#50

10.5K 234 8
                                    

"Boleh awak ceritakan sedikit fasal arwah Farish?" Tanya Hanif tiba-tiba.

"Nak buat apa?" Arianna pelik.

"Nak juga kenal kenal dia." Jawab Hanif.

"Farish seorang yang periang. Dia suka buat orang gembira. Maksud saya, dia pandai hiburkan hati di orang sekeliling dia." Terang Arianna serba-serbi sedikit tentang Farish.

Ketika itu pula, Ariena sudah pun nyenyak beradu.

"Oh, saya periang tak?" Hanif cuba membandingkan dirinya dengan Farish.

"Terlebih riang. Kadang ada wayar putus!" Sakat Arianna.

"Jahat lah dia ni." Kata Hanif sambil ketawa.

Arianna juga ikut ketawa.

"Lagi, lagi." Pinta Hanif.

"Dia tak pernah marah saya dan Ariena. Kalau saya buat salah pun, dia tegur je. Kalau dia terasa hati dia diam je. Yelah, pasangan mana kan yang tak pernah selisih faham kan? Dia pun tak suka kena marah." Sambung Arianna.

"Oh, jadi saya tak boleh marah awak lah ni?" Tanya Hanif.

"Tak boleh!" Arianna gelak.

"Lagi lagi Ariena tu. Marah sikit, air mata terus macam air terjun." Arianna mengutuk anaknya sendiri. Sampai hati!

"Manja macam awak." Hanif ketawa.

"Ish. Hahaha. Awak tak mengantuk ke?" Tanya Arianna seraya menukar topik.

"Belum lagi. Awak tidurlah dulu kalau mengantuk." Ujar Hanif.

"Okay lah, bye and good night." Kata Arianna sebelum dia pergi ke bilik untuk tidur.

"Sweet dreams!" Lembut saja Hanif berkata.

__________

Hanif masih belum tidur. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.

"Kenapa aku tak boleh tidur ni?" Getus hatinya.

Lama juga dia termenung.

"Sudahlah." Dia keluar dari bilik lalu bergerak ke dapur.

Niatnya mahu membuat secawan kopi.

Ketika dia mahu mengambil serbuk kopi,

"Patutlah tak boleh tidur! Kopi lagi, kopu lagi!" Hanif memarahi dirinya sendiri.

Maka, dia membatalkan hasratnya untuk meminum kopi.

Dia bergerak ke ruang tamu, lalu membuka siaran televisyen.

"Membosankan." Ditutupnya kembali televisyen tersebut.

"Awak tak tidur lagi?" Tiba-tiba sahaja Arianna muncul.

Terkejut Hanif dibuatnya!

"Saya tak boleh tidur." Kata Hanif tersengih.

"Jom layan movie?" Ajak Arianna. Matanya juga terus segar.

Memandangkan esok hari cuti, Hanif pun tidak berkerja. Apa lagi, overnight lah!

"Movie apa?" Tanya Hanif.

"Horror movie." Kata Arianna selamba.

"You serious? Tak takut ke? Hahaha." Kata Hanif.

"Tak pun. Ke awak yang takut?" Ujar Arianna pula.

"Tak, okay! Please, saya ni lelaki. Nanti awak saya takutkan awak!" Kata Hanif sambil ketawa.

"Jahat!" Arianna mencubit lagi pinggang suaminya.

"Farish, Arianna kini milik aku. Aku akan jaga dia dan anak kau macam keluarga aku sendiri. Aku janji aku tak akan pernah menghampakan engkau dan mereka. Mungkin takdir mengatakan engkau pergi dan aku yang perlu ganti. Terima kasih Farish, kau sangat teliti dalam menjaga keluarga kau. Arianna dan Ariena orang yang baik. Semoga kau tenang selamanya di sana."


- TAMAT -

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now