SITH // 8 - Diari Nam Joon

3.8K 443 22
                                    

Hye Rin membaca dengan penuh rasa debar. Semua yang dituliskan oleh Nam Joon ini samar samar. Apa maksud Nam Joon ini? Sekali lagi Hye Rin menyelak helaian kertas demi helaian.

Saeng.. Hyung rindu saeng.
Semua orang rindukan saeng.
Kenapa saeng pergi tinggalkan kami?

Jin Hyung lah orang paling sedih selepas Saeng pergi. Tapi dia tidak mahu tunjuk.
Jung Kook? Dia menjadi seperti seorang yang kurang waras setelah Saeng pergi.

Sekarang Tae Hyung dan Yoon Gi Hyung sudah pergi tinggalkan kami mengikut Saeng.
Saeng ke lakukan semua ini?

Jika benar, bawalah diri ini sekali Saeng.
Kerana Hyung sudah cukup menderita menanggung rindu terhadap mereka semua.

✘✘✘

Aku pernah ternampak Jung Kook berbual seorang diri. Dan aku terdengar suara seseorang juga. Suara itu menyatakan dia mahu mengambil nyawa kami atas arahan Jung Kook.

Benar ke? Jadi ini semua angkara Jung Kook? Jung Kook punca Yoon Gi Hyung dan Tae Hyung mati?

Tapi kenapa?
Apa salah kami kepada Jung Kook?
Adakah kerana kami semua menganggap Jung Kook kurang waras dan Jung Kook ingin membalas dendam?

✘✘✘

Park Hye Rin.

Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis ini. Pertama sekali dia hadir bagaikan sesuatu yang menyeramkan menerjah ke dalam rumah ini.

Gadis itu. Pertama kali bersua muka bersama Jung Kook. Jung Kook sudah benci kepadanya. Ya! Aku tahu Jung Kook tidak akan bencikan seseorang itu tanpa sebab.

Seperti kami. Jung Kook bencikan kami kerana kami menganggap Jung kook kurang waras. Walhal itulah yang sebetulnya.

Mungkin ke gadis ini mampu menyelesaikan masalah yang menimpa kami?

✘✘✘

Aku tahu dia ada kat sini! Aku dapat rasa bayangan dia hadir di setiap sudut rumah ini. Dia sentiasa setia menemani setiap suka duga kami.

Dia seperti ingin cuba memberi tahu sesuatu namun tidak kesampaian. Aku tahu Hye Rin dan Jung Kook juga rasa yang sama seperti aku.

Tapi kenapa yang lain tidak bisa merasainya? Adakah kerana mereka sudah menerima kenyataan yang dia sudah pergi? 
Tapi kenapa Hye Rin turut terlibat dalam hal ini? Dia orang luar. Argh!! Aku tak nak dianggap gila oleh mereka. Tapi aku dah tak larat.

Apa patut aku lakukan?

Bersambung...

____________________________________

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now