Bab 13

9.6K 629 61
                                    

"Ala... Abang. Bolehlah. Saya nak hantar kakak kat airport je." Pinta Qaisha.

Ikhwan mendengus. "Tak boleh. Kak Salina dah pesan. Sayang, kena pergi sekolah."

Qaisha menggeleng. "Nak juga!"

"Kalau pergi juga, tak payah sambut birthday esok." Pancing Ikhwan.

Qaisha mengalah. "Yelah..."

•••••

Di kelas, semua memandang Qaisha dengan gerun. Terkejut dengan kejadian semalam.

Cikgu pula mengajar tanpa henti. Semua murid sudah kepenatan kerana tiada kesempatan untuk berehat.

Tiba-tiba sahaja keadaan sekolah menjadi redup. Sesuatu seperti bola api dari langit dapat dilihat sedang laju meluru ke muka bumi. Apa yang paling menakutkan adalah apabila ia berada betul-betul di atas sekolah.

Para guru, pelajar, cleaner, kerani,  semua keluar dari bilik masing-masing. Mereka menjenguk ke luar.

Ikhwan terkejut termasuklah Qaisha. Qaisha memandang Ikhwan sambil tersenyum tawar. Dia harus menyelamatkan keadaan ini.

Qaisha melutut dihadapan Ikhwan lalu menyalam tangannya. Ikhwan terkedu.

Qaisha bangun lalu menghadapkan dirinya ke arah komet itu. Bersedia untuk menghalangnya dari jatuh.

"Besarnya komet tu..."

"Make a wish!"

"Wow! Kita akan mati!!"

Telinga Qaisha menangkap butir bicara pelajar di situ.

Apabila komet itu semakin dekat, Qaisha mula mengapungkan diri. Tangannya menghala ke hadapan.

Dia menahannya dengan kuat menggunakan kuasa telekinesis-nya. Air mata bercucuran keluar. Perit yang amat.

'Kenapa komet ini tidak jatuh pada esok hari sahaja? Kalau esok, pasti kuasa Qaisha bertambah.' Bisik hati Ikhwan. Dia juga mengalirkan air mata.

•••••

Di dalam kapal terbang...

Salina menangis sepuas-puasnya. Para penumpang memandangnya pelik.

"Bertahanlah adikku." Bisiknya perlahan.

•••••

Kembali ke sekolah...

Semua yang berada di situ terpegun dengan Qaisha. Mereka berasa selamat namun tidak bagi Ikhwan dan Qaisha.

Qaisha menolak komet itu dengan kuat sehingga terdorong ke langit semula. Apabila komet itu telah hilang dari pandangan, semua bersorak gembira.

Qaisha tersenyum. Dia memejamkan matanya. Badannya jatuh menghempas tanah.

Ikhwan dan Encik Osman berlari ke arahnya.

Qaisha yang jatuh itu Ikhwan ampu dengan pehanya.

"Qaisha, sayang bangun. Qaisha!!" Kejut Ikhwan seraya menggoyangkan badan Qaisha.

Ikhwan menangis begitu juga dengan Encik Osman.

Walaupun telah dikejutkan beberapa kali, badan itu masih kaku. Namun, bibirnya masih tersenyum. Seperti puas terhadap apa yang telah dilakukannya.

"Papa!! Qaisha dah takde papa! Kenapa dia buat macam ni?!" Jerit Ikhwan lalu memeluk ayahnya.

Semua yang berada di situ turut menangis.

•••••

Kejadian itu telah masuk ke dalam surat khabar. Sekolah itu menjadi terkenal dengan kejadian yang terjadi. Dan pasti watak utamanya ialah Ikhwan dan Encik Osman.

Mereka mengebumikan Qaisha di sebelah kubur ibu Ikhwan. Salina tidak sempat menjenguk kerana dia berada di Jepun.

Sudah sebulan Ikhwan hidup bersendirian. Dia banyak meluangkan masa bersama Salina setelah Salina balik ke bumi Malaysia pada minggu lepas.

Kini, mereka sedang menuju ke pusat Ice Skating di dalam sebuah shopping mall. Mereka berjalan beriringan.

Mata Ikhwan tertancap pada seorang perempuan. Wajahnya seperti sangat dikenalinya. Salina pun memandang ke tempat yang sama. Dia hanya tersenyum.

Ikhwan mengambil keputusan untuk mendekati gadis itu.

"Nur Qaisha Amalina?" Soalnya.

Gadis itu berpaling.

"Ya, awak kenal saya?"

-Tamat-

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now