Bab 1

17.6K 911 26
                                    

Sudu dan garpu yang sedang dipegangnya diletakkan kasar ke atas meja. Tanpa membuang masa, dia segera bangkit dari duduk lalu menuju ke pintu. 

"Ikhwan, kamu nak pergi mana tu? Hari ni kan cuti. Habiskan makanan kamu ni dulu." Panggil Encik Osman di meja makan.

Ikhwan terus sahaja keluar dari rumahnya lalu menyarungkan kasut. Pintu kereta dibuka cepat dan tempat duduk pemandu menjadi sasarannya. Tidak menjawab soalan ayahnya, dia segera memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

"Apalah nak jadi dengan Ikhwan ni. Aku kena cari calon dengan cepat." Tutur Encik Osman seorang diri. Dia menggeleng kesal.

Buat beberapa ketika, dia tersenyum sendiri. "Ha! Budak perempuan comel ni kan satu kelas dengan Ikhwan. Baguslah nak jadikan sebagai menantu." Dia meneliti gambar yang terdapat dalam gallery telefonnya.

Sebagai guru kelas Ikhwan, Encik Osman memang menyimpan semua gambar pelajarnya sebagai kenangan akan datang. Walaupun Ikhwan anaknya, tetapi ketegasan perlu ada.

•••••

Di suatu tempat yang lain,  Qaisha yang sedang makan berseorangan termenung sendirian.

Rumah sewa yang tersembunyi daripada pandangan orang lain didudukinya selama empat tahun. Dia duduk bersendirian atas sebab tertentu.

Sedang dia melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya berdering. Lagu 'Titanium' terhenti apabila talian diangkat.

"Assalamualaikum, cikgu." Sapanya sopan. Sememangnya dia menyimpan nombor guru kelasnya.

"Waalaikumussalam. Cikgu ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu." Kata Encik Osman dengan tegas. "Esok, jumpa saya di bilik guru bersama Ikhwan pada waktu rehat." Sambungnya lagi.

"Baik cikgu, InsyaAllah. Bye cikgu, Assalamualaikum." Qaisha memutuskan talian apabila tiada lagi yang ingin diperkatakan.

Dia tertunduk mengeluh. "Apa salah aku? Aku ada buat salah ke? Aku ini sudahlah anak yatim piatu. Kalau ada salah, nak mengadu dekat siapa? Kawan pun suka buli aku."

Sekali lagi dia mengeluh. Apa salahnya?

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

Assalamualaikum. Sorry, cerita ni sedikit pendek.

Isteriku SupernaturalWhere stories live. Discover now