#39

5.5K 140 0
                                    

"Saya nak minta maaf dengan awak, Arianna. Dulu saya hina awak macam awak tak ada perasaan langsung." Datin Sarah menyuarakan kesalan hatinya.

"Tak apa. Tapi kenapa ni?" Arianna bingung.

"Ibu dah tahu semuanya. Tentang Diana dan tentang kita." Kata Hanif pula.

"Kita?" Kelihatan ada kerutan di dahi milik Arianna.

Hanif mengangguk teruja.

"Maksud awak?" Tanya Arianna.

"Mama akan kahwin dengan papa!" Ariena mencelah.

"Kan, sayang!" Hanif memeluk Ariena sambil ketawa kecil.

"Suka ye Arie." Usik Datin Sarah.

Ariena tersengih.

"Diana?" Tanya Arianna lagi.

"Saya dah cerai dengan Diana bulan lepas. Berapa kali lagi saya nak ulang?" Hanif mengeluh.

"Diana sekarang dekat mana?" Tiba-tiba sahaja Arianna menjadi risau.

"Rumah dia lah." Selamba sahaja Hanif menjawab.

Arianna tidak memberi respon.

"Mama, kenapa mama diam?" Tegur Ariena.

"Apa yang dah jadi antara Diana dengan Hanif sebenarnya?" Tanya Arianna ingin tahu.

"Diana tak sayangkan Hanif. Dia cuma nak balas dendam dekat Adam dengan cara gunakan Hanif. Diana nak bunuh Adam, tapi tak berjaya. Dia tak sanggup." Jelas Datin Sarah.

"Kenapa dia nak bunuh Adam?" Arianna tetap serius.

"Sebab Adam dah bunuh adik dia, Diandra." Hanif mencelah setelah lama dia berdiam diri.

"Kenapa dia bunuh adik Diana? Apa salah adik Diana," Arianna semakin binggung.

"Eh sudahlah, tak payah lah kita cerita tentang Adam dengan Diana. Yang penting semuanya dah jelas dan selesai." Datin Sarah cuba untuk menutup aib anaknya.

Arianna mengangguk sambil tersenyum sahaja.

__________

"Apa senyum-senyum tu kak?" Tegur Afiena.

"Mana ada." Arianna gelak.

"Mesti mama suka papa kan!" Usik Ariena.

"Ee, dah pandai ye sekarang sakat mama!" Arianna mengeletek tubuh kecil milik Ariena.

"Mama geli lah." Ariena tidak putus-putus ketawa akibat geli yang dirasanya.

"Tahu pun!" Arianna gelak.

"Afie, sampai bila kamu nak lari daripada suami kamu tu? Benda dah lepas. Sedangkan Diana boleh mencuba untuk memaafkan kesilapan Adam, apa lagi kamu yang isteri dia? Takkan lah dalan hati tu tak ada sikit pun ruang untuk maafkan Adam? Tak rindu Adam ke? Akak rindu tau arwah abang Farish. Hari hari akak rindu." Suara Arianna menjadi sayu.

"Akak janganlah macam ni. Afie pula dah yang sedih." Kata Afiena sambil mencuba memujuk kakak iparnya.

"Dah tu? Takkan kamu tak rindu Adam?" Tanya Arianna.

"Hm." Afiena mengalirkan air matanya.

"Berbaik lah dengan Adam. Tak baik tau gaduh lama-lama. Macam-macam boleh jadi nanti. Kamu untung suami kamu masih ada, cari kamu." Arianna memcuba untuk memberi sedikit nasihat kepada Afiena.

"Baik, kak." Afiena mengangguk lemah.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now