Bab 7

10.2K 751 11
                                    

Setibanya di sekolah, mereka berjalan beriringan memasuki pagar sekolah.

Bagi menghilangkan keadaan janggal itu, Ikhwan bertanya secara tiba-tiba. "Agaknya anak-anak kita macam mana, eh? Ada kuasa jugak tak?"

Qaisha terkedu sekejap lalu membuat wajah selamba. "Maaf, saya tak boleh mengandung." Balasnya.

Ikhwan terkejut. "Har?"

Qaisha membuat muka sinis. "Ehem. Awak, manusia. Saya, alien. Jadi, tak bolehlah. Melainkan, awak sama species macam saya. Dan, saya harap, kakak dapat berjumpa dengan yang sama species, sama keturunan."

Ikhwan mengangguk seraya mencebik. Qaisha hanya tergelak kecil.

"Tak dapat cuculah ayah aku." Ikhwan memuncungkan mulut.

Qaisha tergelak. "Eh, kata tak nak kahwin dengan saya. Kalau saya ada kuasa laser mata, dah lama saya laser mulut awak tu."

"Hey, hey, hey. Aku suami kau okey." Ikhwan memberi jelingan tajam.

"Kau ada tiga kuasa jelah, ya? Terbang, telekinesis dengan kelajuan?" Soal Ikhwan mengubah topik. Qaisha mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.

Mereka memasuki kelas lalu meletakkan beg di tempat masing-masing.

Syaira dan Kirana mendekati Qaisha.

"Amboi, bermesra dengan lelaki nampak." Ujar Syaira sinis.

"Haha. Kata A.L.I.M." Ejek Kirana lalu menolak Qaisha hingga terjatuh.

Mata Qaisha sudah berubah warna kerana marah. Sudah lama dia memendam perasaan dendam.

Ikhwan tergamam. Patutlah kak Salina kata jangan buat Qaisha marah. Nanti habis, satu sekolah tunggang terbalik.

Qaisha yang baru hendak bangun, segera dipeluk Ikhwan. Ikhwan mahu menenangkan Qaisha.

Syaira dan Kirana terkejut. Lelaki yang panas baran dan pendiam macam ni, berani peluk orang?

"Woi! Kau jangan peluk-peluk orang boleh tak? Qaisha tu aku punya." Ujar seorang pelajar lelaki bernama Syamim sambil menarik Ikhwan dengan kasar.

Qaisha kembali normal. Dia membalas pelukan Ikhwan. Syamim dan seisi kelas terkejut melihat babak itu.

Encik Osman memasuki kelas. Dia juga terkejut apabila ternampak Ikhwan dan Qaisha yang sedang duduk di atas lantai.

"Apa kamu buat ni?" Soal Encik Osman, tegas.

"Entah! Cikgu ajar sikit anak cikgu ni. Rampas hak milik orang." Kata Syamim dengan biadapnya.

Encik Osman memberi renungan tajam kepada Ikhwan dan Qaisha. Qaisha juga memberikan renungan tajam kepada Encik Osman. Kalau ada laser mata, dah lama tembus biji mata Encik Osman.

Encik Osman berpaling ke arah Syamim. "Apa hak milik kamu yang Ikhwan ambil?"

Syamim tersenyum dengan penuh yakin. "Qaisha, cikgu."

Terhambur tawa Encik Osman, Ikhwan dan Qaisha. Seisi kelas juga mentertawakan Syamim. Syamim membuat riak wajah bengang apabila ditertawakan sebegitu.

"Apa yang lawak?" Soalnya marah.

"Awak tahu tak, saya sudah menjadi hak milik orang. Sekarang, saya ialah menantu Encik Osman." Tutur Qaisha, serius. Sekarang, tiada istilah jaga hati orang dalam kamus hidupnya. Geram dan dendam. Itu yang dirasakannya sekarang ini.

Kirana dan Syaira terkejut. Seisi kelas terdiam. Kirana lebih terkejut kerana dia sudah lama menaruh hati terhadap Ikhwan.

Kirana mengepal penumbuk. "Jaga kau, Qaisha!"

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now