Bab 23

148K 6.7K 780
                                    

Tasha membelek cincin bertakhtakan berlian yang tersarung cantik di jari manisnya . Dia tersenyum bahagia . Bahagia kerana kini dia sudah menjadi tunangan Tengku Farhan . Dan dalam masa sebulan sahaja lagi mereka bakal berkahwin . Ah terasa macam mimpi je semua ni

Tasha merebahkan tubuhnya pula di atas katil . Tangan kanan diangkat lalu dibelek lagi cincin mahal tersebut

" Amboi sukanya anak mama ni " tegur Datin Sophea . Entah bila Datin Sophea masuk pun Tasha tak perasan . Seronok sangat tatap cincin tu

Datin Sophea melabuhkan punggungnya di birai katil . Bersebelahan dengan Tasha . Wajah berseri anak tunggalnya itu dipandang

" Dari tadi mama tengok asyik belek je cincin tu "

" Of course lah ma " balas Tasha lalu ketawa kecil

" Tapi kenapa Farhan minta taknak hebahkan pasal pertunangan ni ? " Sudah lama perkara tersebut bermain di fikirannya . Tiba-tiba sahaja bakal menantunya itu minta agar tidak menghebahkan kepada orang ramai . Hanya mahu saudara-mara sahaja

" Entah lah dia tu " jawab Tasha acuh tak acuh . Geram juga dengan permintaan Tengku Farhan . Dah lah dia minta buat majlis pertunangan kecil-kecilan je . Apa kelas model cantik macam aku ni buat majlis sederhana ?

Kalau ikutkan hati , aku nak buat majlis pertunangan kat hotel lima bintang . Tapi Tengku Farhan menentang habis-habisan . Terpaksa lah aku ikut cakap dia . And jangan haraplah majlis wedding aku nanti akan sederhana macam ni . Memang aku buat besar-besaran dan hebahkan ke satu dunia sampai Kylie Jenner pun tahu . Huh

" Tasha okay ke dengan Farhan ? Waktu majlis tunang semalam , mama tengok Farhan macam - ... "

" Kami okay lah ma . Tak payah risau " pintas Tasha . Tak mahu Datin Sophea memikirkan yang bukan-bukan

" Mama bukannya apa , mama tak nak Tasha makan hati nanti . Tu yang mama risaukan . Mama dan papa nak tengok Tasha bahagia " ujar Datin Sophea lembut . Tangannya naik mengusap rambut perang anaknya itu

Tasha terdiam sejenak . Tak payah tunggu lama-lama pun memang dia dah makan hati dengan sikap Tengku Farhan . Apa susah sangat belajar untuk cintakan aku ? Setiap hari goda pun tak menjadi jugak . Dah lah suka sangat ignore aku

Tapi aku yakin , Tengku Farhan akan jatuh cinta jugak kat aku . Well ini Tasha Amelin lah . Just perlukan sedikit masa lagi . Dah nampak muka 'fedup' Tengku Farhan waktu majlis semalam . Mesti dia akan belajar terima aku sebab dia dah tak boleh buat apa-apa selain berkahwin dengan aku , bukan ? Tasha tersenyum penuh makna

" Amboi , berangan pulak " usik Datin Sophea . Tasha sedikit tersentak . Dia tersengih

" Ala ma , tak payah risau la . Everything gon be alright . There's nothing to worry about . Tasha cuma akan bahagia dengan Farhan " Diambil tangan yang mengusap rambutnya itu lalu dikucup perlahan

" Hmm takpelah kalau macam tu . Mama dan papa akan bahagia kalau Tasha pun bahagia . Mama keluar dulu tau . Jangan tidur lambat sangat " pesan Datin Sophea lalu mengangkat punggung keluar dari bilik Tasha . Tasha kembali mendongak memandang syiling . Dia teringatkan majlis pertunangannya semalam . Bibirnya mengukir senyum . Walaupun majlis itu tidaklah semeriah yang dia mahukan , tapi dia sangat gembira kerana akhirnya Tengku Farhan sudah menjadi miliknya walaupun bukan secara rasmi

************

Ika menggeleng kepala melihat Orked yang sedang menguap luas di kaunter . Kawaii yang berada disebelahnya juga turut memandang ke arah Orked

" Nampak macam you mengantuk sangat hari ni , Orked ? " tegur Kawaii . Tangannya lincah mengasingkan bunga-bunga kertas

" Semalam aku tidur lambat . Layan hindustan " jawab Orked dengan mata yang seperti hendak terpejam

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now