Bab 2

12.5K 818 47
                                    

Pagi itu, Qaisha bangun awal kerana dia tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan diperkatakan oleh gurunya.

Tepat jam tujuh, dia sudah memulakan langkah bagi menuju ke sekolah. Walhal, sekolah bermula pada jam lapan pagi.

Sesampainya di sekolah, dia meletakkan begnya di dalam kelas. Sementara menunggu pelajar yang lain datang, dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar bagi mengambil angin pagi.

Ketika dia melalui pagar sekolah, dia ternampak Encik Osman bersama anaknya melangkah masuk.

Segera dia melakukan tunduk hormat buat gurunya itu. "Assalamualaikum cikgu. Assalamualaikum Ikhwan."

Encik Osman tersenyum. "Waalaikumussalam. Ikhwan, jawab salam." 

"Waalaikumussalam." Jawab Ikhwan acuh tak acuh.

"Aduh!" Ikhwan mengerang kesakitan. Terasa rambutnya ditarik-tarik oleh seseorang.

Dia mencari siapakah gerangan tersebut tetapi tiada sesiapa pun yang berada di belakangnya. Misteri betul.

"Cikgu pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Encik Osman lalu berjalan ke blok yang mana terletaknya pejabat. "Oh! Dan jangan lupa nanti." Sambungnya lagi dengan senyuman.

Qaisha hanya mengangguk faham. Ikhwan yang masih dengan muka dinginnya, melangkah masuk ke dalam kelas. Dia meletakkan beg miliknya di tempatnya iaitu di belakang meja Qaisha.

Sekembalinya di kelas, Qaisha duduk termenung di tempatnya. Sementara menunggu pelajar yang lain hadir ke kelas, dia membuka buku bagi meluangkan masa yang ada.

'Memang cukup pakej betul. Dahlah cantik, sopan, rajin pulak tu.' Puji Ikhwan di dalam hati tanpa sedar. Eik?

'Ada apa cikgu nak jumpa aku? Dengan Ikhwan sekali pula tu. Hurmm...' Fikir Qaisha yang sudah pun kebosanan.

Sedang dia ligat berfikir, tiba-tiba mejanya dipukul kuat. Qaisha segera mengangkat kepala.

"Hai Qaisha. Buat apa tu?" Soal Syaira, mengejek. Dia ini, tidak membuli Qaisha sehari memang tidak sah. Minatnya dalam membuli seperti sudah sebati dalam diri.

Qaisha yang sedikit gerun dengan gaya gadis itu hanya menjawab dengan sopan. "Saya... Saya baca buku. Awak pula buat apa?"

Syaira tersenyum senget. "Aku tengah kacau kau. Takut nampak." Balasnya tidak berlapik.

"Err... Mana ada. Saya hanya takut kepada Allah." Kata Qaisha tanpa ragu. Tahap kesabaran masih dikawal. Kalau tidak, habis satu sekolah tunggang terbalik.

"Eleh... Tunjuk baik konon. Bla lah.." Sinis Syaira seraya menunjal kepala Qaisha beberapa kali.

"Apa awak ni? Sakitlah." Qaisha menggosok dahinya yang pedih ditolak.

Syaira yang suka lebih galak menunjal kepala Qaisha. Qaisha yang tidak berani untuk menunjukkan kekuatannya hanya membiarkan sahaja.

"Woi! Kau jangan kacau dia boleh tak?!" Marah Ikhwan yang tidak tahan melihat adegan jahat yang terjadi di hadapannya itu. Terkejut dia apabila Qaisha diperlakukan sebegitu.

Syaira tersentak seketika sebelum tersenyum kecil. "Hmm... Encik hero dah datang." Ucapnya.

Tangannya masih lagi menunjal kepala Qaisha.

Qaisha yang geram menggerak-gerakkan jarinya sedikit. Tiba-tiba sebuah batu kecil terbang tepat ke dahi syaira.

