SITH // 12

3.9K 426 39
                                    

Pring!

Bunyi kaca pecah dari arah bawah membuatkan Hye Rin tersentak seketika. Laju langkah Hye Rin menapak ke bawah. Suasana sunyi dan hanya kedengaran pili air terbuka.

Hye Rin menuju ke bilik air. Matanya terbuka luas dan tangan Hye Rin menekup mulutnya. Masih tidak percaya apa yang disaksikan oleh matanya.

"Jung.. Jung Kook kau buat apa?!"

Terketar ketar Hye Rin bersuara. Cermin muka di bilik air Ho Seok pecah dan serpihan kaca tajam ditangan Jung Kook terdapat darah milik Ho Seok.

Jung Kook melepaskan kaca tersebut. Dia terduduk dan meraup wajahnya kasar. Matanya merenung Hye Rin.

"Hye Rin.. bukan aku.. bukan.."

Hye Rin menolak Jung Kook untuk berganjak ke tepi. Tubuh Ho Seok didapat dan darah mengalir di perutnya. Ya Tuhan... apa ini?!

Kedua belah tangan Ho Seok calar balar seperti di cakar sesuatu yang tajam. Sama seperti pertama kali dia bersua muka dengan Jung Kook.

"Jung.. kook.. kau bunuh abang kau?" Soal Hye Rin masih tidak puas hati. Jung Kook menggeleng laju. Hye Rin mula mengalirkan air mata. Tangannya masih memeluk tubuh Ho Seok yang kaku tanpa roh.

"Ya! Kau bunuh abang kau!! Pembunuh!!" Jerit Hye Rin lantang. Nam Joon, Ji Min dan Jin yang terdengar jeritan Hye Rin terus bergegas ke tingkat pertama rumah mereka. Jantung mereka berhenti berdetak dan masa seolah terhenti.

"No..way.." Jin terpapar. Air mata yang setelah lama Jin menahan akhirnya gugur. Seorang lagi adiknya telah pergi meninggalkan dia. Nam Joon terdiam seribu bahasa. Hatinya juga turut menitiskan air mata. Namun Nam Joon tabah. Dia bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata.

Terus Nam Joon selaku ketua mengambil peranan utama. Jin yang sedang mengalirkan air matanya tadi turut bangun dan menolong Nam Joon. Hye Rin melepaskan tangan dari terus peluk Ho Seok. Hatinya terasa berat namun harus diterima. Matanya mengerling tajam ke arah Jung Kook.

Siap kau budak gila! Gumam Hye Rin. Dendamnya semakin membuak buak dalam hati. Dan akan dia membalas dengan membongkar segala rahsia Jung Kook nanti! Punca utama mengapa Yoon Gi, Tae Hyung dan Ho Seok mati.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon menulis sesuatu di dalam diarinya. Memang disitulah segala rasa perih hati dan luka dalam jiwa diluahkan. Jarinya menari nari diatas kertas dengan laju. Selagi dia tidak meluahkan selagi itu dia rasa tidak tenang. Nam Joon mengeluh dan mindanya terimbau kembali saat genting Ho Seok menghembus nafas terakhir di sisi Hye Rin.

Sewaktu itu matanya terpandang pada sebotol ubat tekanan mempunyai dos yang tinggi berterabur di atas simen bilik air.

Nam Joon dapat mengagak Ho Seok ingin bunuh dirinya sendiri. Bukan Jung Kook yang cuba untuk menamatkan riwayat Ho Seok. Namun Nam Joon takut untuk luahkan. Kesan luka yang agak dalam di perut Ho seok juga salah satu punca Nam Joon tidak mahu berterus terang.

Nam Joon berfikir seketika. Apa maksud semuanya ini? Terlalu banyak soalan tanpa jawapan! Kusut minda Nam Joon memikirkannya. Pintu bilik Nam Joon diketuk.

Tangannya menutup diari dan terus membuka daun pintu. Hye Rin sedang menatang dulang makanan buat dia.

"Nam Joon, makanlah. Sudah beberapa hari awak tak makan" pujuk Hye Rin. Sejak Ho Seok pergi, semua seolah hilang selera untuk makan. Jin Oppa duduk berkurung dalam bilik dan sepikan diri. Jung Kook pula kekal termenung dan adakalanya berbual seorang diri seperti selalu.

Dan Hye Rin lah dengan relanya melakukan segala tugas di rumah ini. Hye Rin mengerti perasaan mereka. Menerima kehilangan seorang demi seorang dalam hidup bukan perkara mudah. Mujur ada Ji Min, lelaki itu setia menemaninya dan setia memberinya senyuman walaupun hatinya di gundah seribu kesedihan.

Nam Joon menghela nafas berat. Pintunya di kuak besar dan membenarkan Hye Rin masuk untuk meletakkan makanan itu. Hye Rin tersenyum seketika dan terus melangkah masuk. Hye Rin meletakkan makanan itu di atas meja. Mata Hye Rin terpandang diari Nam Joon.

Diari itu... pasti dia akan mendapat jawapannya disitu. Laju tangan Hye Rin mencapai diari itu dan memasukkan ke dalam poket apronnya.

Dia nekad mahu menyelongkar segala rahsia. Hye Rin menapak keluar.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Hye Rin menyelak satu persatu helaian kertas. Niatnya terbantut apabila segalanya terisi dalam ini langsung tidak memberikan apa apa jawapan. Hanya luahan hati lelaki itu.
"Hais! Tak kan satu pun tiada!" Hye Rin tidak mengalah. Tangannya masih gigih menyelak helaian kertas. Tangan Hye Rin terhenti di satu helaian kertas.

Park Hye Rin.

Aku tahu gadis ini boleh nampak dia! Aku tahu Hye Rin boleh berhubung dengan dia. Aku sendiri pernah ternampak Hye Rin berbual seorang diri sama seperti Jung Kook!

Jung Kook pula, aku tahu dia tak gila! Aku tahu ada sebab kenapa dia dituduh seperti ini. Aku tahu!!

Aku pernah terbaca, jika benda itu betul betul menyayangi kita, dia boleh nampak kita. Dan ya! Jung Kook lah orang yang paling rapat dengan dia sewaktu dia hidup.

Tapi mungkin ke dia juga telah menyayangi Hye Rin?! Ya Tuhan. Hanya satu sahaja untuk masalah ini selesai..

Hye Rin dan Jung Kook perlu..

"Park Hye Rin.." Suara Nam Joon memanggil Hye Rin. Nam Joon merenung tajam Hye Rin. Hye Rin memandang wajah Nam Joon takut takut. Sedar akan kesilapannya.

Bersambung...

____________________________________

Secret In The House | jjkDonde viven las historias. Descúbrelo ahora