SITH // 9

4K 464 44
                                    

Hye Rin melangkah menuju ke bilik air lalu Hye Rin menatap wajahnya di dalam cermin. Apa yang maksud Nam Joon? Sumpah Hye Rin terkejut apabila namanya turut tertulis di dalam diari itu.

'Gadis itu seperti tahu sesuatu'

Perkataan ini bermain main di benak fikiran Hye Rin. Apa yang aku tahu selama ini? Jung Kook bencikan aku mesti bersebab. Tapi kenapa? Benar Hye Rin kusut memikirkan semua ini. Terlalu banyak rahsia yang belum terlerai.

Hye Rin cuba menolak jauh jauh. Malas mahu memikirkannya sekarang. Paip air dibuka dan Hye Rin membasuh wajahnya.

"Hahahaha"

Satu suara seperti kanak perempuan ketawa menyapa Hye Rin. Hye Rin berpaling. Bunyi tapak kaki kecil berlari jelas kedengaran di pintu bilik air Hye Rin. Secara tiba tiba bulu roma Hye Rin meremang dan dadanya mula terasa berdebar. Perlahan-lahan Hye Rin menutup paip air.

Suasana hening seketika. Hye Rin mengambil nafas keberanian lalu membuka pintu. Kosong. Tiada. Hye Rin mengambil nafas lega. Tangannya menutup pintu kembali.

Apabila Hye Rin menoleh matanya terbuka luas.

"Saya rindukan awak juga Hyung! Kita tetap akan bersama! I swear! I swear!!"

Satu perkataan tertulis di cermin bilik Hye Rin. Perkataan itu ditulis mengunakan darah pekat. Hye Rin terkedu. Langkahnya terkunci dan lidah seolah keras untuk berbicara. Pili air bath tub yang terletak di sebelah kanan Hye Rin terbuka dengan sendiri. Darah pekat mengalir memenuhi bath tub dan perlahan muncul sekujur tubuh keluar dari darah tersebut.

Hye Rin mula mengigil ketakutan. Air mata mengalir menahan rasa seram dalam diri. Tubuh itu merangkak keluar dari bath tub dan mendekati Hye Rin.

"I...i..i will take you tooooo!"

"Arghhhh!"

Hye Rin menjerit. Langkahnya terasa ringan dan laju Hye Rin membuka pintu bilik air. Terpancul wajah Jung Kook berdiri di hadapan bilik air Hye Rin. Tanpa berfikir Hye Rin memeluk tubuh Jung Kook.

"J-jung kook.. tolong aku" ucap Hye Rin dalam serak. Wajahnya di sembab ke dada Jung Kook. Takut untuk

"Apesal kau nih?"

Hye Rin menuding jari ke arah bilik airnya. Jung Kook memerhati bilik air Hye Rin. Jung Kook mengeluh perlahan. Tangannya mengusap kepala Hye Rin.

"Dah.. dah tak ada apa lagi nak takut.."

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jung Kook membawa Hye Rin ke biliknya. Hye Rin terduduk. Fikirnya masih bercelaru dan gusar dengan apa yang berlaku tadi. Tubuh Hye Rin menggeleter.

"Sudah sudah. Jangan fikirkan lagi" nasihat Jung Kook. Jung Kook memegang bahu Hye Rin untuk memberikan kekuatan dalam diri Hye Rin. Bingkas Jung Kook bangun dan bersedia untuk meninggalkan Hye Rin.

Hye Rin menangkap pergelangan tangan Jung Kook. Dia ingin soalkan sesuatu kepada Jungkook.Dia pasti Jung Kook mesti tahu kenapa semua ini berlaku. Semuanya seolah dirancang.

"Jung Kook!"

Jung Kook merenung wajah Hye Rin.

"Kau mesti tahu kenapa ini semua terjadi. Bagitau aku apa rahsia dalam rumah ini yang aku belum tahu!" Nada Hye Rin naik. Jung Kook masih merenung tepat ke anak mata Hye Rin. Berat untuk dia nyatakan.

"Maaf. Tapi aku tak boleh bagitau" Jung Kook menarik pergelangan tangannya dan menapak pergi. Pintu bilik Hye Rin ditutup dan dia memandang siling rumah.

"Hyung... dia orang luar, janganlah ambil dia sekali" pinta Jung Kook kepada seseorang. Lantas Jung Kook beredar menuju ke biliknya.

"Maafkan aku Jung Kook... maafkan aku.. aku sudah terlanjur menyayangi dia" Suara itu menangis teresak-esak memberi tahu Jung Kook.

Keesokan paginya, Jung Kook melangkah masuk ke dalam bilik Hye Rin. Akibat kejadian tempoh hari Hye Rin lebih banyak membisu dan mengurung dirinya di dalam bilik.

"Hye Rin.. kau okay tak? Dah dua hari kau tak buat kerja" tegur Jung Kook kepada Hye Rin yang sedang baring menghadap dinding. Hye Rin berpura-pura melelapkan matanya. Jung Kook mengeluh. Ada kalanya hati ini terasa rindu untuk mendengar suara gadis itu.

Gadis itu, bukannya dia benci tapi dia lakukan semua ini bersebab. Jung Kook mengusap kepala Hye Rin.

"Maafkan aku" ucap Jung Kook lalu bersedia untuk melangkah dari bilik Hye Rin. Apabila Jung Kook sudah keluar menutup pintunya, Hye Rin bangun.

Ya, sudah dua hari dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai jururawat disini. Mujur Jin dan Nam Joon memahami keadaannya.

Tadi Jung Kook memohon maaf. Tapi untuk apa? Untuk kerana tidak memberi tahu aku tentang kebenaran yang terjadi di rumah ini ke?

Hais. Hye Rin mengeluh. Ada sesuatu yang pelik tentang rumah ini. Jika dulu dia tidak mengambil kisah apa yang pernah terjadi di rumah ini, sekarang Hye Rin nekad. Dia mahu mencari kebenarannya dengan cara sendiri.

Bersambung...

____________________________________
(Kyung berceloteh)

Hai Bananas! 🌸

Kyung dah lama tak buat stick note kat setiap part ff kyung (╥_╥) mianhae. Rasa sudah lama tidak berhubung dengan readers (╥_╥) mianhae. Rindu time dulu dulu rajin buat stick note (╥_╥) mianhae.

Are this ff is Super creepy or scary guys? Please let me know ( ゚▽゚)/ Sebab Kyung tak pandai sgt buat ff creepy. Kyung rasa? well memandangkan Kyung seorang yang penakut... it's kindly creepy. Hahahahaha. Sumpah Kyung sendiri pon menggeletar je menaipnya (--) even takdalah menakutkan sangat. Alahai, lemahnya diri ini ╮(╯▽╰)╭

Okaylah. See you next chapter guys.

Xoxo, Kyungru

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now