#47

5.1K 127 0
                                    

"Apa lagi yang belum beli?" Tanya Hanif kepada Arianna.

"Cincin. Takkan nikah tak ada cincin." Perli Arianna.

"Tak ada cincin pun okay, awak pun dah cukup jadi bukti yang awak sayang saya." Jawab Hanif sambil mengenyitkan matanya.

"Nak saya gelak ke macam mana ni?" Arianna memerli lagi.

"Alah, tak sporting lah dia ni." Hanif acah-acah merajuk.

"Pergilah, dah habis merajuk cakap tau. Mengada." Arianna ketawa.

"Awak kejam! Hahaha. Nak pergi kedai emas mana ni?" Tanya Hanif seraya menukar topik.

"Mana-mana yang bagus. Saya tak berapa nak tahu fasal cincin ni." Arianna berterus terang sahaja.

"Kita pergi kedai aunty saya jelah okay?" Ajak Hanif.

"Okay." Jawab Arianna tanda setuju .

__________

"Mana satu eh yang sesuai dengan awak?" Tanya Hanif.

Arianna tidak memberi responz Dia pun tidak tahu sebenarnya.

"Yang ni cantik kot." Hanif menundingkan jarinya ke arah satu cincin permata tersebut.

"Mahalnya!" Arianna kaget.

"Mestilah mahal. Kan emas tulen? Tak apa saya yang bayar." Jawab Hanif.

"Tak nak lah awak. Membazir lah nanti." Niat Arianna hanyalah tidak mahu menyusahkan Hanif.

"Jadi, awak nak yang mana?" Tanya Hanif lagi.

"Saya rasa satu pun tak berkenan dengan saya." Jawab Arianna kecewa.

"Sebab mahal?" Teka Hanif.

Tekaan yang tepat sekali!

"Eh, tak lah. Kita pergi kedai lain boleh?" Ajak Arianna sambil menafikan tekaan Hanif yang benar tersebut.

"Okay, anything for you my beautiful queen." Hanif mengenyitkan matanya. Suka betul kenyit mata!

Arianna hanya mampu tergelak sahaja.

__________

"Dah lebih 10 kedai kita masuk, satu cincin pun tak ada dekat tangan awak." Muka Hanif kelihatan marah.

Mana tidak, mestilah dia penat ke hulu ke hilir semata-mata mencari cincin perkahwinan mereka.

"Sorry, tapi memang semua tak sesuai dengan saya." Arianna berasa bersalah pula dengan Hanif.

"Jadi, apa yang sesuai dekat awak?" Tanya Hanif terdingin.

"Awak tengok jari manis saya ni." Arah Arianna.

"Okay, then?" Hanif tidak faham sebernarnya.

"Awak carikanlah cincin apa-apa sahaja pun untuk saya. Saya dah tak kisah dah. Saya takut awak penat lagi nak bawa saya semata-mata nak mencari cincin. Saya tak nak susahkan awak lagi. Saya serahkan semua pada awak ya?" Pinta Arianna yang masih rasa bersalah.

"Betul saya yang pilih?" Hanif meminta kepastian yang lebih mendalam.

"Ye, Encik Hanif." Arianna mengangguk lalu tersenyum.

"Okay, nanti saya cari. Sekarang awak nak ke mana pula?" Tanya Hanif. Dah macam driver Arianna dah!

"Baliklah. Kesian Arie tunggu saya. Mak dari tadi call saya kata Arie asyik cari saya." Terang Arianna.

"Okay. Mari kita balik rumah!" Kata Hanif.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now