#4

8.4K 286 2
                                    

"Arie." Panggil Arianna dengan teruja.

Ariena berpaling.

"Jom balik. Macam mana sekolah best tak?" Tanya Arianna.

"Best mama, tadi belajar abc. Mama nak dengar Arie baca abc tak? Dia ada lagu dia sekali mama." Arie kelihatan gembira ketika itu.

"Ok mama dengar." Kata Arianna.

Ariena khusyuk menyebut huruf huruf tersebut.

"Mama, mama dengar tak Arie baca abc ni?" Ariena perasan dengan aksi ibunya yang dari tadi tertumpu akan satu susuk tubuh yang entah dikenali atau tidak olehnya.

Ariena melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka ibunya.

"Sayang, ikut mama jap." Arianna terus menarik lengan anaknya.

Ariena mengikut saja arahan ibunya.

"Farish?!" Panggil Arianna.

Lelaki itu tersentak. Walaupun bukan namanya yang dipanggil dia merasa dia lah yang dipanggil.

"Farish?" Tanya Hanif pelik.

"Awak Farish kan?" Arianna memohon kepastian. Dia benar berharap yang lelaki di hadapannya ialah Farish, suaminya. Walaupun kenyataannya ialah Farish telah tiada.

"Tak, saya Hanif. Puan salah orang kot." Jawab Hanif yang masih terpinga-pinga. Sejak bila kad pengenalannya ada nama Farish?

"Papa, Arie rindu papa!" Ariena terus memeluk Hanif.

"Papa?" Hanif semakin pelik.

"Papa, kenapa papa tinggalkan Arie dengan mama dulu. Papa jahatlah!" Arie menangis di dalam dakapan Hanif.

Arianna turut menangis.

"Arie, kita balik ye. Kita dah salah orang ni. Papa kan dah tak ada, mungkin uncle depan kita ni pelanduk dua serupa." Arianna mengelap air matanya.

Hanif sudah dapat mengecam sesuatu.

"Takpelah, kalau Arie selesa panggil saya papa, panggil je. Mungkin lain kali kita dapat kenal lebih dekat. Mungkin betul kata awak, saya dan arwah suami awak pelanduk dua serupa." Hanif tersenyum lebar.

"Ini kad saya. Apa-apa boleh call nombor ni. Nombor saya." Kata Hanif lagi.

Mahu tak mahu, Arianna terima juga kad tersebut.

"Ok lah Arie. Semoga kita berjumpa lagi." Hanif mencubit pipi Ariena.

"Bye papa!" Ariena begitu gembira ketika itu.

"Mama, tu papa ke? Papa dah balik semula ye mama? Papa tinggal dengan kita balik ke nanti?" Bertalu-talu soalan daripada Ariena.

"Kan mama dah cakap, itu bukan papa. Itu orang yang sama muka dengan papa je." Jawab Arianna dengan lembut.

"Hm." Ariena terus memberi reaksi wajahnya yang sugul itu.

__________

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday, Happy birthday, Happy birthday to Arie!" Satu rumah itu menyanyikan lagi 'Happy Birthday' untuk Ariena kecuali Mak Tiha. Dah biasa.

Arianna tertawa melihat aksi terkejut Ariena. Comel sangat!

"Wah. Bestnya!" Ariena betul-betul tidak menyangka sambutan sebegini akan berlaku.

Arianna terdiam.

"Hanif?" Desis hatinya.

"Papa pun ada?" Jerit Ariena.

"Kita jumpa lagi lah Arie!" Hanif memeluk Ariena.

"Eh dah lama kenal? Papa?" Tanya Adam pelik.

"Baru kenal tadi, dekat taman situ." Jawab Hanif.

"Ha mula Afie, mak, ayah pun ingatkan abang Farish tadi. Rupannya Hanif. Akak, ni Hanif abang kepada Adam. Dulu mungkin tak pernah nampak dia masa akad nikah Afie dengan Adam kan? Tu sebab dia busy dekat overseas. Hal kerja." Afiena memperkenalkan Hanif kepada Arianna serta ahli keluarganya yang lain.

"Oh." Itu saja yang mampu dijawab oleh Arianna.

Semakin Arianna melihat wajah Hanif semakin dia teringat akan arwah Farish. Janganlah buat Arianna makin sedih.

"Potonglah kek tu sayang." Arah Arianna.

"Lepastu suap semua orang. Tapi kena suap atok dulu! Hahaha." Kali ini Pak Amer pula yang bersuara.

Pecah ketawa mereka semua.

"Nenek tak nak makan kek ke? Meh Arie suap."!Arie mempelawakan dirinya untuk menyuapkan kek kepada Mak Tiha.

"Tak nak aku, aku tak makan kek lah. Banyak gula kau tahu. Kau sengaja nak aku sakit eh?" Mak Tiha menolak dengan kasar.

Ariena tidak terasa hati dan dia tidak kisah. Dia terus menyuap kek kepada mereka yang lain.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now