Bab 67

181K 6.9K 617
                                    

Tengku Farhan menggosok-gosok mata dan mengeliat perlahan. Walaupun mengantuk, dipaksa juga matanya untuk dibuka luas. Jarum jam di dinding dipandang, sudah hampir pukul 8. Hari pun dah mula cerah.

Dia menoleh kesebelah apabila terdengar dengkuran halus. Orked kelihatan sedang nyenyak tidur. Sewaktu Tengku Farhan bangun solat subuh, dibiarkan sahaja Orked tidur. Langsung tidak dikejut. Sehinggalah dia selesai solat dan sambung tidur. Tak tahu la jika Orked sempat bangun solat subuh atau tidak, pandai-pandai sendirilah.

Matanya kemudian melurut jatuh pada perut isterinya itu. Serta-merta kata-katanya semalam kembali terngiang-ngiang ditelinga.

Awak teruskan hidup awak dengan bayi tu. Saya tak nak ambil tahu.

Tengku Farhan memejamkan mata buat seketika. Nafas dihela berat. Mana mungkin dia sanggup abaikan Orked dan anaknya. Kata-kata itu terpacul dengan sendiri, mungkin juga kerana dia terlalu kecewa dengan sikap Orked.

Dia cukup terkilan apabila Orked sanggup merahsiakan berita kehamilan darinya. Sedangkan dia adalah bapa kepada bayi yang dikandungnya. Sedikit pun Orked tak fikir tentang perasaannya.

Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya. Dia memandang semula wajah polos Orked yang lena tidur. Hatinya sedikit tertanya-tanya mengapa Orked masuk ke dalam biliknya malam semalam. Tiba-tiba sahaja dia menangis dan meminta maaf.

Tersentuh? Entah, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia mahu Orked tahu yang dia juga punya perasaan seperti manusia lain.

Tidak mahu menghiraukan semua itu, Tengku Farhan melekapkan tangannya di perut Orked. Diusapnya lembut. Senyuman kecil terlakar di bibir apabila mengenangkan yang bayi itu adalah anaknya. Suami manalah yang tidak gembira.

Rasa tidak percaya pula yang dia bakal menjadi ayah. Makin melebar senyumannya.

Usapan tangannya terhenti apabila Orked bergerak sedikit. Dia pantas menarik tangannya dan menutup mata kembali. Dia dapat menangkap suara Orked menguap. Sudah bangun barangkali.

Tak lama kemudian, terasa sebuah kucupan hinggap dipipinya.

"Good morning, awak.." kedengaran lembut suara Orked ditelinganya. Tengku Farhan hanya berbaring kaku. Dia berpura-pura tidur.

"Lena sangat awak tidur ni." Orked ketawa kecil. Tersenyum dia melihat Tengku Farhan yang langsung tidak sedar. Dia menatap wajah Tengku Farhan beberapa saat sebelum bangkit. Kakinya terus diatur keluar dari bilik.

Tengku Farhan membuka mata saat terdengar bunyi pintu bilik ditutup. Masih hangat terasa ciuman Orked dipipinya.

***

Tengah buat apa tu?

Orked tersenyum ketika menerima Whatsapp daripada Ika.

Tak buat apa pun. Baru lepas kemas rumah sikit. Kau pulak tengah buat apa? Jangan nak ponteng je. Kedai tu jaga elok-elok. Aku pun tak tahu bila boleh balik...

Terselit perasaan kasihan pada Ika. Mesti penat dia uruskan kedai. Kawaii tu bukan boleh harap sangat.

Aku tengah lepak pekena laksa dengan si pondan ni. Ala beb, hal kedai kau jangan risau. Beres semuanya. Aku tak kisah sangat, kau duduk je kat sana lama-lama pun tak apa. Honeymoon sekali dengan encik husband hehe.

Orked tersengih. Amboi, honeymoon lah sangat. Lepas sarapan tadi pun Tengku Farhan terus masuk dalam bilik. Langsung tak keluar. Marah sangat dia kat aku.

Honeymoon taik ayam la.

Typing...

Hehehe, ni haa aku belanja laksa meletop.

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now