#28

5.1K 145 1
                                    

Ketika mereka berada di dalam perut kereta,

"You, semalam yang ikut kita dinner, adik you dengan isteri dia eh?" Tanya Diana seraya membuka bicara.

"Ye, Adam dengan Afiena. Kenapa?" Tanya Hanif pula.

"Tanya je." Kata Diana dengan selamba.

"So, kita nak pergi butik mana?" Tanya Hanif lagi.

"Mana-mana jelah." Kata Diana pula.

"Saya mana tahu fasal semua benda ni. Saya tak pernah kahwin pun lagi." Hanif tidak mahu kalah. Geram dia dengan Diana.

"Jomlah pergi butik aunty I." Dia pakar dalam semua ni." Ujar Diana dengan penuh malas.

Sesungguhnya dia betul-betul tidak ikhlas mahu berkahwin dengan Hanif Izraffie. Oleh kerana, dendamnya yang belum tercapai dia terpaksa mengorbankan segalanya.

"Butik aunty awak tu dekat mana?" Tanya Hanif.

"Pergi jelah dulu, nanti I cakap. Dah sampai bandar nanti kejut. I nak tidur, menngantuk." Kata Diana.

Hanif hanya mengangguk.

__________

"Hanif dress ni cantik tapi tak muat dekat I!" Diana mula merengek macam budak-budak.

"Carilah yang lain. Banyak lagi yang cantik." Pujuk Hanif.

"I nak yang ni juga." Desak Diana.

"Cik, ada saiz lain yang lebih besar tak untuk dress ni?" Tanya Hanif kepada salah seorang kepada pekerja di situ.

"Maaf encik, tiada. Baju pengantin ni memang limited edition." Kata pekerja tersebut dengan penuh sopan.

"Apa bising-bising n?" Tegur Datin Kistina, aunty kepada Diana.

"Aunty!" Diana memeluk Datin Kistina dengan erat. Sudah lama mereka tidak berjumpa.

"Eh kamu Diana? Rindunya aunty dekat kamu." Datin Kistina menyambut pelukan Diana.

Diana hanya tersengih.

"Aunty dress mi memang tak ada size lain lagi ke?" Diana masih tidak dapat menerima kenyataan.

"Eh, nak buat apa dengan wedding dress ni?" Tanya Datin Kistina pelik.

"Oh ya, kenalkan ni Hanif. My future husband." Mahu tak mahu sahaja Diana mengenalkan Hanif kepada Datin Kistina.

"Wah, dah nak jadi isteri orang rupanya kamu." Datin Kistina tergelak kecil.

Diana turut ketawa. Namun, ketawanya tidaklah setulus mana. Macam biasa, semuanya palsu.

Hanif hanya mampu mempamerkan senyuman manisnya kepada Datin Kistina.

"Jadi kamu nak dress ni juga ye?" Datin Kistina kembali ke topik asal.

"Nak!" Diana menjerit kecil.

"No worries, Diana. Nanti aunty arahkan penjahit aunty untuk buat dress ni mengikut saiz badan kamu." Pujuk Datin Kistina.

"Really?" Ujar Diana dengan penuh teruja.

"Of course. Kamu boleh masuk ke dalam bilik jahitan dulu. Aunty nak ukur badan kamu." Arah Datin Kistina.

"You pilihlah dulu untuk baju you. I nak ukur badan dulu." Diana meminta izin daripada Hanif.

Hanif mengangguk sambil tersenyum.

__________

Hanif dan Diana kembali semula ke kereta.

"Apa yang belum lagi?" Tanya Hanif kepada Diana.

"Rasanya semua dah ada." Jawab Diana.

"Satu lagi belum!" Hanif saja buat suspen.

"Apa dia?" Tanya Diana ingin tahu.

"Lunch time!" Hanif terjerit kecil.

Diana hanya mampu membuat air muka yang tiada perasaan kepada Hanif.

Hanif pula hanya mampu tersengih.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now