Bab 46

172K 8.2K 1.3K
                                    

Selalunya pada hujung minggu begini , pasangan kekasih atau suami isteri mesti akan keluar jalan-jalan kan ?

Mungkin sebab tu juga Tengku Farhan bukan main semangat ajak aku keluar . Katanya hujung minggu perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah . Pergi shopping buang duit itu aktiviti berfaedah ke ?

Tidur lagi berfaedah . Boleh menambahkan tenaga . Ceh

Memang confirm aku tolak ajakan dia . Lagipun aku masih lagi rasa malu sebab hal malam semalam . Mesti dia fikir bukan-bukan bila aku peluk dan tidur kat dada dia

Ah , bodoh betul kau ni Orked

Mungkin juga disebabkan tubuh aku merembeskan hormon gatal lebih banyak daripada biasa . Well maybe

Semuanya macam serba tak kena . Tengku Farhan musuh aku , lelaki yang aku benci , sekarang ni buat aku rasa selamat disamping dia . Aku sukakan pelukan hangat dia . Aku sukakan belaiannya

Dan aku sure 100% ini semua berpunca daripada hormon gila miang aku

Berbalik pasal ajakan Tengku Farhan . Dia tetap paksa aku keluar dengan dia walaupun aku berkeras tak mahu . Kami bergaduh selama 3 minit 32 saat dan sekarang aku kat sini , sebelah dia , dalam kereta menuju ke Pavilion Bukit Bintang . Ugh

Orked merenung Tengku Farhan yang sedang memandu . Dia hanya mengenakan T-shirt berkolar hitam dan seluar jeans . Ditambah pula dengan cermin mata hitam yang dipakainya . Dia nampak .. kacak

Belum tambah lagi dengan wajahnya yang boleh buat semua perempuan menangis selautan sebab yang dapat kahwin dengan dia adalah aku dan bukannya mereka

Ah , apa yang aku merepek ni ?

Kalau dulu , mati-matian aku menafikan kekacakan Tengku Farhan . Tapi sekarang ?

Memang tak dapat dinafikan Tengku Farhan adalah seorang yang tampan . Kulitnya yang putih bersih , mata berwarna coklat dan yang paling memikat adalah dagunya yang terbelah

Kalau dia duduk bawah terik matahari , kulit dia mesti akan jadi kemerah-merahan . Cuba kalau aku pulak ? Memang hitam terbakar terus

" Done checking me out ? " suara Tengku Farhan membawa Orked kembali ke alam realiti . Dia tertangkap kerana asyik merenung Tengku Farhan

Laju Orked mengalihkan matanya ke luar tingkap . Pipinya mula memerah . Ish dia perasan pula

Tengku Farhan tergelak kecil

" Awak nak tenung saya sampai esok pun saya tak kisah "

" Eleh , bila masa pulak saya tenung awak ? " balas Orked tak mahu kalah . Nak cover malu sebenarnya

Kereta Audi R8 Tengku Farhan berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah

" Awak fikir saya tak perasan ke .... " Wajahnya didekatkan ke wajah Orked

" .... sweetheart ? "

Makin membahang pipi Orked . Ditolak perlahan tubuh Tengku Farhan menjauhinya

" Memang awak perasan pun . Perasan sendiri " Orked memandang ke luar tingkap . Ahh malunya

Tengku Farhan tersengih

****************

Orked memegang perutnya yang sudah penuh itu . Aduh kenyang betul

Sewaktu mula-mula sampai di Pavilion tadi , Tengku Farhan terus mengajaknya ke Kampachi Japanese Restaurant . Memang Orked melawan sehabis mungkin

Gila apa ? Seumur hidup dia tak pernah makan makanan jepun . Karang aku muntah depan dia , buat naya je

Tapi dah nama pun Tengku Farhan , memang dia heret Orked masuk ke restoran kegemaran dia tu , kononnya lah

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now