Bab 3

181K 7.7K 979
                                    

" She's mine ! " jerit Haydar

" No , she's mine ! " Tengku Farhan juga tidak mahu mengaku kalah

Orked bingung . Haydar menarik tangan kirinya manakala Tengku Farhan pula menarik tangan kanannya . Mereka saling bertikam lidah merebut Orked

" Stop it ! " Orked menjerit sekuat hatinya

Splash !

Orked terjaga . Oh kena simbah air lagi

Tahniah Orked Dahlia . Sekarang , sila kuatkan mental kau untuk menerima bebelan 164820 patah perkataan oleh Puan Maria

*****************

" Bye Orked "

" Take care Ika " balas Orked apabila Ika sudah melangkah keluar dari kelas

Selalunya kami akan balik bersama sebab rumah pun dekat je . Tapi disebabkan aku akan stayback nak tengok perlawanan Haydar hari ini , terpaksa lah Ika balik seorang diri

Pernah jugak orang bercerita tentang keakraban yang lain macam antara aku dengan Haydar . Tapi aku cuma buat tak endah je

Sebab aku pun suka bila orang kenenkan aku dengan Haydar . Almaklumlah , crush sendiri

Seperti biasa , Haydar menunggu luar kelas dengan senyumannya yang manis itu

" Meh saya bawakkan beg awak " pelawa Haydar sambil menarik lembut beg Orked

" Eh it's okay , Haydar " Orked diserbu perasaan malu . Sweet lah pulak dia ni

" Tak apa . Meh sini " Haydar tetap juga berkeras mahu menggalaskan beg Orked

Akhirnya , Orked turutkan sahaja . Pipinya semakin merah menahan malu . Walaupun dalam hati melompat kegirangan

Apabila terpandangkan Haydar , dia mencuba sedaya upaya untuk menahan tawa .  Muka dah macho tapi galas beg warna merah bercorak bunga

" Why ? " soal Haydar dengan kening yang dijongketkan ala-ala Ziana Zain . Dia perasan akan senyuman Orked

" Lawak pulak tengok awak bawa beg saya tu "

" Lawak apanya ? Okay je . Barulah sweet kan ? " Haydar mengenyitkan matanya . Orked cuma senyum . Hati dah cair

" Game start pukul 3 . Sekarang ni baru pukul 1 . Saya letak beg awak kat kelas saya ok ? Awak rest la dulu atau nak pergi mana-mana ke sebab saya kena terus pergi bersiap ni . Tapi tepat je pukul 3 awak kena ada kat gelanggang . Jangan lambat tau "

Orked hanya menganggukkan kepala seperti burung belatuk

Memang selalunya macam ni pun . Sebab blok kelasnya akan dikunci sebaik sahaja tamat sesi persekolahan . Cuma blok pelajar Tingakatan 5 yang dikecualikan kerana ada beberapa kelas yang akan mengadakan tuisyen

********************

Mata Orked melilau melihat sekeliling bangunan . Bila boring ni kerja merayau jelah

Orked mengerling sekilas jam tangan bunganya . Cis baru pukul 2 . Satu jam lagi ni

" Err kak ... "

Orked berpaling apabila ada suara yang menegurnya dari arah belakang . Macam budak Form 1

Tanda namanya tertera nama Adib

" Emm kak , tadi kan saya lalu belakang akak dan saya nampak ... rrr nampak ada something kat belakang baju akak tu " kata budak itu serba salah . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal

Dahi Orked berkerut . Dia langsung tidak memahami kata-kata budak lelaki itu

" Maksud awak apa ni ? "

Budak lelaki itu tidak menjawab dan menundingkan jarinya ke arah baju sekolah Orked

Dalam kehairanan , Orked menarik sedikit bajunya yang berada dibahagian belakang supaya mudah untuk dilihat

Serta-merta muka Orked berubah pucat . Liurnya ditelan payah

Sepantas kilat Orked berlari kembali ke kelas Haydar . Dia meninggalkan budak lelaki itu terkebil sendirian

Kalau Usain Bolt tengok Orked berlari laju macam ni , memang balik menangis bawah ketiak mak

Orked rasa hendak menangis . Macam mana boleh bocor ni !

***************

Orked memejamkan matanya erat . Kepalanya pula diletakkan ke atas meja milik entah siapa . Dia hanya main duduk sahaja di tempat itu

Dia runsing . Sudahlah dia tak bawa benda alah itu . Menyusahkan betul

Tiba-tiba dia terdengar derapan kaki seseorang yang sedang melangkah ke arah kelas yang didudukinya . Orked mula gelabah . Lembu betul la . Waktu kecemasan macam ni baru ada orang nak datang

Tanpa berfikir panjang , Orked terus menyorok bawah meja . Dia tak mahu dilihat dengan kesan tompok merah pada bajunya itu

Dari ekor matanya , Orked nampak seorang lelaki berkasut bola masuk ke dalam kelas . Yang buat Orked lagi gelisa , lelaki itu melangkah seperti menuju ke arahnya

Pelajar lelaki itu kemudiannya  berhenti betul-betul di hadapan meja tempat Orked menyorok

" Beg siapa pulak kat meja aku ni ? "

Orked cuak . Alamak , tempat dia pulak dah

" Hacuuummm ! "

Tangan Orked laju mengeluarkan tisu lalu mengelap hidungnya . Ya allah , kenapa lah sekarang baru nak bersin

" Awak ni siapa ? "

Orked mengangkat kepala memandang lelaki yang sudah menjengukkan kepala ke bawah meja

Anak jutawan tu ?!

Dahlia MikailTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang