Bab 1

460K 10.5K 1K
                                    

This was my first book on Wattpad and its completely UNEDITED. Maybe ada typo, jalan penceritaan agak childish and things that might not make sense so read at your own risk until an edited version has been completed.

Happy reading!
•Yurafwr•

---

Kompang dipalu ...
Pengantin baru...

Orked tersenyum manis di atas pelamin . Begitu juga dengan Haydar . Terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka

Orked terkejut beruk apabila dia menoleh memandang Haydar . Wajah Haydar telah berubah menjadi Jebon aka kambing opahnya

" Haydar ! "

Splash !!

" Bertuah punya anak dara ! Tidur terjerit terlolong . Dok sebut nama lelaki pulak tu . Haaa siapa Haydar tu? Boyfriend kamu ye ? Baru tingkatan 4 dah pandai menggatal . Inilah budak-budak zaman sekarang . Tahu nak bermadu kasih je " Puan Maria mula membebel . Dia bercekak pinggang

Orked memandang tubuhnya yang sudah basah kuyup . Ditambah pula dengan bebelan uminya itu . Perfect sungguh

" Kamu kan ada jam loceng . Umi tengok tadi tak berbunyi pun ? Haih waktu macam ni la jam tu nak rosak . Kamu pun satu . Nak tunggu umi rempuh bilik kamu baru nak bangun . Tu pun kena simbah air dulu . Dah pergi mandi cepat ! Nanti lambat prgi sekolah " Puan Maria menepuk sedikit lengan anak daranya . Haih anak dara jenis apa la ni ?

Orked bangun malas menuju ke bilik air . Aduh umi ni . Orked yang lupa nak set jam loceng tu , bukannya rosak pun

*********************

Nama aku Orked Dahlia Binti Ahmad . Aku memang berterima kasih sangat kat umi sebab bagi nama yang tersangatlah sedap untuk aku . Sampaikan bila aku dah besar , aku jadi hard fan bunga . Kalau boleh semua benda nak bercirikan bunga . Beg bercorak bunga , dompet bunga and so on . Cita-cita aku pun nak buka kedai bunga

Aku berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Indah . Aku ada seorang kawan baik yang satu kepala dengan aku . Nama dia Ika . Dan aku pun ada seorang crush . Nama dia Haydar . Dia sekarang berada di tingkatan 5 . Kalau nak kata handsome tu , biasa-biasa je orangnya

Aku memang rapat dengan Haydar . Dah lama sukakan dia . Entah lah kalau dia suka kat aku jugak atau tak . And pasal mimpi aku tadi tu , aku tak tahu kenapa Haydar bertukar jadi Jebon

Sumpah aku taknak kahwin dengan Jebon . Jebon tu anak kambing opah aku kat Kedah . Muka kambing kesemuanya sama tapi Jebon ni lain sikit . Hodoh semacam . Aku ...

Pin !

" Oh mak kau beranak lapan ! " Orked melatah sampai rasa nak terlompat apabila terdengar bunyi hon yang kuat dari arah belakang

Sebuah kereta berhenti disebelahnya lalu tingkap kereta dibuka

" Woi , dah gila lalu tengah jalan ? Nak kena langgar ke ? Kalau nak berangan tu pergi la tempat lain . Karang sia-sia je kau mati " herdik seorang lelaki yang berumur kira-kira 30-an

Muka Orked mula merah menahan geram . Oh ini sungguh melampau

Dia menyingsing lengan baju sekolahnya

" Hei , cakap baik sikit tak boleh ke ? Kalau aku tumbuk kau kan , memang melekat kau kat pokok besar tu " balas Orked sambil menundingkan jari ke arah pokok besar yang tidak jauh dari tempat mereka

Lelaki tersebut hanya buat tidak endah . Keretanya meluncur laju meninggalkan Orked

********************

" Haa bergosip lah tu " Orked yang baru sahaja tiba di kelasnya menegur sekumpulan pelajar perempuan yang berkumpul di sudut belakang kelas

Kalau dorang berkumpul ni , mesti ada benda hot yang dibincangkan lah tu

" Ada cerita panas weh , Orked ! " Ika menjawab excited

Orked menarik kerusi lalu duduk bersama dengan mereka

" Cerita apa ? " Orked bertanya ingin tahu

" Aku dengar daripada Kak Rina yang hari ni ada senior baru masuk " Wina mula bercerita

" So apa yg panas sangat ni ? Setakat senior baru masuk tu berlambak je " Orked menjawab malas . Apalah yang nak dihairankan

" Yang panasnya , senior baru tu anak jutawan beb ! Handsome lagi tu . Aku ada terjumpa senior tu waktu ambil buku kawalan dekat pejabat tadi . Rasa macam nak pengsan tau " Kini Ika pula yang membalas . Siap buat gaya nak pengsan lagi tu

Dahi Orked berkerut hairan . Anak jutawan ?

" Kenapa ada anak jutawan sesat kat sekolah kerajaan ni ? " tanya Orked . Rasa hendak ketawa pun ada . Selalunya anak orang kaya sekolah di sekolah elit

" Entah lah . Maybe nak rasa feel sekolah kerajaan kut " jawapan Ika mengundang tawa rakan-rakan yang lain

Kata-kata Ika langsung tidak membuatkan Orked ketawa . Otaknya ligat memikirkan tentang senior tersebut

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now