SITH // 1

10.1K 641 45
                                    

"Hye Rin. Kau ada kerja baru"

Tangan Park Hye Rin terhenti menulis. Wajahnya diangkat dan merenung kakak angkatnya Kyung Ji Ru. Kerja baru? Bermakna aku perlu menjaga lagi kebajikan seseorang.

Sudah memang tugas seorang jururawat peribadi seperti dia menjaga orang. Di rumah pesakit sendiri pula itu. Hye Rin mengeluh. Dia baru terlepas daripada menjaga seorang lelaki tua yang cerewet sekarang dia perlu menghadap lagi pesakit baru.

"Kat mana unnie? Sakit apa?" Hye Rin bersuara tanda setuju dengan tawaran kerja itu walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi nanti.

"Oh. Kali ini bukan sakit. Diorang harus dijaga rapi dan dirawat dengan cara kaunseling" Ji Ru bersuara sambil membelek belek helaian kertas membaca profile pesakitnya.

"Kaunseling? Maksud Unnie.." ayat Hye Rin terhenti. Jangan cakap dia harus menjaga pesakit mental pula kali ini! Ji Ru memandang Hye. Faham apa yang dimaksudkan. Ji Ru tersenyum.

"Ya.. Mereka ada masalah tekanan perasaan yang amat kritikal dan seseorang yang profesional harus menjaga. Boleh ye Hye Rin? Aku rasa kau sesuai dengan tugas ini" Pinta Ji Ru. Berharap Hye Rin menerima tugas ini dengan hati yang terbuka. Bukan mudah untuk menjaga manusia yang mempunyai masalah tekanan perasaan ini. Perlukan kesabaran yang amat tinggi dan peranan yang penting dalam diri.

Hye Rin mengeluh sekali lagi. Dia sudah agak. Fikiran Hye Rin berdolak dalih memikirkan tawaran ini. Sekejap! Tadi Unnie cakap 'mereka'.

"Mereka? Ramai ke Unnie?" Soal Hye Rin semula. Ji Ru menggangguk kecil.

"Ada 6 orang"

Mata Hye Rin terbeliak. 6 orang?! Gila! Hye Rin laju menggeleng kepala. 6 orang ada masalah tekanan perasaan sekali gus? Dan hanya satu jururawat yang harus dijaga iaitu dia?! Memang membawa padah.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Hye Rin melangkah masuk ke dalam perkarangan banglo yang berdiri megah itu. Besar memang besar tapi menyeramkan. Hye Rin dapat rasakan sesuatu aura yang tidak dikenali pasti.

Cepat cepat Hye Rin membuang segala rasa. Dia tidak mahu perasaan ini menganggu kerjanya. Hye Rin menghela nafas berat. Dalam keterpaksaan Hye Rin harus bersetuju dengan tawaran kerja gila ini. Sepatutnya ini kerja milik Shin Ji Ra rakan setugasnya. Namun sekarang Ji Ra sedang sarat mengandung dan tugas ini dialihkan kepada Hye Rin.

Kesihan melihat Unnie Ji Ru merayu akhirnya Hye Rin mengalah dan menerima dengan hati yang terbuka.

Unnie Ji Ru cakap pesakitnya kali ini mempunyai masalah tekanan perasaan yang melampau dan perlukan kaunseling dari pakar. Penyebab tekanan perasaan? Pihak hospital terpaksa rahsiakan daripada Hye Rin. Tugas Hye Rin hanya merawat mereka sahaja dan Hye Rin harus akur dengan itu.

Hye Rin mengambil nafas semangat dan menekan loceng di pintu rumah utama. Dalam beberapa minit daun pintu dibuka. Terpacul seorang lelaki dihadapan Hye Rin. Hye Rin memandang wajah lelaki itu.

Wah! Kacaknya! Gumam hati Hye Rin. Dadanya berdegup kencang. Pandangan mata bertaut dan ada rasa debar dalam hati Hye Rin.

"Ye Cik ni siapa?" Tegur lelaki itu. Hye Rin tersenyum lalu menundukkan kepala tanda hormat.

"Annyeong. Saya Park Hye Rin jururawat yang ditugaskan menjaga Ahli kumpulan Bangtan Boys" terang Hye Rin. Matanya masih terpesona dengan lelaki dihadapannya ini. Lelaki itu tersenyum. Terserlah lesung pipit dibawah mulut lelaki itu. Aduh! Comelnya! Hye Rin makin tidak keruan.

"Oh ya. Datang juga akhirnya. Masuklah. Nama saya Park Ji Min" Ji Min menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. Hye Rin menyambut dengan hati yang berbunga.

Tidak sia sia aku mengambil tawaran kerja ini desis hati Hye Rin. Hye Rin melangkah masuk.

"Pergi je kat rumah tamu. Nanti awak jumpa dengan ketua kami Nam Joon Hyung" Ji Min bersuara sambil menutup pintu. Hye Rin mengangguk dan terus menuju ke rumah tamu.

Seorang lelaki yang duduk di sofa sedang menulis sesuatu di buku terhenti apabila seorang wanita berdiri tegak di ruang tamu rumahnya.

"Oh. Awak ini mesti Park Hye Rin jururawat itu kan? saya Kim Nam Joon " Nam Joon bersuara menegur Hye Rin. Dia bangun lalu menghulurkan salam. Hye Rin menyambut lalu tersenyum manis.

"Terima kasih kerana sudi datang. Kami memang sangat sangat perlu awak disini. Harap awak selesa kerja disini"

Hye Rin memandang lama wajah Nam Joon itu. Kami? Bermaksud dia dan yang lain lain lagi. Tapi kenapa mereka nampak seperti biasa? Macam tiada langsung masalah yang perlu di selesaikan.

"Erm. Boleh saya jalan jalan tengok rumah ini?" Hye Rin bersuara setelah lama dia berdiam. Hye Rin mahu melihat seluruh kawasan ini sebelum mulakan kerjanya. Rumah ini pun boleh tahan luasnya.

Nam Joon mengangguk "ya.. pergilah. Nanti kalau jumpa dengan yang lain, awak tegur lah mereka ya?"

Hye Rin tersenyum lalu meletakkan begnya di ruang tamu dan mula aktiviti melawat seluruh ruang rumah.

Bersambung...

____________________________________

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now