SITH // 2

5K 539 31
                                    

Hye Rin melawat ke seluruh kawasan rumah agam milik BTS. Rumahnya kemas bersih dan juga tidaklah terlalu sarat dengan perabot. Mungkin kerana rumah ini ditatap oleh lelaki. Langkah Hye Rin diatur ke dapur.

Hye Rin terdengar bunyi kuali dan senduk bergema seluruh dapur. Bau aroma spaghetti serta keju menusuk hidung Hye Rin. Secara tiba tiba perut Hye Rin berkeroncong. Laju Hye Rin menapak ke dapur. Sesusuk tubuh lelaki sedang memarut keju di atas spaghetti bogolones.

Lelaki itu mengangkat wajahnya. Terkejut apabila seorang wanita berdiri di hadapannya sambil memandang spaghetti di atas meja.

"Eh! Awak ni siapa?" Lelaki itu bersuara besar. Hye Rin terhenjut sedikit dek kerana ditegur lantang oleh lelaki itu. Hye Rin merenung lelaki dihadapannya. Aish! Lupa pula hendak kenalkan diri. Hye Rin tersengih.

"Sorry. Saya Park Hye Rin seorang Jururawat"

"Oh. Patutlah. Sorry tadi. Saya Kim Seok Jin, awak lapar?" Soal Jin mengenalkan dirinya sekali gus menanyakan sama ada wanita itu lapar atau tidak. Bau masakan Jin yang menyelerakan itu menusuk sekali lagi. Laju Hye Rin mengangguk. Jin tersenyum lalu mengapai pinggan dan diambil sedikit spaghetti buat Hye Rin.

Hye Rin duduk diatas kerusi meja tanpa dijemput dan Jin meletakkan pinggan dihadapan Hye Rin. Hye Rin menyambar spaghetti itu dengan garfu lalu disuap ke mulutnya. Sedapnya! Desis Hye Rin dalam hati. Hye Rin menikmati hidangan itu dengan penuh selera.

"Siapa ni Hyung?" Muncul dua orang lelaki dibelakang Hye Rin. Hye Rin berpaling untuk melihat dua lelaki itu. Sederhana rendah dan rambut berwarna sedikit kelabu manakala seorang lagi tinggi sedikit dan berambut coklat gelap.

"inilah nurse yang jaga kita tu. Hye Rin kenalkan ini Yoon Gi dan ini Ho Seok" Jin memperkenalkan mereka kepada Hye Rin. Hye Rin hanya menghadiahkan sebuah senyuman buat mereka. Mereka membalas senyuman Hye Rin dan turut serta duduk di meja makan.

"Huhuhuhyunggg laparlahhh" muncul lagi seorang lelaki masuk ke dalam dapur sambil merengek mengadu lapar. Jin merenung lelaki itu sambil bercekak pinggang.

"Hah tulah, dari pagi sampai malam tengok televisyen sampai lupa makan! Meh duduk sini makan dengan kitaorang" Jin membebel sambil tangannya cekap membuat kerja. Lelaki itu hanya ketawa kecil lalu duduk disebelah Hye Rin.

"Hai. Saya Tae Hyung. Awak Hye Rin kan?" Ramah lelaki itu menegur Hye Rin. Seperti biasa senyuman dahulu ditunjukkan oleh Hye Rin barulah Hye Rin menjawab.

"Iya. Nice to know you" jawab Hye Rin tersipu sipu malu. Dia masih baru. Selain itu oleh kerana hanya dia seorang sahaja perempuan di sini menyebabkan Hye Rin kekok untuk beramah mesra dengan mereka.

"Hari makan apa Hyung?" Nam Joon bersuara masuk ke dalam dapur untuk makan bersama mereka. Ji Min turut ada di sebelah kiri Nam Joon dan hanya mengikut langkah Nam Joon. Mereka duduk di hadapan Hye Rin.

Sekarang kesemua ahli BTS, Hye Rin sudah berjumpa. Semuanya peramah dan baik belaka. Tiada masalah dan seperti tidak perlukan langsung kaunseling daripada Hye Rin. Hye Rin dapat rasakan dia akan seronok bekerja di sini di samping mereka yang ceria dan peramah.

Mereka makan bersama sambil berbual bual sedikit dengan Hye Rin. Barulah Hye Rin tahu disini yang paling tua adalah Jin. Jadi mulai hari ini Hye Rin memanggil Jin 'Oppa'. Manakala yang lain lebih selesa dipanggil nama sahaja.

"Okaylah. Hyung nak hantar makanan ni kat Jung Kook. Korang habiskan makan ya?" Seraya Jin bangun lalu mengambil sepinggan spaghetti dan jus oren diletakan atas dulang.

Oh, ada yang lain ke? Gumam Hye Rin. Tapi Unnie Ji Ru cakap hanya ada 6 orang. Kenapa dia tidak turut serta makan disini? Hye Rin terteka teki dalam hati. Dia mahu berkenalan dengan lelaki yang bernama Jung Kook itu lantas Hye Rin bangun lalu bersuara.

"Oppa saya belum jumpa dengan Jung Kook lagi. Jadi boleh tak saya yang hantar makanan ni ke biliknya?" Pinta Hye Rin. Jin memandang wajah Hye Rin lama. Dia merenung pula kesemua kawannya. Kawannya hanya tersenyum nipis tanda biarkan sahaja Hye Rin membuat kerja itu.

Dengan berat Jin menyerahkan dulang itu ke tangan Hye Rin. Dulang bertukar tangan. Hye Rin tersenyum teruja.

"Bilik dia di tingkat dua hujung sekali" terang Jin. Hye Rin mengangguk lalu mendaki tangga dengan hati hati. Apabila sampai di bilik Jung Kook, Hye Rin mengetuk daun pintu perlahan.

"Jung Kook.. masa untuk makan" Hye Rin bersuara memanggil Jung Kook. Suasana sepi. Tiada sahutan di dalam. Sekali lagi Hye Rin mengetuk tetap tiada respon.

Hye Rin memberanikan diri memulas tombol pintu. Daun pintu terkuak dan bilik itu gelap gelita. Angin menyeramkan menyapa Hye Rin.

"J-jung Kook.." Hye Rin bersuara terketar ketar. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Jung Kook.

"KAU JANGAN BERCAKAP DENGAN DIA! JANGAN KAU BERANI!!"

Lengan Hye Rin digenggam kasar dan dicakar ganas dengan sesuatu yang tajam. Dulang yang ditatang terlepas dari pegangan.

Arghhhhhh!

Bersambung...

___________________________________

Secret In The House | jjkWhere stories live. Discover now