Bab 64

149K 6.1K 536
                                    

Jam sudah hampir menginjak ke angka 10. Mata Orked khusyuk melayan filem hantu yang ditayangkan di kaca televisyen. Ada terselit rasa takut kerana hanya dia seorang yang berada di ruang tamu tersebut, namun cepat-cepat perasaan itu ditepis. Tulah, nak tengok cerita hantu. Tapi penakut.

Perlahan, dia duduk dalam keadaan bersila di atas sofa. Takut ada yang tarik kaki dia dari bawah sofa pula. Waktu tengah takut macam ni, segala benda ada dalam kepala.

Sedang asyik melayan filem hantu itu, tiba-tiba Orked terasa ada seseorang duduk disebelahnya. Laju dia menoleh. Mukanya sudah cuak.

Ceh, dia ni.

" Dah kenapa muka macam nampak hantu? " Tengku Farhan menyoal.

" Sebab awak la hantu dia. " Orked menjeling. Dia kembali memandang kaca televisyen. Dia tak mahu memikirkan hal dia dengan Tengku Farhan lagi. Sudah cukup rimas. Biarlah lelaki itu nak buat apa. Dia tak mahu ambil tahu.

Tengku Farhan bergerak sedikit demi sedikit merapati Orked. Dia bergerak cukup perlahan, tak mahu Orked perasan. Haruman isterinya yang harum itu mencucuk-cucuk rongga hidungnya. Aduh, sabar jelah...

" Yang awak dekat-dekat dengan saya ni kenapa? " tegur Orked. Mencerlung matanya memandang Tengku Farhan yang sedang tersengih. Jarak antara bahu mereka cuma beberapa inci sahaja.

" Saja. Tak boleh ke? " Tengku Farhan mengusik. Orked membuat muka. Sebuah jelingan diberikan kepada Tengku Farhan lagi. Dia memandang televisyen semula.

" Aduh, jelingan menggoda. "

Orked buat bodoh. Malas mahu melayan. Wayar otak Tengku Farhan dah putus agaknya.

" Sayang.. "

Orked masih buat tidak endah. Nak layan cerita hantu pun tak tenang. Memang hantu betul Tengku Farhan ni.

Tengah sibuk mengutuk, dia dapat merasakan hembusan nafas Tengku Farhan betul-betul ditelinganya. Bulu romanya serta-merta berdiri.

" Awak dengar tak saya panggil ni, Mrs Mikail? " bisik Tengku Farhan lalu mengucup lembut belakang telinganya. Berderau darah Orked.

" Awak ni dah kenapa? Buang tebiat? " marah Orked. Makin sakit hatinya melihatkan Tengku Farhan yang cuma ketawa.

" Gila. " gumamnya.

" Ala, usik sikit pun tak boleh."

" Benci lah saya nak layan awak. " Orked terus bangun dan berura-ura hendak beredar. Namun langkahnya terbantut apabila Tengku Farhan laju menarik tangannya. Orked yang tidak dapat mengimbangkan badan terus terduduk di atas riba Tengku Farhan.

Makin melebar senyuman Tengku Farhan. Tangan kasarnya dilingkarkan ke pinggang Orked. Menahan isterinya daripada bangun.

Orked menjegilkan mata. " This is not funny, Farhan. Lepaskan saya. "

" Tak nak. "

Naik geram Orked dibuatnya. " Kalau awak tak nak lepaskan saya, siap awak nanti. "

" Awak nak buat apa? " Tengku Farhan menjongketkan keningnya. Sengaja mencabar Orked.

" Saya pukul awak, gigit awak—"

" Gigit kat mana? Sini? " soal Tengku Farhan sambil meletakkan jari ke bibirnya. Dia tersenyum nakal.

Merah padam wajah Orked. Bukan kerana malu tapi menahan marah. Kurang asam.

" Haah, saya gigit-gigit biar sampai koyak bibir awak tu! " balasnya geram. Tengku Farhan melepaskan tawa.

" Hmm saya suka. Ganas. "

" Gatal! " Orked menjerit nyaring.

" Lepaskan saya sekarang! " tambahnya lagi. Jangan sampai aku naik hantu.

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now