Bab 3

11.2K 817 88
                                    

"Cikgu nak Ikhwan berkahwin dengan Qaisha." Ujar Encik Osman pada hari itu dengan penuh harapan. Tiada dolak dalih, tiada bermain kata.

Ikhwan membeliakkan matanya. "No, papa no! Ikhwan tak setuju. Apa ni papa? Ikhwan baru habis STPM. Nak cuti akhir dah pun. Sudahlah tahun depan masuk universiti." Jeritnya geram.

'Aduh! Panas baran betullah dia ni. Macam manalah isteri dia nanti.' Getus hati Qaisha.

"Ehem. Ikhwan tengok papa. Ada nampak macam papa kisah?" Soal Encik Osman tanpa perasaan.

Ikhwan merengus. Nafasnya turun naik. Matanya mencerlung kemarahan.

Encik Osman menoleh ke arah Qaisha. "Qaisha?"

Qaisha memandang Ikhwan dan Encik Osman. Dia hanya tertunduk malu.

"Saya... Saya tak pasti cikgu. Saya anak yatim piatu. Saya tiada ibu bapa dan duduk bersendirian. Saya... Saya tiada wali." Ujar Qaisha tersekat-sekat.

Encik Osman tersenyum kecil. "Sebab itulah papa nak pilih kamu. Supaya ada orang menjaga kamu. Kamu tidak perlu lagi hidup berseorangan." Katanya dengan lembut sekali.

Qaisha tersenyum nipis apabila Encik Osman membahasakan dirinya 'papa'. Pipi Qaisha merah menahan malu.

Ikhwan menjeling Qaisha. 'Oh my gosh. Merah gila pipi dia.'

"Ehem. Tunggu halal dulu baru tenung muka dia." Tegur Encik Osman. Ikhwan hanya membuat muka dingin. Bertambah merah pipi Qaisha.

Qaisha bangkit daripada duduk. "Saya... Saya setuju. Dan, saya pinta diri dulu." Dia segera berlalu pergi. Pipinya terasa membahang.

Ikhwan segera bangun lalu membuntuti Qaisha keluar dari pejabat.

Encik Osman hanya menggeleng. "Sebenarnya, ini untuk kebaikan Ikhwan sendiri. Qaisha, tolong lembutkan hati Ikhwan, ya." Bisiknya sendirian.

•••••

Qaisha memasuki kelas sambil memberi salam. Dia mengambil tempat di mejanya.

"Assalamualaikum. Kirana, cikgu tak masuk kelas ke?" Soal Qaisha kepada Kirana.

Tiba-tiba satu tamparan terkena pada pipinya. Qaisha terkejut seraya mengalirkan air mata.

"Apa punya soalan. Ada nampak ke cikgu kat depan? Tak ada kan?" Tanya Kirana dengan sinis. Kata-kata Kirana disambut dengan gelak tawa Syaira.

Pelajar lelaki yang berada di dalam kelas itu mempertahankan Qaisha. Maklumlah, Qaisha kan gadis idaman setiap lelaki.

"Apahal tiba-tiba tampar dia?"

"Woi! Biadap!"

"Kau tak layak duduk kelas ni, perempuan gedik."

Kata-kata itu dilontarkan kepada Syaira dan Kirana. Hati mereka membara. Bertambah dendam mereka terhadap Qaisha.

Kirana menghampiri Qaisha. "Ingat. Aku tak akan lepaskan kau." Bisiknya. Qaisha yang menangis hanya mengangguk laju. Syaira pula tersenyum puas.

Ikhwan yang baru lepas pergi ke tandas duduk ditempatnya. Kemarahannya membuak-buak apabila terdengar bisikan Kirana. Tapi, dia tidak mahu marah. Takut di cop sebagai orang yang sukakan Qaisha.

•••••

Qaisha mengemaskan barangnya untuk pulang. Dia menyandangkan begnya lalu menuju ke pintu. Belum sempat dia hendak keluar, Ikhwan menahannya.

"Err... Saya... Saya nak keluar, Ikhwan." Pintanya sopan.

"Sabar! Aku nak tanya, kenapa kau setuju?" Soal Ikhwan. Dia merenung Qaisha dengan tajam. Qaisha hanya menunduk.

"Saya nak cakap apa lagi? Nanti cikgu terasa. Tahu tak, Allah tak suka orang yang buat orang lain terasa." Qaisha berkata dengan lembut walaupun ketakutan.

Ikhwan tersenyum sinis tatkala Qaisha mendongak memandangnya dengan berani. Mata mereka bertemu.

"Walau kita kahwin sekalipun, kau tak akan bahagia." Ujar Ikhwan dingin. Qaisha pula melarikan pandangan.

Ikhwan berlalu pergi meninggalkan Qaisha yang terpinga-pinga.

"Hehe. Ingat Qaisha ni baik sangat, ya? Entah-entah, dia yang tak bahagia duduk dengan aku." Tutur Qaisha sinis meski sekadar berbisik.

Dia menuju ke pagar kelas sambil bermain dengan duit syilingnya.

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now