Bonus 3

9K 588 61
                                    

Terpisat-pisat Qaisha membuka mata. Kelihatan Ikhwan sedang memandangnya.

"Abang!" Jeritnya lalu memeluk Ikhwan. Ikhwan terkejut.

"Sayang?" Soal Ikhwan.

Qaisha melepaskan pelukan. "Saya tak nak masuk kubur. Tak nak!!!" Jeritnya sambil menggoyang-goyangkan bahu Ikhwan.

Ikhwan menggaru kepala. "Sayang mimpi apa ni?"

Qaisha menangis teresak-esak. Ikhwan pula masih bingung.

Salina melangkah memasuki bilik. "Ikhwan, dia dah ingat tu."

Ikhwan terkejut. Dia memandang Qaisha lalu memeluknya.

"Sayangku telah kembali." Ucapnya.

Qaisha terus berhenti menangis. Apa benda suami aku cakap ni?

Ikhwan melepaskan pelukan lalu berlari ke arah tangga. Di tangga, dia menjerit. "Papa!!! Qaisha dah kembali!! Dia dah ingat!! Esok tak payah kahwin!"

Encik Osman yang berada di ruang tamu memandang ke arah tangga. Dia menggeleng sambil tersenyum.

'Apalah anak aku ni.'

Belum lagi Ikhwan sampai ke tingkat bawah, kakinya tersadung.

Hampir sahaja mukanya mencecah lantai, seseorang telah menyambutnya. Dia mengangkat kepala. Qaisha!

Dia berdiri dengan betul. " Apa ni sayang. Awak tu belum sihat lagi."

Qaisha tertawa kecil. "Tengok ni." Katanya. Ikhwan mengangkat kening.

Qaisha mengambil sehelai kertas yang berada di dalam poket Ikhwan lalu melaser-nya menggunakan laser mata.

Ikhwan dan Encik Osman terkejut. Salina hanya tersenyum sambil menyilangkan tangan.

"Kuasa sayang dah upgrade? Tiada lagi kuasa telekinesis?" Soal Ikhwan, sedih.

Qaisha menggeleng. "Kuasa telekinesis tu, masih ada. Ini cuma kuasa tambahan je."

Bersinar mata Ikhwan. "Yeay!!"

Dia meluru ke arah Qaisha lalu memeluknya. Qaisha membalas pelukan itu.

Encik Osman dan Salina saling berpandangan. Mereka tersenyum gembira.

-Tamat-

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now