Bab 18

138K 6.3K 1.3K
                                    

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu fokus terhadap perbentangan Tengku Farhan . Mata Tengku Farhan kemudiannya dikalihkan memandang salah seorang perkerja bawahannya , Najihah yang kelihatan tidak fokus pada isi mesyuarat . Dia dah kenal sangat ciri-ciri orang yang berangan tengah meeting ni . Mata pandang depan tapi otak menerawang entah ke mana

" Najihah , awak berangankan apa ? Kahwin dengan putera raja ? " teguran tiba-tiba dari Tengku Farhan membuatkan Najihah sedikit tersentak . Dia terkebil-kebil

" Err .. p-pardon ? " tergagap-gagap bibir Najihah hendak menjawab . Aduh malu , kantoi berangan depan bos

Tengku Farhan menyilangkan kedua tangannya di dada . Langsung tiada senyuman di bibirnya . Sebenarnya rasa nak gelak dah . Control je lebih

" Next time jangan berangan waktu meeting . Saya tak suka . Kalau nak berangan sangat , tunggu balik rumah . Nak berangan sampai tua pun tak apa " perlian Tengku Farhan disambut tawa oleh pekerja lain . Najihah jadi malu sendiri . Dia menunduk

" Baik , Tengku " perlahan saja suaranya . Malu untuk mengangkat muka kerana ada segelintir pekerja yang masih mentertawakannya . Anak mata Tengku Farhan laju memandang mereka yang masih ketawa dan serta-merta tawa mereka mati . Kalau bab gelakkan orang memang nombor satu

Tengku Farhan berdehem " Ingat semua , ini projek besar . Hampir bernilai 10 juta . So , saya ... "

" Tengku Farhan Mikail ! "

kata-kata Tengku Farhan terhenti apabila pintu bilik mesyuarat dikuak kasar . Terjengul wajah merah padam Tasha

" Kenapa semalam you tak angkat call ? I call you banyak kali tahu tak ?! " suara nyaring Tasha memenuhi bilik mesyuarat itu . Matanya merenung tajam Tengku Farhan yang juga memandang ke arahnya

Tengku Farhan ketap gigi . Cuba mengawal marah yang mula menjelma . Tasha benar-benar menguji kesabarannya . Para pekerjanya pula sudah mula berbisik sesama sendiri

"You memang sengaja tak angkat call I kan ? I dah penat lah dengan perangai you , Farhan . You anggap I macam tunggul . You fikir .. Auch ! " Tasha mengaduh kesakitan apabila lengannya ditarik kasar oleh Tengku Farhan

Laju kaki Tengku Farhan dihayunkan sambil menarik Tasha bersamanya . Mukanya merah . Jelas menunjukkan dia sedang marah

" You nak bawak I pergi mana hah ? Kenapa ? You malu dengan pekerja you ?! " suara Tasha tenggelam timbul . Pekerja di situ saling berpandangan

************

Tengku Farhan menolak kasar tubuh Tasha masuk ke dalam biliknya . Kemudian dia mengunci pintu

" Sakitlah ! " Tasha menjerit apabila dia hampir jatuh menyembah lantai . Hatinya mendongkol geram

" What the fuck is your problem ?! Datang office I buat kacau ? You tak malu ke hah " mencerun mata Tengku Farhan memandang Tasha . Kesabarannya sudah menipis

" Oh , malu ? You tak pernah fikir perasaan I kan ? You don't know how much I hate being ignored by you . Did your mom raise you to be a prick ? "

Pang !!

Tasha memegang pipinya yang terasa perih . Dia tergamam . Air mata yang hendak menitis pantas ditahan

" You ... you tampar I ? " bergetar-getar suara Tasha . Tengku Farhan tidak pernah menamparnya selama ini . Tidak pernah mengasarinya . Tetapi hari ini ...

