#29

5K 146 0
                                    

Telefon Adam berdering lama. Afiena perasan akan hal itu.

"Awak, ada orang call tu." Tegur Afiena.

"Siapa pula yang call malam-malam ni." Kata Adam dengan pelik.

"Mana lah saya tahu. Telefon awak, bukan telefon saya." Jawab Afiena selamba.

Mahu tak mahu, Adam menyahut sahaja panggilan tersebut.

"Hello? Siapa ni?" Tanya Adam.

"Jumpa aku sekarang dekat cafe paling dekat dengan rumah kau. Setengah jam kau masih tak ada, aku tak teragak-agak nak apa-apakan isteri kau." Ugut seorang perempuan melalui talian.

Ye, perempuan. Itu suara perempuan.

"Engkau siapa?!" Jerit Adam melalui telefonnya.

Talian telah dimatikan.

"Tak guna." Sebut Adam lagi.

"Saya keluar kejap. Kunci rumah." Adam tergesa-gesa menuruni tangga rumahnya.

Afiena hanya mampu mempamerkan wajah peliknya sahaja.

__________

"Have a sit." Pelawa wanita tersebut.

"Kau siapa?" Adam membuka bicara.

"Tak nak order apa-apa dulu ke?" Tanya wanita tersebut.

"No, thanks." Jawab Adam menolak pelawaannya.

"Kau nak tahu siapa aku? Tekalah." Perempuan itu mengulangi semula soalan Adam.

"Aku tak sukalah berteka-teki." Sindir Adam.

Tanpa melengahkan masa, wanita tersebut dengan perlahan menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Diana." Adam bagaikan tidak percaya.

Diana memberikan senyuman yang paling sinis kepada Adam.

"Apa kau nak apa sebenarnya?!" Tanya Adam dengan kasar.

"Saja nak tahu khabar bakal adik ipar tak jadi dulu. Tahu-tahu, dah berkahwin? Wah. Kau dah lupa ke benda dulu?" Kata Diana seakan-akan mengorek sesuatu perkara buruk dalam diri Adam.

"Apa kau merepek ni?" Adam jadi tidak senang duduk.

"Aku tak merepek. Kau yang buat-buat lupa!" Bidas Diana.

"Fine, aku ingat. Memang tak mudah aku nak lupa semua tu. Ye, aku ingat semua jasa kau. Apa lagi kau nak?" Marah Adam.

"Aku nak hidup kau merana." Kata Diana dengan penuh geram.

"Boleh tak kau berhenti merepek? Merana? Kau tak sihat ke? Bukan ke aku dah buat apa yang kau suruh dulu? Lari daripada hidup kau dan juga keluarga kau. Aku dah buat. Apa yang kau nak lagi sebenarnya?" Perasaan geram Adam juga semakin membuak-buak.

"Kau tak rasa. Lepas kau pergi, bala datang timpa keluarga aku berkali-kali. Ini tak adil. Kau lah sebenarnya penyebab bala tu!" Jerit Diana kepada Adam.

"Ingat, kita tak settle lagi." Tambah Diana lagi sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Adam.

"Apa maksud Diana ni." Desis hati Adam.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now