Bab 8

10K 711 27
                                    

Waktu rehat, waktu yang diinginkan oleh setiap pelajar setiap kali sekolah bermula. Kini di kantin, Qaisha dan Ikhwan duduk semeja.

"Awak tak nak belanja saya ke?" Soal Qaisha.

Ikhwan membuat muka pelik. "Kenapa pula?"

"Awakkan suami saya. Awak kenalah belanja saya." Ujar Qaisha sambil mengelip-ngelipkan mata.

Ikhwan merengus sambil membuat rolleye. "Ha, nak makan apa?"

"Nasi lemak boleh?" Pinta Qaisha dengan kepala yang disengetkan.

'Eh, minah ni. Nasib baik comel.' Getus hati Ikhwan.

"Apa-apa saja untuk buah hatiku." Balas Ikhwan acuh tak acuh sambil tersenyum paksa.

"Yeay!" Sorak Qaisha, gembira.

Ikhwan berlalu pergi bagi membeli makanan. Qaisha hanya duduk sendiri sambil melayan perasaan.

Tiba-tiba, Kirana muncul di hadapan Qaisha.

"Ya, ada apa-apa saya boleh bantu?" Tanya Qaisha jengkel. Sungguh, dia malas mahu layan orang yang penyibuk seperti gadis di hadapannya ini.

Kirana membuat muka bengis. "Kau jangan sesekali dekati Ikhwan! Aku tak kisahlah kau dah kahwin ke belum!" Bentaknya tiba-tiba.

Syaira pula menghampiri Qaisha lalu menamparnya.

Qaisha memegang pipinya yang sakit. "Awak nak apa?!" Qaisha meninggikan suara. Sejak dua menjak ini, hatinya panas dimamah api kemarahan.

"Dan, sebab kau muncul, Syamim sukakan kau. Kalau kau mampus lagi bagus." Ujar Syaira dengan kemarahan yang membuak-buak.

Qaisha berdiri pantas dan berkata dengan berani "Kan Syamim dah tahu saya dah kahwin, awak pergilah dekati dia. Awak nak orang suka awak je, awak bukannya nak berusaha ambil hati orang!"

Syaira terkedu. Kirana yang berada di samping sahabatnya itu sudah mengepal penumbuk.

"Apa gaduh-gaduh ni? Tak malu ke budak form one tengok? Dah tingkatan enam tu, buat cara tingkatan enam." Tegur Ikhwan yang muncul tiba-tiba. Dia meletakkan nasi lemak di hadapan Qaisha.

"Thank you hubby." Tutur Qaisha. Sengaja memanaskan Kirana dan Syaira.

Tiba-tiba Kirana menumbuk Qaisha. Qaisha terjatuh. Ikhwan juga terjatuh. Masing-masing mengerang kesakitan.

"Apa kau nak, har?" Soal Qaisha dan Ikhwan serentak.

"Aku nak kau lepaskan dia!" Ujar Kirana dan Syamim serentak. Syamim? Tiba-tiba sahaja dia muncul.

Ikhwan bangun lalu menarik tangan Qaisha. Dia membawa Qaisha pergi dari situ. Mereka segera menuju ke bilik guru.

Setibanya di situ, mereka berdua melaporkan kejadian tadi kepada Cikgu Osman.

"Kalau macam ni, kamu berdua kena cari kawan. Kamu berdua ni, tak ada kawan baik langsung kan?" Soal Cikgu Osman. Mereka berdua mengangguk.

"Tapi, dia lah kawan saya." Kata Qaisha dan Ikhwan serentak. Mereka menunding ke arah satu sama lain.

"Itu pasangan, bukan kawan!" Desis Cikgu Osman.

"Hmm..." Mereka memandang satu sama lain dengan pandangan kecewa.

•••••

Qaisha menghempaskan dirinya ke atas katil. Ikhwan juga begitu.

"Saya boleh tidur atas katil?" Soal Qaisha. Dia tersenyum manis.

"Tak." Jawab Ikhwan sepatah.

Qaisha berdiri. Matanya sudah bertukar warna. Dirinya terapung di udara. Barang-barang yang berada di dalam bilik juga diapungkannya. Kalau dilepaskan, pecah dan rosak habis.

Ikhwan sudah kecut perut. 'Papa!! Kenapa papa kahwinkan Ikhwan dengan perempuan mutant macam ni?' Jeritnya dalam hati.

"Okey-okey. Boleh tidur sini." Ujar Ikhwan sambil menepuk tilam.

Qaisha turun dengan perlahan-lahan. Begitu juga dengan barang-barang yang diapungkannya.

Tiba-tiba Qaisha ketawa. Kuat!

"Kenapa gelak?" Soal Ikhwan, haira.

Qaisha berhenti ketawa. "Saya sebenarnya saja je nak takutkan awak."

Ikhwan menahan geram. "Kenapalah aku kahwin dengan perempuan mutant macam kau." Bisik Ikhwan sangat perlahan.

Qaisha terdengar akan bisikan kecil itu. Satu saja kelebihan yang dia sorokkan iaitu, pendengaran yang kuat.

"Saya bukan mutant. Saya supernatural!!" Jerit Qaisha marah.

Ikhwan tersentak. Macam mana dia boleh dengar?

Qaisha baring di sebelah Ikhwan dengan cepat. Melihatkan itu, Ikhwan pura-pura tidur.

Esakan kecil yang sekadar dibuat-buat oleh Qaisha merentap hati Ikhwan.

Ikhwan mengerutkan dahinya tanda rimas. 'Merajuk ke? Ah! Biarlah.' Dia menyambung tidur.

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now