SITH // 4

4.4K 497 43
                                    

Sejak dia pergi...
Aku dapat merasakan sesuatu yang ganjil dalam rumah ini.

Aku dapat rasakan di setiap sudut rumah ini dia hadir bagai merindui kami.
Sumpah aku takut!

Harus ke aku meluahkan semua ini kepada mereka?

Hye Rin terkedu membaca ayat yang tulis oleh Nam Joon itu. Seram dan penuh dramatik. Apa maksud dia? Ada sesuatu yang menganggu fikirannya ke? Hye Rin cuba untuk menyelak helaian seterusnya. Hye Rin tahu ini salah. Membaca diari orang boleh dikenakan hukum tatatertib. Tapi keinginan untuk Hye Rin tahu kuat. Dengan penuh debar Hye Rin menyelak.

Arghhhhh!

Pergerakan Hye Rin terhenti. Niatnya terbantut apabila terdengar jeritan lelaki di bahagian paling atas rumah ini. Bingkas Hye Rin bangun lalu cuba mencari punca jeritan itu.

"Kenapa tu?!" Jin yang baru keluar dari biliknya menegur Hye Rin. Hye Rin menggeleng kepala. "Tak tau Oppa. Hye Rin dengar bunyi tu dari atas!" Lantas Hye Rin dan Jin berlari naik ke atas.

"PERGI! PERGI! KAUKAN DAN MATI! KENAPA KAU MUNCUL?!"

Sekali lagi jeritan nyaring itu kedengaran. Suara itu terarah di bilik Yoon Gi. Jin cuba membuka pintu malangnya pintu itu terkunci. Jin mengetuk daun pintu Yoon Gi dengan kuat. Jeritan Yoon Gi menjadi jadi. Seolah olah seseorang sedang menakutkan dia.

"Yoon Gi! Yoon Gi! Buka pintu ini!" Jin mengetuk getuk lagi pintu itu dengan lebih kuat. Hye Rin cemas. Dia tidak mampu berbuat apa apa.

"Hyung kenapa ni?!" Nam Joon hadir dibelakang mereka. Nafasnya terasa semput kerana mendaki tangga dengan pantas. Jin menggeleng kepala.

"Hyung tak tau! Tolong Hyung cepat! Kita rempuh pintu ini!"

Suasana di dalam bilik Yoon Gi semakin gentir. Yoon Gi menjerit jerit meminta tolong. Dengan segala kekuatan, Jin dan Nam Joon merempuh pintu itu dengan sekali hentakan.

pintu terbuka. Serentak mereka bertiga masuk ke dalam bilik Yoon Gi. Suasana sepi dan alam yang huru hara tadi lenyap bagaikan tiada apa yang berlaku. Yoon Gi juga tidak kelihatan dalam biliknya.

"Yoon Gi.." panggil Jin. Mereka cuba mencari Yoon Gi yang tadi terjerit-jerit meminta tolong. Tapi kenapa sekarang Yoon Gi tiada? Perasaan pelik menguasai mereka.

"Mana Yoon Gi Hyung?" Soal Nam Joon. Bulu romanya menegak. Tadi memang jelas kedengaran suara Yoon Gi di dalam bilik. Hye Rin turut mencari Yoon Gi. Di bawah katil, dalam almari, bilik air juga tiada.

"Arghhhh!" Hye Rin terjerit apabila melihat tubuh Yoon Gi berdiri di balkoni bilik Yoon Gi. Seperti bersedia untuk membunuh diri. Nam Joon dan Jin merenung Hye Rin.

"Kenapa?!"

Terketar-ketar tangan Hye Rin menunding jari ke arah Yoon Gi. Mata Jin terbuntang.

"Yoon Gi!!" Jerit Jin. Yoon Gi menoleh ke arah mereka untuk seketika lalu dengan sekelip mata Yoon Gi lompat dari balkoni. Jin dan Nam Joon cuba menghalang namun gagal. Hye Rin menekup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang baru dilihat tadi. Yoon Gi membunuh dirinya sendiri.

Jin dan Nam Joon berlari keluar dari bilik untuk mendapatkan Yoon Gi. Hye Rin memberanikan diri menjengah balkoni tempat Yoon Gi terjun tadi. Tubuh Yoon Gi sudah mendarat di atas tanah. Darah mengalir dikepalanya itu menandakan ajal Yoon Gi telah tiba.

Sungguh Hye Rin tidak percaya. Ini pertama kali dia melihat kes bunuh diri dengan bola matanya sendiri. Air mata ketakutan mengalir. Hye Rin berpaling ke kanan. Terpacul wajah Jung Kook sedang menjengah keadaan diluar.

Bibirnya tergaris senyuman sinis seolah suka dengan kematian abangnya. Hye Rin tidak mengerti. Tidak ke Jung Kook terasa sedih walau sedikit pun apabila abangnya pergi? Walaupun seseorang itu mempunyai masalah mental namun perasaan sedih tetap ada. Beza dari Jung Kook.

Minda Hye Rin teringat tentang tempoh hari dimana Yoon Gi menolak tubuh Jung Kook dari terus mencakarnya dan memarahi Jung Kook dengan teruk. Hye Rin mengusap lengangnya yang dibaluti kain. Tidak mungkin.

Cepat cepat Hye Rin menolak kemungkinan. Hye Rin turun ke bawah dan cuba menolong mereka mana yang patut.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Hye Rin termenung untuk seketika. Walaupun waktu perkenalannya dengan Yoon Gi agak singkat namun perasaan sedih tetap menyelubungi diri. Yoon Gi seorang yang bersikap tenang dan adakalanya seorang yang rajin membuat rumah ini ceria. Oleh itu Hye Rin agak terasa dengan pemergian Yoon Gi.

"Sudahlah Hye Rin. Yang dah pergi itu biarkan lah.." Jin mengusap kepala Hye Rin. Memberinya hembusan semangat dan kekuatan dalam diri Hye Rin. Hye Rin tersenyum nipis.

"Terima kasih Oppa"

Jin cuba untuk senyum. Hatinya juga meratap hiba dengan pemergian Yoon Gi. Namun dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya dihadapan semua orang. Dia harus kuat demi adik adiknya.

Fikirannya terimbau kembali kenangan dia bersama adik adiknya. Jin menghela nafas berat.

"Sudah dua orang pergi dalam hidup Oppa.." Jin meluahkan sesuatu kepada Hye Rin. Hye Rin memandang Jin.

"2 orang?"

Bersambung...

____________________________________

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now