Bab 18 :: Tajwid

1.3K 152 57
                                    

❝Jungkook... tak ready lagi.❞ kata Jungkook perlahan. Namjoon mengangguk faham. Tak semua orang dapat hidayah Allah.

❝Dah lah. Jom kita makan. ❞ kata Seokjin untuk mematikan mood awkward. Mereka pun makan secara berjemaah di atas lantai sebab rumah Woozi ni tak da meja. Maklumlah, bujang kan.

Kemudian, mereka bersiap pula untuk solat Isyak berjemaah. Kali ini V dan Jimin mengikuti mereka untuk belajar. Bayangkanlah macam budak yang baru nak belajar solat tu.

Jungkook hanya duduk memerhatikan mereka. Dia berasa segan pula duduk di situ sorang sorang. Habis solat, mereka semua duduk bersembang di hadapan TV.

❝Hyung, nanti ajar V dengan Jimin mengaji pula tau. ❞ kata V kepada hyungnya.

❝Tak bolehlah. Hyung pun tak pandai lagi. ❞ kata Hoseok dan yang lain mengangguk mengiyakan pernyataannya. Kemudian, mereka semua memandang Woozi dengan mengelip-ngelipkan mata mereka.

❝What? ❞ tanya Woozi pelik.

❝Kitorang nak kau ajar mengaji lah. ❞ kata Suga. Tu pun tak taham.

❝Boleh, tapi yang asas jelah. Sebab aku pun tak pandai sangat pasal tajwid ni. ❞ kata Woozi.

❝Tajwid? Apa tu? ❞ tanya Jimin.

❝Tajwid tu bacaan yang betul dalam Al-Quran. ❞ terang Woozi. Semua mengangguk faham kecuali si dia, Jeon Jungkook. Dia seperti dipalau dari kumpulan itu.

❝Jungkook nak naik dulu. ❞ kata Jungkook seraya bangun masuk ke dalam bilik yang telah disediakan oleh Woozi tadi.

❝Sampai hati hyung palau aku tadi. ❞

❝Sebab kau berlagak sangat. ❞ Tiba-tiba satu suara datang menyampuk dia.

❝S-siapa tu? K-kalau hantu baik kau blah. Aku tak kacau kau pun. ❞ kata Jungkook sedikit gugup.

❝Aku suara hati kaulah. Betul apa aku cakap tadi, sebab kau berlagaklah hyung kau tak nak layan kau. ❞

❝Tak, hyung aku bukan macam tu. Kau apa tahu? ❞ Dah macam orang gila Jungkook ni cakap sorang-sorang.

❝Disebabkan ego kau dan perangai kau yang rasa semua benda yang kau buat tu betul lah, orang menyampah dengan kau tahu? ❞

❝Tak, semua tu tak betul. Kau blah sekarang aku tak nak dengar!

❝Aku bukan nak ganggu kau, tapi disebabkan ego kaulah kau tak nampak benda yang betul. ❞

Jungkook tersentap dengan kata-kata suara hatinya sendiri. Memang betul apa yang dikatanya tadi, disebabkan ego dia tak nampak apa yang betul.

Masa hyungnya solat tadi, dia ada rasa sesuatu yang dia tak pernah rasa selama ni. Perasaan yang sangat tenang. Tapi dia menafikan perasaan tu.

Dia cepat-cepat berlari turun ke bawah dan memeluk Seokjin hyung. Semasa dia peluk, air matanya jatuh berguguran. Seokjin mengusap belakangnya perlahan menenangkan adiknya itu.

❝Hyung, Jungkook minta maaf. ❞ kata Jungkook tersedu-sedu.

❝Kenapa Jungkook nak minta maaf? Jungkook tak buat salah pun. ❞ pujuk Seokjin.

❝Jungkook dah tengking hyung masa mula-mula hyung masuk Islam. Padahal hyung buat benda yang betul, Jungkook yang salah. ❞ makin deras air mata Jungkook mengalir.

Yang lain turut menangis apabila melihat Jungkook menangis macam tu terutama sekali Jimin dan V. Mereka berdua kan paling rapat dengan Jungkook selepas Seokjin.

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Onde as histórias ganham vida. Descobre agora