan? Ikut abang sekejap. Ada beberapa fail yang abang nak minta tolong Intan serahkan pada Puan Aini." Naim mengukir senyuman manis. Matanya menjadi lebih sepet apabila dia tersenyum.

Mesti jantung Intan dah tak boleh duduk diam. Aqisyah memandang Intan lagi. Dia mengetap bibir menahan tawa apabila melihat riak wajah Intan yang sedang berusaha untuk menahan senyuman lebar. 

Tapi, dia adalah Intan. Memang terus tersenyum bila dia nampak Naim tersenyum. Haha! Sah, kawan aku dah jatuh cinta teruk dengan abang senior ni.

"Kita berbincang dekat wakaf surau ya?" pinta Naim. Intan hanya mengangguk setuju. Tak ada bantahan apa-apa yang keluar dari mulutnya.

Intan terus mengikut Naim ke wakaf surau tanpa menoleh ke arah Aqisyah lagi. Dia pergi begitu sahaja tanpa memberi apa-apa pesanan. 

"Tak cakap apa apa dekat aku, terus blah macam tu aje? Ceh!" 

Aqisyah berdecit. Bibirnya tercebir tanda tak puas hati. Dengki pula tengok Intan dapat berbual mesra dengan Naim. 

Kalau dia dengan Nazrul? Hm, macam tunggu pokok pisang berbuah dua kali. Memang tak akan dapat!

Aqisyah berdiri pantas berjalan ke arah kafeteria. Perutnya sudah lapar. Sejak dia tiba tadi, dia masih belum mengisi perut. Kalau dapat mi goreng sepinggan sekarang pun dia boleh habiskan.

Matanya mengerling jam yang terikat pada tangan kirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 6:45 pagi. Berbaki 15 minit lagi sebelum berkumpul untuk daftarkn diri.

Tiga biji karipap dan secawan air coklat panas dibeli. Dia mengambil tempat di sebuah meja yang masih belum bertuan dan melabuhkan punggungnya untuk bersarapan. Sama seperti Nazrul, dia juga bersarapan seorang diri. 

Walaupun matanya masih terasa mengantuk, namun dia tetap gagah mengisi perut. Perut yang lapar perlu didahulukan berbanding mata yang mengantuk. 

"Assalamualaikum."

Aqisyah terus menoleh. Terkejut sedikit apabila ditegur secara tiba-tiba dari belakang. Nasib baik tak melatah dan tercekik karipap yang dimakannya. Namun, tatkala matanya terpandang gerangan yang menegurnya terus membuatkan wajahnya yang berkerut tadi berubah menjadi manis. 

Bibir Aqisyah mengukir senyuman manis tanpa dia sedar. Memang spontan. 

Aku mimpi ke ni? Aku tak mimpi,kan? Desis hati Aqisyah. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

Lelaki idaman, atau kata pendeknya 'crush' dia, Nazrul Hakimi tegur! 

Are you kidding me

Dalam hati Aqisyah saling tak ubah macam taman bunga yang sedang berbunga mekar. 

"W-Waalaikumussalam.." Aqisyah gugup. Terus hilang rasa lapar dia tadi. Mengantuk pun hilang. Dahsyat sungguh penangan Nazrul pada dia.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now