SITH // 3

4.6K 511 34
                                    

Arghhhh!

Kesemua ahli Bts terkejut dengan jeritan perempuan di bahagian atas rumah mereka. Pinggan jatuh dan pecah berbunyi kuat. Lantas keenam-enam lelaki itu berlari naik keatas menuju ke bilik Jung Kook.

"Jangan kau berani!! Jangan kau berani!!" Jung Kook bertindak gila mengelar lengan Hye Rin dengan pisau tajamnya. Hye Rin meronta-ronta menangis menolak Jung Kook. Dengan kekuatan Jung Kook sekarang Hye Rin gagal untuk menolak Jung Kook.

"Jung Kook!" Yoon Gi menolak tubuh Jung Kook kasar sekali gus dapat hentikan Jung Kook dari terus mencengkam Hye Rin.

Hye Rin terkulai layu. Tangannya mengalirkan cecair pekat berwarna merah dengan banyak. Pantas Jin dan Nam Joon memapah Hye Rin kebawah dan merawat lengan Hye Rin dengan peti kecemasan.

"Kau ni gilalah Jung Kook!!" Yoon Gi menyembur amarahnya lalu menapak keluar dari bilik Jung Kook. Ho Seok, Tae Hyung dan Ji Min terdiam saat Hyung mereka menyembur amarahnya kepada Jung Kook. Mereka hanya mengerling sekilas ke arah Jung Kook dan berlalu keluar dari bilik Jung Kook.

Jung Kook hanya memerhati mereka semua keluar dari biliknya. Jung Kook mengeluh berat.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Maafkan kami Hye Rin. Patutnya kami bagitau dulu Jung Kook itu macam mana. Kami betul betul minta maaf" Nam Joon selaku ketua mereka memohon maaf kepada Hye Rin. Hye Rin merenung lengang kanan nya yang dibaluti kain putih lalu dia tersenyum. Sekarang dia sudah tahu siapa yang harus di rawat sebenarnya.

"Tidak mengapalah. Bukan teruk sangat pun Jung Kook cakar tadi" Hye Rin bersuara tanda memaafkan kesilapan Jung Kook tadi. Walaupun luka ditangannya agak dalam tapi Hye Rin faham inilah salah satu dugaan bekerja menjadi Jururawat.

Kesemua ahli Bts beredar pergi dari bilik Hye Rin. Hye Rin mengeluh sambil mengusap lengannya.

"Hye Rin"

Hye Rin mengangkat wajahnya. Hye Rin tersenyum. Jika dia hadir segala rasa sakit boleh hilang. Ji Min duduk di birai katil dan memegang lengan Hye Rin.

"Sakit lagi?"

Hye Rin menggeleng kepala. Ji Min mengusap lengang Hye Rin. Segala rasa sakit seolah lenyap dengan sentuhan hangat Ji Min itu. Hye Rin tersenyum bahagia. Mungkin Ji Min sudah berjaya mencuri hati kecilnya?

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Langkah Hye Rin menuju ke dalam bilik Jung Kook. Hari ini merupakan hari pertama Hye Rin menjalankan tugasnya. Memandangkan antara ahli Bts, Jung Kook yang paling parah jadi untuk memasang mesin mesin ini memang sesuai di bilik Jung Kook.

Hye Rin memulas tombol pintu Jung Kook tanpa izin terlebih dahulu. Bagi dia manusia seperti Jung Kook tidak perlu meminta izin. Bukannya dia mengerti.

Jung Kook yang sedang duduk termenung di birai tingkap terkejut apabila Hye Rin masuk tanpa salam. Matanya merenung tajam ke arah Hye Rin.

"Hye! Siapa benarkan kau masuk?!" Jerit Jung Kook memarahi Hye Rin. Hye Rin tidak mengedahkan amarah Jung Kook itu terus menyusun segala mesin yang sama seperti di hospital berdekatan dengan katil milik Jung Kook.

"Kau buat apa ni?! Baik kau punggahkan balik mesin tu! Cepat!" Jung Kook bangun sambil memberi amaran. Hye Rin kekal membisu. Terus melakukan kerjanya dengan penuh kesabaran. Rasa takut kepada Jung Kook kian terhakis.

Jung Kook mula rasa tercabar dengan kelakuan Hye Rin. Laju tangan Jung Kook menyambar pisau diatas meja lalu berlari mendekati Hye Rin.

Pantas Hye Rin mengacu alat pengejut elektrik kepada Jung Kook. Langkah Jung Kook terhenti. Hye Rin tersenyum. Sekarang dia tahu kelemahan Jung Kook.

"Benda ni sakit! Kalau tak dengar cakap aku siap kau!" Giliran Hye Rin mengugut Jung Kook. Jung Kook terdiam, dadanya berombak menahan amarah. Jung Kook kembali duduk di birai tingkap dan termenung. Tentang Hye Rin tidak diambil kisah lagi.

Hye Rin terus menyambung kerjanya. Sekarang dia tahu bagaimana mahu menundukkan Jung Kook yang mempunyai masalah mental itu.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Hye Rin mengemas ruang tamu. Walaupun tugasnya hanya menjaga ahli Bts namun sebagai seorang perempuan, sudah menjadi tanggungjawabnya mengemas rumah baginya. Lagipun tak kan lah dia hendak duduk tidak berbuat apa disini. Tidak elok dipandang.

Dikala Hye Rin membersihkan habuk di almari televisyen tangan Hye Rin tidak sengaja terjatuhkan buku diari milik Nam Joon.

Diari itu terbuka dan segala isi terlihat. Hye Rin berdebar saat terbaca setiap butir perkataan yang tertulis di situ.

Mata Hye Rin membulat. Dibaca dengan penuh rasa gentar.

Sejak dia pergi...

Bersambung...

___________________________________

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now