Bab 22

159K 7.2K 749
                                    

Orked menghempaskan tubuhnya di atas katil setelah selesai membersihkan diri . Kepalanya mula menerawang teringatkan peristiwa petang tadi

Nasib baik ada Tengku Farhan yang tolong aku . Kalau tak , aku tak tahu lah apa yang lelaki psiko tu dah buat kat aku . Eh tapi tadi aku bukan main menangis bagai nak rak , pastu mengada taknak balik sendiri sebab takut and aku buat macam tu depan Tengku Farhan ! Oh gosh

Orked menekup mukanya dengan bantal . Malu ! Ummi Orked malu ! Habis jatuh air muka aku . Mesti dia fikir aku cengeng ? Manja ? Hwarghhh

Orked ketuk kepalanya berkali-kali . Dungunya kau Orked . Sekarang baru nak sedar ? Huhu malunyaaa

Orked bergolek-golek di atas katil . Mana aku nak sorok muka aku lepas ni . Dah lah malaun tu annoying tahap dewa . Mesti dia ejek aku lepas ni ? Ah aku taknak kalah dengan dia !

Orked berhenti bergolek apabila matanya terpandang Ika yang berdiri dihadapan pintu dengan raut wajah hairan

" Kau ni dah kenapa macam orang gila dari tadi ni Ked ? " Ika bertanya sambil garu kepala . Tadi bukan main muka lesu tak ada mood macam period setahun . Sekarang ni dah macam orang tak betul pulak ?

" Ika masuk cepat ! Aku nak story mory kat kau ni "

Ika melangkah masuk ke bilik Orked lalu melabuhkan punggungnya di atas katil . Orked mula bercerita dari mula sampai habis . Semangat betul bercerita dengan tangan bergerak sama

***********

" So kereta Audi hitam tadi tu Tengku Farhan ? "

Orked mengangguk laju

" Kau ni kira dah berbaik lah ni dengan dia ? " Ika ketawa terbahak-bahak . Lawak betul bila Orked cerita tadi . Tapi terselit juga rasa takut bila Orked cerita tentang lelaki psiko tu . Bahaya zaman sekarang ni . Orang jahat kat mana-mana je . Eii seram

" Ah jangan harap aku nak berbaik dengan dia . Tadi tu pun out of control " Orked menjawab sambil berpeluk tubuh

Ika ketawa lagi

" Out of control kepala otak kau la . Ego lah kau ni Ked " Ika menyekeh kepala Orked . Budak ni ego betul . Apa salahnya kalau berbaik dengan Tengku Farhan . Dapat pahala tau

Orked gosok kepalanya . Sakit !

" Perang akan tetap berjalan seperti biasa " selamba sahaja Orked bercakap

Ika menggeleng kepalanya " Kesian dengan Tengku tu . Dia dah tolong kau tahu tak . Kau lupakan jelah pasal perang remeh kau tu "

Orked menjeling tajam

" Suka hati aku lah "

" Haih Orked . Kau jangan nak benci sangat , Ked . Nanti lama-lama suka " kata Ika sambil tersengih seperti kerang busuk . Harap-harap jadi kenyataan . Amin

" Ish jangan nak merepek lah . Aku takkan sesekali pun jatuh cinta dengan malaun tu . Tak ingin aku " Orked membuat muka geli .Mimpi ngeri betul

" Eleh , siapa tahu tiba-tiba kau syok kat Tengku tu ? Haa baru kau tahu nanti . Eh pasal Haydar tu , dia ada kacau kau lagi ke ? "

" Haah . Dia ada call aku 2 hari lepas . Tapi aku buat tak layan je . Menyampah tahu ! "

Kalau Haydar ada kat depan aku sekarang ni , memang patah tulang kena smackdown . Tak faham bahasa betul mangkuk tu

" Apalah yang Haydar-.... " kata-kata Ika terhenti apabila lirik lagu Often berkumandang memenuhi bilik . Orked mengambil handphone miliknya yang terletak di sisi katil . Dia melihat skrin sekilas sebelum kembali memandang Ika . Ika pula angkat kening . Siapa tu ? Mesti Tengku Farhan

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now