Bab 5

10.8K 793 40
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Encik Osman tapi bukan pada anaknya telah tiba.

"Aku terima nikahnya Nur Qaisha Amalina binti Abdullah dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz, Qaisha sudah sah menjadi milik Ikhwan.

Ikhwan mendekati Qaisha. Dia menyarungkan cincin ke jari manis Qaisha. Qaisha mencium tangan Ikhwan dengan ikhlas manakala Ikhwan pula teragak-agak untuk mencium dahi gadis itu. Tak sampai dua puluh saat pun Ikhwan cium dahi Qaisha.

Qaisha yang agak terasa hati cuba memaniskan wajah. Dia melihat para hadirin yang datang.

Tidak ramai yang hadir pada hari itu kerana pernikahan ini dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat Ikhwan sahaja yang dijemput.

Sedang dia melihat para hadirin yang datang, matanya tertancap pada seseorang. Segera dia bangun dan berlari ke arah orang itu. Insan yang diterjahnya itu kelihatan amat terkejut.

"Amaline Qai?" Soal orang itu.

Qaisha tersenyum kecil. "Di sini, nama saya Qaisha. Saya sudah masuk islam. Kakak jangan kata, kakak bukan islam."

Insan itu mengangguk. Dia memeluk Qaisha dengan erat dan Qaisha membalasnya.

Kakak Qaisha ataupun namanya Salina Qaira sudah bertahun-tahun tidak bersua muka dengan Qaisha. Sejak kematian ibu bapa mereka ,dia sudah tiada lagi orang yang tersayang kerana Qaisha sudah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga.

Proses pemindahan mereka berdua ke bumi telah menyebabkan mereka berpisah. (Ala-ala macam dalam cerita 'Supergirl')

"Kakak tak sangka kakak berkawan dengan ahli keluarga suami kamu." Ujar Salina dalam tangisan. Qaisha juga begitu.

Tiba-tiba semua orang bertepuk tangan. Mungkin kerana drama sedih tadi.

"Siapa ni, Qaisha?" Soal Encik Osman yang menghampiri mereka.

Qaisha bangun seraya mengelap air matanya. "Papa, ini kakak Qaisha, Salina. Kakak, ini papa."

"Tak tahu pula Qaisha ada kakak. Alhamdulillah. Dapat juga Qaisha jumpa dengan ahli keluarganya." Syukur Encik Osman.

Sekali lagi, Qaisha mengalirkan air mata. Ikhwan yang sudah bosan membawa diri ke bilik.

"Jemput makan, kak." Jemput Qaisha setelah melihat semua hadirin bergerak mengambil makanan.

Salina menarik Qaisha ke suatu tempat.

"Okey, kakak mahu uji adik. Apakah nama sebenar kakak?" Salina memulakan ujian.

Qaisha pura-pura berfikir. "Nama kakak ialah Selina Qai."

"Betul. Asal usul kita apa?

"Mama angkat Qaisha kata, Qaisha keturunan Kal-El iaitu 'Superman' dan Kara Zor-El iaitu 'Supergirl'. Tapi, kuasa kita lain sikit." Hujah Qaisha. Salina mengangguk.

"Amaline ada guna kuasa dekat orang?" Soal Salina.

Qaisha tersengih. "Ada. Kalau orang tu buat tak kisah apa yang Al cakap atau orang tu buli Al."

Salina menggelengkan kepala. "Mummy says, if we have married, our husband have to know our superpower." Balasnya laju.

Qaisha membuat rolleye. "Kakak ni, duduk kat bumi Malaysia ni, dah tunggang terbalik Bahasa Inggeris. Yalah... Boleh kacau Ikhwan."

Salina memberikan renungan tajam kepada adiknya itu. Matanya berubah warna.

"Sorry." Qaisha sudah kecut perut. Takut kakaknya menggunakan kuasa terhadapnya.

"Boleh Al panggil Ikhwan?"

"Kenapa?"

"Panggil sajalah."

"Okey."

Qaisha meminta diri lalu menuju ke bilik jejaka itu yang berada di tingkat atas. Pintu kayu itu diketuk.

Knock. Knock.

"Apa?" Soal insan yang berada di dalam bilik dengan dingin.

"Kakak nak jumpa."

Ikhwan keluar dari bilik dengan wajah masam. Pakaiannya sama sahaja seperti tadi. Qaisha membawanya menuju ke tempat duduk Salina.

Setibanya di hadapan Salina, Salina menyuruh Qaisha beredar pergi. Qaisha hanya menurut.

"Ada apa, kak?" Soal Ikhwan pura-pura baik.

"Kakak nak ingatkan, jaga Qaisha baik-baik. Jangan buat dia marah." Pesan Salina keras lalu meninggalkannya berseorangan di situ.

Qaisha yang mencuri dengar tersenyum kemenangan. Ikhwan pula merengus geram.

∆∆∆∆∆

Sorry kalau cerita ni merapu sikit sebab saya memang minat gila cerita superhero. Masa saya tengah update cerita ni, saya tengah tonton cerita 'Supergirl'. Best gila!

Cerita Superman dan Supergirl kan keluarga 'El' . Jadi,cerita ni pasal keluarga 'Qai.'

Ok. Bye. Gudnight.

Isteriku SupernaturalOnde histórias criam vida. Descubra agora