#18

5.5K 170 0
                                    

"Jadi ni Hanif Izraffie? Bakal suami kau?" Tanya Arianna tegas.

Diana mengangguk. Dia betul-betul tidak mahu semua ini terjadi.

"Tapi saya tak cintakan dia Arianna." Ujar Hanif.

"Habistu?! Arianna?" Marah Diana.

Hanif tak mampu untuk bersuara lagi. Dia benar-benar bingung.

Tiba-tiba hati Arianna begitu sakit.

"Sampai hati you kan. You tahu tak Arianna dengan I rapat? I benci semua ni." Nada Diana ketika itu betul-betul marah dan seperti mahu menangis.

"I tak pernah tahu semua ni." Jelas Hanif pula.

Ariena, Mak Tiha dan Pak Amer tidak mahu masuk campur hal mereka bertiga. Mereka hanya mampu mendiamkan diri.

"Hanif, please. Saya dengan Diana berkawan. Jangan sebab awak kami terpisah." Arianna kembali bersuara.

"Tapi, Arianna... Saya tak boleh." Kata Hanif lagi.

"Kenapa? Awak boleh tak jangan buat hal." Arianna semakin serabut melayan ini semua.

"Papa suka mama!" Tiba-tiba Ariena mencelah.

"Betul ke Arie?" Tiba-tiba suara Diana menjadi sayu.

Arie mengangguk laju.

"Sampai betul hati kau orang kan. Please, aku nak balik." Diana bergegas masuk ke bilik Arianna lalu mengemas semua pakaiannya.

"Diana, kau jangan macam ni. Aku dengan Hanif tak ada apa-apa." Pujuk Arianna bersungguh-sungguh.

"Don't touch me or I will break your arm." Diana memberi amaran dan merenung Arianna dengan penuh marah dan geram.

Arianna terkejut dengan tindakan sahabatnya.

"Aku ceritakan semuanya pada kau. Tapi aku betul-betul tak sangka lah. Hahaha. Kelakar." Diana memerli Arianna lalu menjelingnya.

Diana keluar dari rumah lalu terus memecut laju keretannya tanpa hala tuju.

"Hanif!" Marah Arianna.

"Apa?" Jawab Hanif.

"Kejarlah, Diana. Cari dia." Jerit Arianna.

"Nak buat apa? Biarlah dia balik." Hanif seperti tidak bersalah langsung. Dah lah putuskan silaturahim orang!

"Kita cari Diana sekarang." Arianna tetap berkeras.

Lalu, Hanif pun terpaksa akur.

__________

"Kita nak cari dia dekat mana? Dia tu pakai kereta tahu tak?" Kata Hanif sambil mengeluh panjang.

"Saya rasa bersalah sangat dekat dia." Sayu Arianna berkata.

"Saya suka awak, Arianna. Diana yang tak faham saya!" Hanif tiba-tiba jujur.

"Tapi Diana tak suka bila awak suka saya." Kata Arianna pula.

Arianna tahu Diana ada agendanya tersendiri. Dia marah bukan sebab Hanif tak cintakan dia, cuma takut dendamnya susah untuk terbalas.

"Dia tak ada hak lah nak atur hidup saya!" Ujar Hanif lagi.

"Hanif!" Jerit Arianna.

Kereta yang dipandu Hanif terbabas melanggar sebuah pokok.

__________

"Aku kena suruh Hanif suka dekat aku juga. Kalau tak semua benda yang aku dah lama rancang mesti tak jadi! Arianna, Arianna. Kau betul-betul menyusahkan aku. Tak sangka aku dah salah pilih kawan. Kita tengok nanti." Kata Diana bersendirian dengan penuh sinis.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now