Bab 4

167K 8.4K 800
                                    

Wah handsomenya . Tengok muka dia dari jarak dekat ni memang nampak kacak sungguh . Patutlah dia famous satu sekolah

Tengku Farhan tersenyum manis melihat Orked . Dia menghulurkan tangannya kepada gadis itu

Pipi Orked berona merah . Walaupun malu , dia menyambut jua huluran tersebut

Dia keluar dari bawah meja dan berdiri tegak di hadapan Tengku Farhan . Tengku Farhan tetap memandangnya dengan senyuman mekar di bibir . Dia nampak makin kacak apabila senyum

" You ... "

Orked menanti bicara Tengku Farhan yang seterusnya

" You're so beautiful " puji Tengku Farhan . Serta-merta pipi Orked memerah

" Thanks .. " malu Orked dibuatnya . Cair sungguh hatinya dipuji begitu . Terasa berbunga-bunga

" Berapa lama lagi awak nak duduk bawah meja tu ? "

Soalan sinis Tengku Farhan membawa Orked untuk tidak terus berangan babak geli tadi

Dia jadi malu sendiri . Berangan je rupanya

Tapi kalau aku keluar dari bawah meja , mesti akan nampak tompok merah tu. Oh tidak !

Orked memegang kuat kaki meja . Sebagai persediaan jika Tengku Farhan nak heret dia keluar macam Syed Aizril buat dalam novel Andai Itu Takdirnya

Tengku Farhan berpeluk tubuh melihat Orked yang masih duduk bawah mejanya . Mukanya beriak serius

" Keluar sekarang " arahnya

Orked menggigit bibir . Satu sahaja perkara yang ada dalam benaknya kini , balik rumah !

Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan . Kemudian sepantas kilat dia keluar dari meja lalu mengambil beg sekolahnya . Sekelip mata sahaja dia sudah berlari keluar daripada kelas itu

Tengku Farhan tercengang . Dah kenapa pulak perempuan tu lari macam tak cukup tanah ?

Orked rasa bersalah terhadap Haydar . Tak dapat la aku pergi game tu . Oh maaf Haydar !

**************

Ika ketawa terbahak-bahak . Orked pula buat muka menyampah

" Haaa gelakkan lah aku sampai kau beranak 20 kali " perli Orked .

Makin galak Ika ketawa

" Serious ke ni weh ? Mesti si Tengku Farhan tu fikir kau ni perempuan gila "

Orked membuat muka . Amboi bukan main ye kau gelakkan aku cis

" Kau patutnya ambil peluang tu dengan mengorat dia " kata Ika apabila tawanya mula reda

" Jangan nak merepek lah .Kalau nak mengorat Haydar tu baru boleh " Orked tersengih . Dia masih belum meminta maaf daripada Haydar . Pasti lelaki itu mencarinya semalam

Ika pula mencebik mendengar kata-kata Orked . Tak habis- habis dengan Haydar dia tu

***********

Orked mempercepatkan langkahnya menuju ke gelanggang bola keranjang . Nesti Haydar ada kat sana . Niatnya adalah untuk meminta maaf tentang hal semalam

Di sebelah kirinya adalah padang dan terdapat sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola

Mata Orked terbuntang apabila mendapati salah seorang pemain tersebut adalah Tengku Farhan . Langkah kakinya serta merta mati . Matanya difokuskan kepada Tengku Farhan

Tengku Farhan kelihatan lincah bermain bola sepak . Peluh yang memercik di dahi segera diseka dengan belakang tangannya . Bajunya basah kuyup . Rambut yang menjuntai basah di dahi kerana peluh dikuis ke belakang . Oh my godddd

Tiba-tiba pandangan Tengku Farhan teralih padanya . Omg dia pandang aku ???

Tengku Farhan berlari anak menghampirinya sebelum berhenti tidak jauh daripada Orked

Mesti dia nak cakap ...

" Awak kan perempuan cantik semalam tu ? "

Atau ...

" Saya rasa saya dah suka awak sejak pertama kali saya jumpa awak semalam "

" Boleh tolong ambilkan bola sebelah awak tu ? "

Erk bola ?

Orked menoleh kesebelahnya . Terdapat sebiji bola di tepi kakinya

Ya allah macam mana aku boleh tak perasan ? Siap berangan lagi tu . Malunya !

---------------------------------------

Vote & Comment

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now