"Aduh! Siapa baling ni? Tiba-tiba je." Kata Syaira sambil menggosok dahinya. Pandangannya dikalihkan ke sana sini bagi mencari punca.

"Itu untuk balasan orang yang gedik macam kau." Ejek Ikhwan. Dia juga hairan, siapa yang baling batu itu?

Dalam diam, Qaisha agak terkejut dengan tindakannya sendiri. 'Tak apalah. Syaira yang salah. Bukan salah aku pun kan?' Bisiknya dalam hati.

'Kenapa aku tiba-tiba tolong Qaisha? Aku suka dia ke? Nope and never.' Monolog Ikhwan di dalam hati. Lelaki ini, complicated juga ya?

Tepat jam tujuh empat puluh lima, kelas telah dipenuhi ramai orang. Seorang budak perempuan mengambil tempat di sebelah Qaisha.

"Woi! Kau buat apa dengan Syaira?" Soal Kirana iaitu sahabat baik Syaira. Dia dan sahabatnya itu memang pembuli sejati Qaisha yang tidak melakukan sebarang salah terhadap mereka.

Qaisha sekadar menjongketkan bahu. "Saya tidak buat apa-apa pun. Dia yang kacau saya tiba-tiba." Jawabnya naif.

Kirana yang geram hendak membidas namun tidak sempat apabila cikgu sudah mengambil tempat di hadapan kelas. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membuli Qaisha setelah kelas tamat.

•••••

Kring!!

Loceng rehat sudah berbunyi nyaring maka semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Qaisha segera berjalan ke meja Ikhwan tatkala kelas kian sunyi. Kelihatan Ikhwan sedang melukis sesuatu.

"Err..." Kata-kata Qaisha terhenti apabila terlihat lukisan Ikhwan. Cantiknya!

Ikhwan mengangkat kepala memandang Qaisha. "Apa?" Soalnya dingin.

"Err... Cikgu Osman nak-  kita berdua jumpa- di- dia sekarang." Jawab Qaisha tergagap-gagap.

'Oh, Ikhwan! Kenapalah kau ni kacak sangat?' Getus hati kecilnya. Namun, jiwa gadisnya tetap dijaga dengan memandang ke arah lain.

"Okey. Kau tunggu aku kat luar kelas. Nanti aku datang." Ikhwan membalas dingin lalu sambung melukis. Qaisha hanya mengangguk.

Qaisha berdiri di luar kelas sambil bermain dengan duit syilingnya. Dalam diam, Ikhwan melihat Qaisha melalui ekor matanya.

Alangkah terkejutnya dia kerana duit syiling itu seakan-akan terapung. Cepat-cepat dia menutup buku lukisannya dan kemudian menuju ke arah Qaisha.

"Okay, let's go!" Ajak Ikhwan tanpa memandang gadis itu. 

Qaisha terkejut tatkala mendengar ajakan tersebut. Segera dia menyimpan duit syiling itu ke dalam poketnya.

"Aduh! Dia dah nampak ke?" Bisik Qaisha perlahan. Melihatkan keadaan jejaka yang berada di hadapannya itu biasa-biasa sahaja, dia menghela nafas lega.

"Okey. Jom." Ajak Qaisha pula bagi menghilangkan kegusaran dalam hati. Mereka berdua jalan beriringan ke bilik guru.

Suasana amat senyap di antara mereka berdua. Qaisha mengambil keputusan untuk membuka bicara. "Agaknya, cikgu nak bincang apa,ya?"

"Entah." Balas Ikhwan sepatah senada..

"Okey." Tutur Qaisha perlahan. Dia mengeluh kecil.

Sesampainya di hadapan bilik guru, mereka membuka kasut lalu menuju ke meja Encik Osman.

"Ha! Sampai pun kamu berdua. Duduk sini." Encik Osman menyuakan tangannya ke dua buah kerusi.

Mereka mengambil tempat masing-masing. Dengan debaran hebat di dada, Encik Osman pun membuka bicara.

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now