#41

5.3K 149 4
                                    

"Macam mana awak tahu yang esok birthday mak?" Tanya Arianna pelik.

"Adalah." Jawab Hanif dengan bangga.

"Iyelah. Jadi,macam mana plan nya?" Tanya Arianna.

"Macam ni." Hanif tersenyum.

__________

"Arie pegang kek ni baik-baik tau. Jangan sampau jatuh! Kita nak buat surprise untuk nenek ni." Kata Arianna.

"Tak nak lah! Nenek mesti marah Arie nanti." Ariena menolak kek cheese tersebut. Nasib tak jatuh.

"Arie jangan lah macam ni, nak baik dengan nenek tak?" Tanya Arianna seraya menegur kesalahan anak tunggalnya itu.

"Okay lah." Ariena mengangguk lemah.

"Ikhlas ni?" Tanya Arianna ragu-ragu.

"Iye mama." Kata Ariena sambil mencium pipi ibunya.

Arianna menunjukkan ibu jarinya kepada Ariena.

"Awak dekat mana sekarang? Ikut plan yang kita rancang semalam ke?" Tanya Arianna kepada Hanif di dalam talian.

"Iye, sayang." Jawab Hanif.

"Tapi, jangan bagitahu Adam." Kata Arianna pula.

"Kenapa?" Tanya Hanif.

"Afie dengan Adam tak berbaik lagi lah. Afiena tak nak dia datang." Jelas Arianna.

"Okay, nasib tak bagitahu dia lagi." Ujar Hanif.

__________

Tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus.

"Ya tuhan. Macam mana pula bekalan elektrik ni boleh terputus? Bukan ke baru minggu lepas bayar bilnya?!" Mak Tiha membebel seorang diri .

"Rina!"
"Afie!"
"Abang!"

Jerit Mak Tiha sekuat hati. Dia mulai digerumuni perasaan takut dan cemas.

Pap!

Pintu rumahnya dibuka secara tiba-tiba.

"Argh!" Mak Tiha menjerit akibat terkejut.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday,
Happy birthday,
Happy birthday to mak!"
Afiena, Encik Amer dan Ariena bersama sama menyanyikan lagu 'happy birthday' kepada Mak Tiha.

Kek cheese tersebut masih dipegang erat oleh Ariena.

Mak Tiha mengalirkan air mata terharunya.

"Eh mana Rina?" Tanya Mak Tiha.

"Sini!" Jerit Arianna ketika dia memasuki rumah bersama Hanif.

"Astaga budak-budak ni, habis mak kena krim ni! Macam mana mak nak basuh baju nanti?!" Mak Tiha sudah mula membebel.

"Alah mak, ini jenis yang tak lekat lah. Tiup lah lilin tu." Kata Arianna.

"Nenek tiup lilin sambil tutup mata dan doa. Doa je nenek nak apa." Ariena tersengih.

"Iyelah, Arie." Mak Tiha mengiakan saja kata cucunya.

"Okay dah!" Kata Mak Tiha.

Ariena meletakkan kek cheese tersebut di atas meja lalu menghampiri neneknya.

"Nenek jangan marah Arie lagi ye? Arie sedih kalau nenek selalu gaduh dengan Arie. Arie sayang nenek. Selamat hari jadi nenek!" Dengan laju dan pantasnya dia terus memeluk Mak Tiha.

"Ye, lepas ni kita tak gaduh lagi. Nenek sayang Arie juga tau." Mak Tiha masih setia dengan air mata.

"Jom makan kek!" Ajak Arianna gembira.

"Terima kasih dah buat kejutan yang memang buat mak rasa macam nak jatuh jantung ni tadi. Mak sayang semua!" Ucap Mak Tiha.

"Ni semua plan akak Arianna dengan abang Hanif!" Kata Afiena.

"Terima kasih Rina , Hanif. Kau orang baik sangat dengan mak." Ujar Mak Tiha kepada mereka berdua.

Arianna dan Hanif hanya mampu memberikan senyuman ikhlas kepada Mak Tiha.
__________

"Plan awak memang menjadi!" Puji Arianna.

"Tengoklah orangnya dulu." Hanif membangga-banggakan dirinya.

"Riak eh?" Arianna ketawa.

Hanif juga ketawa.

"Anyway, thank you for everything!" Ucap Arianna dengan gembira.

"Anything for you." Kata Hanif sambil mengenyitkan matanya.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now