" Yes , I tampar you . Sebab you dah makin melampau . Kalau you penat sangat dengan perangai I yang suka ignore you , then you boleh berambus . And please stop buat I ni macam milik you " keras nada suara Tengku Farhan

Hati Tasha membara dengan kata-kata Tengku Farhan

" You akan tetap jadi milik I . You will always be mine . No matter what the situation . I dont even care ! " Tasha menjerit lantang . Dadanya turun naik

Tanpa sebarang kata , Tengku Farhan mencengkam lengan Tasha lalu dibawa menuju ke pintu . Tasha cuba melepaskan diri namun cengkaman Tengku Farhan terlalu kuat

Pintu bilik dibuka lalu ditolaknya Tasha keluar

" Go kill yourself , Tasha Amelin . You're too much "

Pintu bilik dihempas kasar

***********

Ika menyepak pintu kereta Myvi miliknya . Time macam ni lah kau nak rosak . Entah kenapa kereta tak boleh hidup . Disebabkan kau lah , aku sekarang tersadai kat tepi jalan

Ika menyepak lagi keretanya . Geram ! Hendak telefon Orked , handphone pulak habis bateri . Time macam ni lah kau nak habis bateri . Ish !

Mahu atau tidak , Ika terpaksa meminta pertolongan sesiapa yang lalu disitu . Sudah lah jalan ni tak banyak kereta yang lalu . Haih nasib

Ika melambai-lambaikan tangan apabila ada kereta yang semakin menghampirinya , namun tiada satu pun yang sudi berhenti . Haa inilah orang Malaysia . Tak mahu bantu sesama sendiri . Pentingkan diri je . Kalau pembangunan maju tapi rakyat tak maju , apa gunanya ?

Haaa tengok , aku dah menyimpang sampai topik negara pulak . Ini semua salah kereta yang rosak dan handphone yang habis bateri

Dalam Ika sedang sibuk membebel sendirian , kelihatan sebuah kereta BMW hitam berhenti dihadapan keretanya

Yeah , finally ! Kalau ikutkan hati , mahu sahaja Ika melompat kegembiraan . My hero eceh

Pemilik BMW tersebut keluar dari perut kereta lalu berjalan ke arah Ika . Hampir terbuntang mata Ika . Pergh handsome . Cuma kulit dia agak hitam manis haha

" Kenapa ni cik ? "

Aduh , suara pun romantik

" Kereta saya ni haa . Tiba-tiba mati . Tak boleh start . Cuba encik tengokkan " kata Ika sambil membuka bahagian depan kereta

" Saya sebenarnya bukan pandai sangat bab kereta ni " lelaki tersebut mengusap belakang tengkuknya sambil tersengih . Ika angkat kening . Habistu ?

" But it's okay . Kawan saya ada bukak bengkel area sini . Sekejap saya call " ujar lelaki itu lalu bergerak sedikit menjauhinya . Nak call mekanik ke call awek ? Sampaikan cakap kat telefon pun jauh-jauh

Ika hanya memerhati lelaki tersebut yang sibuk bercakap di telefon . Tak lama kemudian , lelaki kacak itu kembali menghampirinya

" Saya dah call . Sekejap nanti dia sampai . Anyway nama saya Haiqal " ujar Haiqal sambil menghulurkan tangan kanannya

" Saya Ika " jawab Ika tanpa membalas huluran Haiqal . Sengaja dia buat tak tahu . Haram wei

Haiqal sedar akan itu . Laju sahaja dia menarik tangannya kembali . Dia jadi malu sendiri

**************

Orked berjalan ke arah kancil kesayangannya sambil menolak troli yang penuh dengan barang dapur . Kalau nak suruh Ika beli barang dapur , bawang pun dia tak kenal . Kat rumah aku jelah yang masak . Perempuan tu tahu makan je . Masak pun tak reti

Cuba kalau aku tak pandai memasak ? Fuyyo , patah riuk tulang aku kena dengan ummi huhu

Orked membuka pintu dibahagian belakang . Dia memasukkan semua barang dapur tersebut . Kemudian dia bergerak untuk membuka pintu dibahagian pemandu pula

Baru sahaja tangannya hendak membuka pintu , ada tangan lain yang menahan . Orked angkat muka

" H-haydar ? "

Dahlia MikailWhere stories live. Discover now