#42

5K 142 2
                                    

Telefon Arianna berdering.

"Hello aunty?" Jawab Arianna dengan teruja.

"Hello Arianna. Aunty nak bagitahu ni." Kata Datin Sarah.

"Ye ada apa aunty?" Tanya Arianna.

"Esok datang rumah aunty ye. Ajak satu family sekali okay?" Datin Sarah menyampaikan hasratnya.

"Ada majlis apa aunty?" Tanya Arianna lagi.

"Tak ada apa, saja nak mengeratkan silaturahim." Datin Sarah tersengih.

"Okay aunty." Ujar Arianna.

"See you tommorow." Kata Datin Sarah lalu mematikan talian tersebut.

__________

Ni rumah Datin Sarah ke? Cantiknya." Mak Tiha seperti rusa masuk kampung ketika melihat rumah milik Datin Sarah.

"Masuklah." Pelawa Hanif dengan sopan.

"Arie masuk dulu ye." Mama ada hal nak bincang dengan papa Hanif ni." Ujar Arianna mencipta alasan.

Ariena mengangguk faham lalu bergegas masuk ke dalam.

"Ada apa?" Tanya Arianna kepada Hanif.

'"Saya ada cara nak pulihkan relationship Afie dengan Adam." Ujar Hanif gembira.

"Betul ke ni?!" Mata Arianna mulai bersinar-sinar.

Hanif mengangguk laju.

"Then, tell me more!" Pinta Arianna dengan penuh teruja.

__________

"Kita tunggu siapa ibu?" Tanya Afiena kepada ibu mertuanya, Datin Sarah.

Mata Datin Sarah terus berpaling ke arah satu susuk tubuh yang amat Afiena kenali.

"Adam!" Afiena terkejut.

' Ibu kenapa ajak Adam datang? Kan Afie cakap Afie tak suka! Dia tu penipu, pembunuh!" Marah Afiena.

"He's my son, no matter what! Apa pun salah anak ibu, ibu tetap kena maafkan dia. Ibu yang lahirkan dia! Dan tak ada ibu yang gembira mendengar berita yang macam tu, Afie." Datin Sarah mencuba untuk memberi penjelasan kepada Afiena.

Dia tidak mahu rumah tangga anaknya semakin teruk. Dia tahu anaknya telah melakukan kesilapan yang besar. Namun, anaknya tetap akan menjadi anaknya buat selamanya.

"Tak baik tau derhaka kepada suami." Sambung Arianna.

"Betul, Adam tu rindu sangat dengan kamu." Hanif pun ikut menyokong.

Air mata Afiena mengalir. Baginya, ini tidak adil untuk dirinya. Mereka tidak memahami dirinya.

"Perlu ke saya kena faham perasaan orang lain, maafkan orang lain? Macam mana dengan perasaan saya? Diri saya? Tak ada orang pun yang faham. Afie betul-betul trauma dengan hal macam ni." Afiena kelihatan begitu marah dan sedih.

"Apa maksud Afie ni?" Tanya Mak Tiha.

"Dulu..." Sambung Afiena.

Semua pasang mata dan telinga.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now