#22

5K 165 9
                                    

"Pon pon!" Kedengaran sebuah kereta sedang mengehon.

"Itu mesti Adam dengan Afie." Kata Dato Ariffin dengan yakin.

"Adam? Kita berjumpa lagi." Kata Diana di dalam hati dengan penuh sinis.

"Siapa?" Diana acah-acah tak tahu.

"Oh, Adam tu adik Hanif. Afiena tu isteri kepada Adam." Jelas Datin Sarah.

"Adam dah berkahwin? What a surprise." Desis hati Diana. Dia benar-benar terkejut.

"Ibu, ayah, Hanif!" Panggil Adam.

Mata Adam melilau ke arah Diana.

"Macam kenal." Desis hatinya.

"Adam, Afie duduklah. Eh siapa pula tu?" Tanya Datin Sarah dengan pelik.

"Oh ya, ibu. Ni Arianna akak ipar Afie. Arianna kenalkan ni ibu Hanif dan Adam." Afiena mengenalkan mereka antara satu sama lain.

"Oh." Jawab Datin Sarah sepatah.

Arianna mahu menyalam ibu Hanif, malangnya tidak dihiraukan oleh Datin Sarah tersebut.

"Eh jap. Kau Arianna?" Tanya Datin Sarah terkejut.

Arianna mengangguk.

"Siapa ni ibu?" Hanif mencelah.

"Arianna." Mahu tak mahu Datin Sarah menjawab.

"Hanif memang dah lupa aku." Desis hati Arianna menahan sakit.

"Tak pernah nampak pun." Kata Hanif lagi.

Makin menjadi-jadi pula rasa sakit hati Arianna.

Kata-kata Hanif tidak dilayan sama sekali.

"Arianna, saya nak jumpa awak sekejap." Kata Datin Sarah dengan begitu tegas.

Arianna pelik. Kenapa pula Datin ni nak jumpa dia?

__________

"Kau janda yang ikut accident dengan Hanif masa tu kan?" Saja Datin Sarah menekankan perkataan 'janda' tersebut.

Hati Arianna terasa disembelih. Mengapa sebegitu hinanya seorang perempuan yang berstatuskan janda?

"Ye saya, datin." Jawab Arianna dalam nada yang masih kekok.

"Kau memang tak malukan? Dah lah janda, nak goda anak aku pula. Sampai buat dia hilang ingatan. Memang patut laki kau tinggalkan orang macam kau ni. Tak ada maruah langsung." Arianna dicaci dan dihina dengan teruk oleh Datin Sarah.

"Datin! Datin tak tahu tentang saya, datin tak tahu macam mana saya boleh jadi janda, datin tak tahu cerita tentang saya, datin jangan suka-suka nak fitnah saya dengan melulu. Saya tak pernah nak goda anak Datin. Memang saya janda, tapi bukan untuk Datin Sarah berbesar hati untuk menghina saya. Suami saya tak tinggalkan saya. Arwah dah meninggal!" Amarah Arianna semakin membuak-buak sehingga dia menitiskan air matanya.

"Aku tak nak tahu pun. Sekarang yang aku nak, jangan tayang muka kau lagi dekat keluarga aku. Sebab kau, Hanif jadi macam ni. Sebab kau, Hanif hilang ingatan! Datin Sarah menghalau Arianna.

"Datin boleh suka-suka menghina saya. Tapi datin kena ingat, ada manusia yang sentiasa bermuka-muka. Hati-hati dengan Diana." Kata Arianna seperti mengugut.

Arianna terus mencapai beg tangannya lalu keluar dari rumah yang tidak pernah mengundangnya untuk ke situ. Air matanya dibiarkan mengalir.

"Akak nak pergi mana?" Panggil Afiena.

Namun, tidak dihiraukan oleh Arianna.

"Hahaha. Kesian betul kau Arianna." Desis hati Diana.

__________

"Kenapa dengan Diana? Hati-hati dengan Diana?" Hati Datin Sarah mulai tidak tenang.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now