Bab 19 :: Finale

2.1K 206 65
                                    

Ainul POV

❝Assalamualaikumwarahmatullah. ❞ Namjoon memberikan salam dan diikuti makmumnya.

Kemudian, kami semua menadahkan tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh Namjoon.

❝ Ya Allah, ampunilah dosa kami. Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami serta dosa seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah, kau berilah kepada kedua ibu bapa kami hidayahMu dan jauhilah mereka daripada kesesatan. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Kami bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan kami hidayahMu dan menjauhkan kami dari terus sesat. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, Kau tetapkanlah hati kami padamu dan kurniakanlah kepada kami hidayahMu. Amin Ya Rabbalalamin. ❞

Kami bersalam-salaman dengan mahram masing-masing. Kemudian, kami melipat sejadah dan membuat apa yang patut.

❝Jomlah makan dulu. Ni kali terakhir korang dapat rasa masakan Melayu made by me and this kiddo tau. ❞ kataku sambil mengangkat-angkatkan kening.

❝Yelah mak cik oii. ❞ perli Jungkook. Dah pandai eh Jungkook sekarang.

Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. Laju kaki Anom berlari ke arah pintu. Buka je pintu terpapar lima orang makhluk di situ.

❝Hani unnie! Jeon Wonwoo! Woozi dan kawan-kawan! Masuklah. ❞ pelawanya kepada tetamu yang tak diundang itu. Ceh, gurau je. Takut datang benda lain pula.

❝Dengar cerita korang nak pergi dah esok. Tu yang datang ni. Nah buah tangan. ❞ kata Hani sambil memberikan sebakul buah kepada Anom.

❝Dah masak belum? Aku nak makan ni. Omma korang tu kalau dah bersembang memang payah nak balik. Kesian perut aku ni. ❞ bebel Wonwoo dan dengan muka tak malunya duduk bersila dekat meja makan tu.

❝Hai, ingat saya tak? ❞ tanya seorang lelaki kepada Anom lagi. Anom mengangguk.

❝Mestilah ingat. Joshua kan? ❞ teka Anom. Joshua menganggukkan kepalanya. Masa tu, Jeon Jungkook perhati je budak berdua tu.

❝Taehyung, nilah kembar kau! Birthday korang sama lah. ❞ kata aku pula. Taehyung menjongketkan keningnya tak percaya.

❝Sedih. Tabahlah Mingyu. Hidup sentiasa dipalau. Palau itu indah. ❞ sampuk Mingyu yang dari tadi kewujudannya tidak dilayan.

❝Dah lah aku nak makan. Kalau sembang sampai esok pun tak makan. ❞ bebel Wonwoo. Mingyu memuncungkan mulutnya. Ingat nak cakap dengan aku tadi. Getus hatinya.

Dan kami pun membaca doa mengikut agama masing-masing. Usai makan, kami bekerjasama mengemas tempat makan itu pula.

Kemudian, semua tetamu meminta izin untuk pulang ke rumah masing-masing. Diingatkan sekali lagi yang BTS tinggal dengan Woozi untuk sementara waktu ni.

Keesokkan harinya~

❝Jaga diri elok-elok eh. Jangan lupakan kitorang tau! ❞ kata Hoseok sambil mengelap air matanya.

❝Ainul, Anom. Thanks for everything. ❞ kata Namjoon.

❝Nah, ni resepi masakan Korea. Sorrylah tak boleh nak ajar. ❞ kata Seokjin seraya menghulurkan sebuah buku nota kepadaku.

❝Take care. ❞ kata Suga ringkas. Mereka mengangkat kening sebab tak percaya tu je yang dia nak cakap.

❝Weh, sorry tau sebab saya tinggal awak macam tu je masa dekat hospital hari tu. ❞ kata Jimin. Anom mengangguk faham.

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now